Wednesday 11 April 2012

10 Gambar Paling Terkenal Di Seluruh Dunia.

1. Afghanistan's girl [1984]

         Photographer: Steve McCurry
 
Gambar ini diambil oleh seorang Jurugambar dari National Geographic bernama Steve Mccurry.Gadis yang ada di foto ini bernama Sharbat Gula,dia adalah salah seorang pelajar di sebuah sekolah  untuk pelarian di Afghanistan.Gadis tersebut berusia 12 tahun semasa foto ini diambil,dan setahun kemudian beliau menjadi cover pada majalah National Geographic.Selepas 8 tahun kemudian gadis itu dijumpai kembali setelah misi mencarinya dijalankan.

2. Omayra Sánchez [1985]


Photographer: Frank Fournier
 
Omayra Sánchez adalah salah seorang dari 25.000 korban bencana gunung berapi yang meletus pada 14 November 1985.Gadis yang berusia 13 tahun ini telah terperangkap selama 3 hari.Gambar ini diambil sejurus sebelum dia terkorban dan menyebabkan kontroversi terhadap kerajaan Colombia kerana ketidakcekapan mereka melakukan misi menyelamat  keatas mangsa-mangsa tragedi tersebut.

3. Portrait of Winston Churchill [1941]


Photograph from: Yousuf Karsh
 
Foto ini diambil oleh seorang Jurugambar dari Canada bernama Yousuf Karsh ketika Winston Churchill berkunjung ke Ottawa.Foto ini telah menjadikan Yousuf Karsh menjadi terkenal dan pernah menjadi cover majalah Life.

4. The plight of Kosovo refugees [1999]


Photographer: Carol Guzy
 
Foto ini menunjukkan seorang pelarian Kosovo yang baru berusia 2 tahun bernama Agim Shala sedang melepasi pagar kawat berduri di lokasi  Kem yang didirikan oleh kerajaan Arab Saudi di Kukes,Albania.Anggota keluarga anak itu berkumpul disitu setelah konflik Kosovo merebak.

5. Stricken child crawling towards a food camp [1994]


Photographer: Kevin Carter 

Foto ini diambil pada tahun 1994 pada semasa bencana kebuluran melanda Sudan.Gambar ini mengambarkan seorang kanak-kanak yang sedang merangkak menuju ke kem bantuan makanan PBB sejauh 1 KM. Seekor burung gagak sedang menunggu kanak-kanak itu mati  untuk memakannya.Gambar ini telah mengemparkan dunia.Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi pada kanak-kanak  malang tersebut selepas  itu.

6. Segregated Water Fountains [1950]


Photographer: Elliott Erwitt, Magnum Photos
 
Gambar sinki air paip di North Carolina yang berbau  perkauman.

7. Burning Monk - The Self-Immolation [1963]


Photographer: Malcolm Browne
 
Gambar seorang rahib Buddha dari Vietnam yang membakar dirinya sendiri hingga mati di kota Saigon sebagai protes terhadap regim politik yang melakukan kezaliman serta menghalang para rahib Buddha dalam menyebarkan agamanya.

8. Bliss [2000]


Photographer: Charles O'Rear
 
Bliss adalah foto pemandangan yang ada di Napa County, California, sebelah timur lembah Sonoma.Gambar ini adalah gambar tema default wallpaper Windows XP yang diambil oleh seorang Jurugambar profesional,Charles O'Rear yang juga penduduk daerah itu.

9. The Triangle Shirtwaist Fire [1911]


Photographer: International Ladies Garmet workers Union
 
Gambar mayat di Kilang Triangle Shirtwaist. Menjadi amalan Peraturan kilang itu untuk mengunci pintu kilang sehingga para pekerja(kebanyakan pekerja imigran wanita) tidak boleh keluar untuk mengelakkan pekerja dari mencuri.Kebakaran tersebut telah meragut 146 nyawa .

10.Gambar terakhir ini adalah...???


No comments: