Monday, 12 March 2012

KEADILAN UNDANG-UNDANG BUKAN UNTUK SI RAKYAT MARHAEN!!!HANYA UNTUK GOLONGAN BORGOUIS!!!!!

Baling Selipar:Puncanya Kerana Politik Kebencian Melampau Yang Diajar Oleh Pas


Terus terang saya katakan, saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada bekas imam yang kini dipenjarakan setahun kerana membaling selipar kepada hakim. Tambahan pula dia mempunyai anak yang ramai. 

Saya juga telah membaca kisah imam berkenaan sepertimana yang ditulis di blog Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan bagi menjawab tuduhan-tuduhan bekas imam tersebut. Daripada apa yang dilakukan beliau dan daripada apa yang dibaca di blog berkenaan sudah cukup untuk kita menilai peribadi Hoslan Hussain.

Cuba kita renung dan kita fikir-fikirkan kenapa bekas imam tersebut yang merupakan seorang ahli Pas seumur hidup bertindak begitu agresif ?

Bagi saya kesalahan tidak boleh diletakkan kepada beliau 100 %. Punca kepada imam tersebut berperangai sedemikian rupa adalah kerana fikiran beliau telah ditanam dengan doktrin-doktrin politik kebencian dan dendam melampau oleh Pas. 

Tiap-tiap hari Pas berceramah mengutuk dan menghina intitusi mahkamah dan badan kehakiman negara ini, lama kelamaan ianya akan membuatkan orang yang mendengarnya merasa geram dan marah kepada intitusi dan badan berkenaan. Apabila ada peluang berdepan dengan hakim dan keputusan pula tidak menyebelahinya, maka kesempatan diambil sebaik mungkin untuk melepaskan geram.

Begitu juga dengan polis. Tiap-tiap hari polis dikutuk, dikeji dan dihina oleh Pas dan sekutunya. Apabila berdepan dengan polis dalam perhimpunan-perhimpunan haram, kita semua boleh lihat bagaimana penyokong-penyokong-penyokong mereka berentap dengan polis.

Melihat apa yang terjadi kepada Hoslan Hussain saya teringatkan kisah peristiwa Memali. Kisah bekas imam ini ada persamaan dengan Allahyarham Ibrahim Libya dan peristiwa Memali. Terjadinya peristiwa itu kerana fahaman politik ekstrem yang ditanam oleh Pas kepada pengikut-pengikutnya. Saya telah menulis perkara kisah Memali pada tahun 2010. Sila baca di sini

Bertungkus lumus ahli-ahli Pas berjuang untuk menubuhkan negara Islam sehingga sanggup 'mati syahid'. Setelah 26 tahun berlalu presidennya berkata Pas tidak lagi berjuang untuk negara islam, tetapi berjuang untuk negara kebajikan.

Berbalik kepada kisah bekas imam yang dipenjara, setelah Hoslan melakukan tindakan gila dan setelah dipenjarakan barulah Pas muncul hendak menolong.

Kenapa sebelum itu tidak ?

Dimanakah  Pas sewaktu Hoslan sedang bertarung di mahkamah ? Pas biarkan Hoslan bertarung berseorangan di mahkamah tanpa diwakili oleh mana-mana peguam. Kenapa Pas tidak tolong hulurkan peguam kepada Hoslan ? Pas kata mereka ada 130 orang peguam, tak kan seorang pun tak boleh nak tolong ahli sendiri ?

Sewaktu perbicaraan untuk menjatuh hukum beberapa hari lepas pun, mana peguam Pas yang 130 orang itu hinggakan Hoslan diwakili oleh peguam DAP ? 

Setelah Hoslan terpenjara, pemuda dan muslimah nak ambil kesempatan pula untuk nak tunjuk baik, nak cari dana untuk bantu keluarga Hoslan. 

