By Samurai Biru
Sewaktu mula-mula menyertai UMNO di Kedah pada penghujung 1946, Tun Dr Mahathir pantas menjadi sebutan dikalangan anak muda di Kedah berikutan kelantangan beliau bersuara mengenai beberapa perkara. Penentangan beliau terhadap penjajah pada ketika itu juga menjadi punca beliau diangkat sebagai ikon pemuda Kedah.
Karier politik beliau mula berkembang sewaktu memenangi Parlimen Kota Star pada tahun 1964. Namun sebelum itu beliau dilihat ramai ahli UMNO sebagai orang perantaraan antara UMNO pusat dan UMNO negeri sehinggalah namanya terpilih untuk menjadi calon bagi Parlimen Kota Star.
Sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen, semua urusan terhadap Parlimennya kebanyakannnya diuruskan dari klinik beliau sendiri. Ramai dikalangan penduduk di Parlimennya pada masa itu meluahkan sedikit kekecewaan kerana beliau amat jarang turun ke Parlimennya untuk melihat sendiri kesukaran hidup pasca kemerdekaan negara dan ini adalah penyumbang utama terhadap kekalahannya pada calon PAS pada masa itu.
Sebaik sahaja tewas dalam Pilihanraya pada tahun 1969, tercetusnya tragedi hitam 13 Mei 1969 yang membawa kepada mini perang saudara didalam negara. Insiden ini telah memakan banyak korban dan menurut sejarah, ianya dicetuskan oleh komunis dengan bantuan ahli politik DAP yang pada masa itu berjaya memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada masa itu.
Kejadian ini pantas menarik perhatian rakyat Malaysia dimana perseteruan antara kaum ini tidak pernah difikirkan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama yang terkenal dengan sikap lembut dan suka bertoleransi dalam banyak hal. Hampir setiap jam, Tunku mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik berdarah ini.
Pada ketika inilah Tun M mengutuskan 8 helai surat secara terbuka menghentam pendirian kerajaan dalam menangani konflik ini. Nyata, surat berkenaan telah mencetuskan kemarahan Tunku yang menyifatkan tindakan Tun M ini sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab disaat negara sedang berhadapan dengan konflik perkauman begini.
Pada malam berkenaan, Tunku bersama-sama Ketua Polis Negara, Tun Dr Ismail dan Tun Abdul Razak mengadakan mesyuarat tertutup bagi membincangkan hal surat berkenaan.
Tunku dan Tun Mohamed Salleh Ismael yang pada masa itu, Ketua Polis Negara sepakat mengatakan surat berkenaan dilihat sebagai salah satu usaha memburukkan lagi konflik berkenaan dan seterusnya memanjangkan semangat kaum Melayu untuk memerangi kaum Cina.
Bagi Tun Dr Ismail, beliau dilihat begitu berkecuali dalam perkara ini dan pada satu ketika dilihat seolah-olah mengiyakan apa yang diluahkan oleh Tunku.
Manakala Tun Abdul Razak sahajalah individu yang begitu mempertahankan isi kandungan surat berkenaan dan beliau sahaja yang menentang pemecatan Tun M daripada UMNO.
Namun sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, Tunku akhirnya memecat Tun M daripada UMNO pada 29 September 1969, kira-kira sebulan setelah Tunku menerima surat berkenaan, setelah Tun M enggan meminta maaf dan menarik semula surat berkenaan walaupun telah dirayu secara perubadi oleh Tun Abdul Razak.
Perseteruan mereka tidak pernah padam sehinggalah Tunku Abdul Rahman meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Menariknya, sebaik Tun M kembali diterima kedalam UMNO oleh Tun Abdul Razak, kelibatnya didalam kerajaan tidak pernah walau sekalipun tidak mendapat kritikan pedas daripada Tunku.
Malah sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, Tunku adalah individu yang menjadi pengkritik tegar tehadap setiap keputusan yang diambil oleh Tun M.
Malah, Tunku sendiri bertindak meninggalkan UMNO kerana enggan lagi menerima Tun M sebagai Presiden UMNO.
Dalam hal ini, tiada usaha yang bersungguh-sungguh oleh Tun M menjernihkan hubungan beliau dengan Tunku. Malah semua kritikan Tunku dianggap tidak relevan oleh beliau dan ini dilihat seolah-olah mengganggap Tunku seperti orang nyanyuk bersuara.
Apa yang pasti, insiden 1988 dimana UMNO akhirnya diharamkan oleh Mahkamah Persekutuan dan insiden ini nyata begitu melukakan hati Tunku.
Ada khabar angin mengatakan, Tunku akan menangis setiap kali menyebut nama UMNO dihadapannya, kerana apa yang dilakukan oleh Tun M hanya untuk mengekalkan kuasanya selaku Presiden tidak dapat diterima oleh Tunku.
Kedukaan Tunku ini dibawa sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dan akhirnya, setelah 9 tahun berkuasa, Tun M mendapat kebebasan penuh untuk memerintah negara dengan penuh warna-warni setelah melukakan begitu ramai hati vateran UMNO terutamanya Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj selaku antara pengasas UMNO, Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri yang membawa kemerdekaan negara.
2 comments:
What a despicable article
tengok media sosial pencacai madey.hari2 najib tak betul.perkara yang sama diulang2 cerita.najib tetap tak jatuh2.kecewa sangat macai madey dan madey sendiri!
Post a Comment