CARA MANDI WAJIB YANG BETUL
Kepada mereka yang berkenaan di luar sana, sila ambil perhatian dan baca post ini~
Terutama
kepada mereka yang sudah berkahwin, kepada mereka yang selalu mengalami
mimpi basah dan kepada mereka yang sering melakukan seks walaupun belum
berkahwin!! (OPPPSS! TERLEPAS..!!! MUSTAHIL XDE KAN?? TAUBATLAH!!)~
Kepada mereka yang berjaya menguasai cara mandi wajib yang sebenar-benarnya, saya ucapkan TAHNIAH!!
Mandi
wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,
tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita
yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk
melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang
zahir.
Penolong
Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya,
mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun
mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu
juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib
dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur .
Mandi
wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu
tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua ,
menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar
kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat
itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi
wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ”
Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat
itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi
wajibnya tidak sah.
Mengenai
rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada
badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada
najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara
rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota
badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,
sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai
kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai
air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah
dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika
sedang mandi.
Tentang
rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain
inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang
mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi
wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.
Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang
rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh
dibuang begitu mudah.
Yang
menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air
sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap
ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.
Tetapi
dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu
jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak
bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah
saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi,
mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam
hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang
lebih oleh umat Islam.
Mengenai
sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan
lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air
mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan
kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
anak(wiladah) .
Mandi
wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri
yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,
tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas
bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
1 comment:
Bagaimana nak mandi wajib apabila kita masih berada di atas katil wad hospital dan masih belum boleh bangun untuk ke bilik air? untuk maklumat,keadaan kecederaan sudah tidak mengalirkan darah.
Post a Comment