Tidur dengan janda dan Ngendap!
by
Seorang
pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya
singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam
itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya
yang sunyi itu.
Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda
tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun
ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang
beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
” Mahukah saudara ditemani ? ” soal janda tersebut dengan nada yang manja.
” Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! ” balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
” Baguslah, ” kata janda itu pula.
” Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara….. “
*************************************************************
Ali dan Abu
adalah dua orang kawan baik. Mereka baru belajar untuk mengendap. Satu
hari Abu menunjukkan kepada Ali sebuah rumah untuk mereka mengendap pada
malam nanti.
Pada malam tersebut mereka pun sampai ke rumah tersebut serta cepat-cepat mencari sasaran (lubang).
Ali pun tanpa berlengah lagi terus melihat ke dalam lubang tersebut dan
serta-merta bertempik “Lari…..Abu!!!!!!” dan Ali pun terus memecut lari
lantas diikut oleh Abu.
Setelah jauh mereka berlari, Ali pun berhenti tercunggap-cunggap dan dia ditanya oleh Abu “Kenapa kau lari Ali?”.
Ali pun menjawab “Tadi sewaktu aku mengendap,
aku nampak bayi lebih besar dari kita berdua sedang menyusu, Kalau bayi
pun dah besar tu, kau bayangkanlah besar mana bapak dia”.
No comments:
Post a Comment