Saturday, 7 November 2015

LAYAKKAH RAFIZI BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA!!!


Anonymousby Anonymous


Layakkah Rafizi ganti tempat Tony Pua untuk 
berdebat dengan Arul Kanda? Lihat sahaja soalan 
Rafizi di bawah:


Q1. Kebanyakan kementerian kena potongan yang 
cukup banyak,kecuali Jab. Perdana Menteri (JPM) 
saja yang dapat kenaikan. 


Q2. Zaman Pak Lah JPM hanya dapat sekitar 8 bilion setahun zaman Najib meningkat RM20 bilion setahun.


Q3. Daripada RM20 bilion tersebut berapa bilion dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.


Jawapan Q1, Q2 & Q3 : 


Jabatan Perdana Menteri berlainan dengan Pejabat Perdana Menteri.Pejabat Perdana Menteri (PMO) 
adalah pejabat rasmi kepada Perdana Menteri yang menguruskan urusan rasmi dan politik Perdana Menteri.

Jabatan Perdana Menteri adalah sebuah badan induk kerajaan yang terdapat pelbagai jabatan,suruhanjaya dan agensi di bawahnya.

Terdapat 8 buah suruhanjaya,5 agensi pusat dan 51 jabatan di bawah JPM antaranya adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),Jabatan Perkhidmatan Awam,Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),Biro Tatanegara (BTN),Jabatan Audit Negara, Parlimen Malaysia,Jabatan Perangkaan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN),Istana Negara,Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). 

Jika diteliti senarai agensi,jabatan atau suruhanjaya di bawah Jabatan Perdana Menteri,kebanyakan daripadanya tidak melibatkan sebarang aktiviti politik.

Melihat kepada beberapa tragedi yang melanda negara setahun dua ini,pertambahan peruntukan sebanyak 7% daripada RM19 billion kepada RM20.3 billion adalah munasabah.

Ini kerana terdapat agensi-agensi di bawah JPM ini memerlukan lebih banyak dana untuk beroperasi.

Khususnya agensi yang terlibat dalam soal keselamatan dan bencana seperti APMM,MKN, ESSCOM, JPAM dan Unit Pemulihan Pasca Banjir.Peruntukan 3 kali ganda berbanding tahun 2008 untuk JPM tidak sepatutnya menjadi isu.

Ini kerana terdapat beberapa agensi baru di bawah JPM yang tidak ada pada tahun 2008 (contoh: ESSCOM).

Agensi-agensi ini ditubuhkan berdasarkan keperluan semasa dan terdapat juga tanggungjawab kementerian lain yang diserapkan kepada agensi-agensi JPM ini.Agensi-agensi sedia ada seperti APMM,JPAM dan SPRM juga turut diperbesarkan dan diberi peruntukan untuk memiliki aset baru. 


Rafizi cuba memperbodohkan rakyat dengan soalan bodoh.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN




No comments: