Pendedahan Sikap Munafik Pemimpin PAS Berhubung Wang BR1M

Beliau berasal dari Perak dan berhijrah ke Pahang untuk menyertai Rancangan Tanah Persekutuan (Felda).
Lebih kurang dua minggu lepas ketika
berceramah di Felda Cemomoi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri yang
diwakili Menteri Besar Pahang (Dun Pelangai), beliau telah berkata
sesiapa yang menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, maka
orang itu akan menerima wang haram.
Itulah perangai Pas daripada dulu hingga
sekarang. Apa sahaja yang BN lakukan semuanya haram. Dulu BN jalinkan
hubungan dengan MCA, Gerakan dan MIC mereka kata haram. Sekarang mereka
jalin kerjasama dengan DAP halal pula.
Dulu mereka juga yang kata pelaburan dan
bonus dari Amanah Saham Nasional haram, tapi sampai sekarang pun
orang-orang mereka dan pemimpin-pemimpin mereka masih lagi mendapat
hasil dari amanah saham tersebut.
Berhubung kata-kata YDP Pas Kawasan
Bentong yang mengatakan wang BR1M haram dimana tindakan tersebut telah
membuatkan ahli-ahli Pas kawasan berkenaan serba salah untuk menggunakan
wang tersebut kerana fatwa yang dikeluarkannya.
Beliau kata haram , dalam masa yang sama beliau juga turut memohon wang berkenaan.
Bukti-bukti dibawah ini menjawab segala-galanya.


Surat kelulusan permohonan BR1M yang dipetik dari blog semut hitam
![]() |
dari blog sel13 |
No comments:
Post a Comment