Monday, 26 March 2012

21 fakta PAS bukan lagi parti Islam!!!!!

21 fakta PAS bukan lagi parti Islam

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".

1) DULU… PAS kata: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
SEKARANG… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2) DULU… PAS kata: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
SEKARANG… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3) DULU… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
SEKARANG… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4) DULU… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau jadi TPM dahulu diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”
SEKARANG… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5) DULU… PAS memperjuangkan Islam demi memartabatkan agama, bangsa dan negara seperti yang termaktub dalam slogan parti ketika itu.
SEKARANG… PAS mempergunakan Islam demi memartabatkan agama semua penyokong pakatan rakyat, menghapuskan bangsa bermakna ingin menyatukan budaya dan resam kaum serta tidak mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.

6) DULU… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
SEKARANG… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7) DULU… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
SEKARANG… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8) DULU… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
SEKARANG… PAS membuat kenyataan media Hudud bukan keutamaan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat - klik sini

9) DULU… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
SEKARANG… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah sekalipun menyebut Islam sebagai dasar dalam perlembagaannya.

10) DULU… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
SEKARANG… Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar.

11) DULU… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
SEKARANG… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12) DULU… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
SEKARANG… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13) DULU... Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.
SEKARANG.. PAS sudah memerintah Kelantan 21 tahun dan Kedah, Perak, Selangor sudah 3 tahun, peliknya mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14) DULU…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara
SEKARANG... PAS telah lesapkan 45juta duit koperasinya sendiri Ko-Hilal (ngko hilang?) termasuklah tabung bantuan Memali. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15) DULU… PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
SEKARANG.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16) DULU…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
SEKARANG.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS?

17) DULU…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
SEKARANG.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18) DULU…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
SEKARANG.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, pernah bergabung tenaga dengan Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19) DULU…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
SEKARANG... PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20) DULU…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh membatalkan akidah seorang Islam.
SEKARANG... PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21) DULU…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
SEKARANG.. PAS halal sertai DAP, biarpun sedar hakikatnya DAP sekali-kali tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

p/s: sekadar pandangan peribadi rajahmas, sebarang kesilapan sila maklumkan. Dipetik dan digubah semula daripada daripada http://www.mindaaktif.net. Kredit kepada pemilik blog. 

No comments: