ORANG YANG BANYAK SONGEL DAN MEROYAN-ROYAN DALAM ISU INI,SIAP DENGAN TOHMAHAN DAN KUTUKAN LAGI ADALAH ORANG YANG JELAS JAHIL TENTANG HUKUM HAKAM BERKAITAN DENGAN DERMA.
ALLAH DAH BERI JAMINAN BAHAWA TAK KAN HILANG ATAU BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH DAN MEMBERI DERMA.ALLAH DAN RASUL MENGGALAKKAN ORANG ISLAM MEMBANTU ORANG LAIN.
DENGAN BERSEDEKAH DAN MENDERMA KITA AKAN DIANUGERAHI PAHALA. KALAU KITA DERMA KEPADA ORANG YANG MENIPU KITA MAKA KITA AKAN DAPAT DUA PAHALA.
PERTAMA PAHALA BERSEDEKAH ATAU MENDERMA.KEDUA DAPAT LAGI SATU PAHALA IAITU PAHALA KENA TIPU. JADI APA MASALAHNYA?
ORANG YANG KUTIP DERMA DAN MENGURUSKAN WANG DERMA TERPULANGLAH KEPADA MEREKA MAHU JADI HANTU ATAU MAHU JADI BUAYA.MATI NANTI DIA ORANG TANGGUNG SENDIRI.
YANG KITA BISING-BISING SAMBIL KUTUK ORANG TU APA YANG KITA DAPAT? DAH LAH DUIT HABIS BAGI DERMA KAT YAPIEM,PAHALA PULAK LANGSUNG TAK DAPAT.SILAP-SILAP DAPAT DOSA LAGI KALAU PIHAK YaPEIM TAK BUAT APA YANG DITUDUH! JAGA AKHIRAT SENDIRI LEBIH BAIK DARIPADA SIBUK HAL ORANG!
BACALAH TULISAN SEORANG PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM BERSAMA DS JAMIL KHIR DI LUAR NEGARA.
1. Berkenaan dengan isu Dato Seri Jamil Khir, saya mewakili pelajar yang terlibat sendiri dengan program bersama Dato Seri ingin meluahkan rasa dukacita di atas tomahan yang dilemparkan kepada Dato Seri.
2. Hal ini kerana memang merupakan suatu kebiasaan bagi kami pelajar disini mengadakan pelbagai program bersama pemimpin negara. Bahkan sebahagian daripada kami berasa begitu dekat dengan mereka apabila dapat meluahkan pelbagai masalah yang kami hadapi di sini secara terus kepada pucuk pimpinan negara.
3. Tambahan pula, kedatangan Dato Seri bukanlah untuk berfoya foya seperti yang dihebahkan oleh pihak-pihak tertentu. Kehadiran Dato Seri sebenarnya telah mempereratkan lagi hubungan antara negara dan menyelesaikan masalah kami yang kadang-kadang tidak diketahui orang luar.
4. Disamping itu juga, adalah suatu yang tidak wajar jika tujuan utama serta program utama Dato Seri tidak diwarwarkan dan yang di"highlight"kan hanyalah bermain golf. Untuk pengetahuan semua, bermain golf merupakan cebisan kecil dari program sukan yang dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada termasuk sukan-sukan lain bersama pelajar, bahkan program sukan ini hanyalah merupakan program sampingan dari keseluruhan program yang dihadiri Dato Seri.
5. Pada masa kini, sukan tidak dinafikan menjadi nadi penyatu antara sesama kita, mengeratkan silaturrahim, mengenal hati budi dan juga sebagai salah satu cata diplomasi, bukannya sebagai berfoya-foya seperti ditohmah.
6. Bahkan Islam sendiri tidak melarang umatnya untuk bersukan selagi mana tidak melanggar mana-mana syariat.
7. Untuk pengetahuan, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.
8. Program-program yang dihadiri Dato Seri ini melibatkan program kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek Motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan, program Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara, program Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI, program Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan, program menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan, dan program pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia.
9. Program-program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Bloomington, Indiana dan Washington DC, Amerika Syarikat.
10. Sebagai pelajar yang ditaja, kami merasa amat berbesar hati apabila penaung tajaan datang melawat kami di sini. Hakikatnya, ia adalah amalan biasa bagi sesebuah penaja datang mengadakan pertemuan dan program dengan pelajar tajaan.
11. Bahkan, dengan pertemuan sebegini, lebih dari itu, ianya juga menaikkan semangat kami yang berada jauh dari tanah air. Mereka yang pernah belajar di luar negara pasti memahami situasi sebegini.
12. Berkenaan dengan jumlah harga tiket yang dilihat terlalu tinggi, ia sebenarnya adalah harga normal bagi perjalanan rombongan Menteri ke US. Malah di US, program-program yang dihadiri Dato Seri bukanlah hanya bertempat di satu tempat, bahkan ada tempat yang memerlukan beliau bergerak dengan flight. US bukanlah negara kecil berkeluasan seperti Malaysia. Semua ini adalah munasabah dengan harga tiket yang semuanya melibatkan kos termasuklah kos pertukaran mata wang US sekarang.
13. Sebagai salah seorang pelajar yang benar-benar tahu dan terlibat dengan perjalanan dan program-program Dato Seri, saya merasa amat-amat kecewa dan marah dengan tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Dato Seri.
Mior Azrie bin Mior Idris
Pelajar tahun 3 Drexel University

No comments:
Post a Comment