Dalam bab nak kutip dana Pas bukan main cergas lagi. Cergas.....cergas....cergas......ingat balik kisah tabung memali dulu. Saya pernah menulisnya beberapa siri berdasarkan pendedahan seorang ahli Pas di Memali melalui sebuah buku. Salah satunya boleh dibaca di sini

Hasutan-hasutan kebencian melampau yang diajar oleh Pas dan sekutu-sekutunya adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan boleh membuatkan pengikut hilang pertimbangan serta bertindak keterlaluan. Totok bagaimana sekali pun seseorang ahli Umno itu, tidaklah mereka membenci seseorang ahli Pas itu sebenci-bencinya. Masih lagi ada perasaan kasih sayang sebagai saudara seagama dan sebangsa. Tapi bencinya seseorang orang Pas kepada orang Umno sampaikan ada kalanya muka pun tak boleh tengok.

Contoh, kasihnya Najib pada Nik Aziz, sewaktu Nik Aziz sedang sakit beliau datang melawat dan panggil doktor untuk dapatkan laporan kesihatan Nik Aziz. Kemudian arah ATM sediakan penerbangan untuk ke Kuala Lumpur, dan setibanya di Kuala Lumpur sediakan pula polis pengiring agar cepat sampai ke IJN. Tapi bencinya Nik Aziz kepada Najib, dia boleh nak doakan Najib pecah perut.(dari rbf online)
KOMEN KUTUKAN DEWATA.
AKU TAK NAK AMBIL KISAH MENGAPA DIA JADI BEGINI.BERANI BUAT BERANI TANGGUNG.
YANG AKU KISAHKAN DI SINI MENGAPA GOLONGAN MARHAEN MACAM IMAM INI CEPAT DI AMBIL TINDAKAN APABILA MENGHINA MAHKAMAH.
MENGAPA BILA ORANG BESAR DAN ADA PULA KEDUDUKAN SAMPAI SEKARANG TERUS-TERUSAN MENGHINA MAHKAMAH TIDAK DI AMBIL TINDAKAN.
NAMPAK SANGAT KEADILAN TIDAK MEMIHAK KEPADA  GOLONGAN MARHAEN.

MENGAPA ANWAR IBRAHIM YANG JELAS MENGHINA MAHKAMAH KETIKA PERBICARAAN TIDAK DIDAKWA MENGHINA MAHKAMAH.DIA YANG JELAS MELANGGAR PERINTAH MAHKAMAH YANG MELARANGNYA MEMASUKI KUALA LUMPUR KETIKA BERSIH 2 DULU TIDAK DI DAKWA MENGHINA MAHKAMAH??? 

KENAPA AMBABIGA TIDAK DIDAKWA MENGHINA MAHKAMAH???MENGAPA KHAIRY JAMALUDDIN TIDAK DIDAKWA MENGHINA MAHKAMAH???MENGAPA HAJI HADI TIDAK DIDAKWA MENGHINA MAHKAMAH???MENGAPA?MENGAPA?MENGAPA?
SEDANG KAN MEREKA JELAS MELANGGAR PERINTAH MAHKAMAH YANG MELARANG MEREKA MEMASUKI KUALA LUMPAU KETIKA HIMPUNAN BERSIH 2 DULU???

JELAS SEKALI HANYA BILIS KURUS YANG KENA.JERUNG PAUS SEMUANYA TERLEPAS!!!
JANGAN SALAHKAN RAKYAT SEKIRANYA MEREKA BERTEMPIK BAHAWA KEADILAN BUKAN MILIK MEREKA TETAPI MILIK GOLONGAN ATASAN.
NABI MENGINGATKAN KITA JANGAN HANYA MENGHUKUM ORANG BAWAHAN YANG MARHAEN SAHAJA SEDANG PUAKA LAKNAT GOLONGAN ATASAN TERLEPAS DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG.GOLONGAN BANGSAWAN TERLEPAS DARIPADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG. 
JANGAN SALAHKAN RAKYAT JIKA MEREKA MEMPERTIKAIKAN INSTITUSI KEHAKIMAN JIKA BEGINILAH MEREKA CARA MEREKA MENANGANI MASALAH PERUNDANGAN!!!!!!! 

1 comment:

jerantutonline said...

Mohon pautkan, tq
http://jerantutonline.blogspot.com/