Thursday, 5 November 2015

JDT Hanya Menang Piala ‘Second Class’?



Adakah kemenangan JDT hanya boleh di
anggap sebagai kemenangan untuk tempat 
ke-3 dan ke-4 sahaja? 

Ini kerana kedua-dua pasukan secara teknikal
nya hanya layak secara percuma ke perlawanan 
akhir. 

Pada perlawanan separuh akhir, kedua-dua 
pasukan yang masuk ke pentas final telah 
mengalami kekalahan sebelum FIFA memutus
kan dua pasukan dari Kuwait itu tidak layak 
beraksi kerana penggantungan badan induk 
persatuan bola sepak negara itu.

Mungki juga JDT sebenarnya tidak boleh 
hendak terlalu berbangga dengan pencapaian 
yang telah diraih kerana Piala AFC hanya 
kejohanan kelas kedua sahaja. 

Walau bagaimanapun pasukan Harimau Selatan 
itu jangan cuba-cuba lagi hendak memasang 
impian untuk beraksi ke pentas Liga Juara-
Juara Asia.

Sebagai pasukan yang benar-benar hebat JDT 
perlu untuk membuktikan sekali lagi untuk 
mara ke final Piala AFC untuk tahun hadapan, 
tidak melalui tiket free.

Kalau mahu bercerita tentang jalan untuk ke 
final ini, pasukan Selangor juga pernah masuk 
ke pentas akhir pada tahun 1967 untuk saingan 
Kejohanan Asia. 

Walaupun menjadi naib juara pada kejohanan 
itu, Selangor tidak mendapat laluan mudah 
untuk ke pentas akhir.

Sebelum terlupa, netizen dari Selangor juga 
ada mengingatkan kepada pasukan dan juga 
penyokong JDT yang beria-ia dengan 
kemenangan tersebut bahawa sebahagian 
pemain-pemain yang membawa kejayaan 
kepada JDT ada pemain-pemain yang telah 
‘dicuri’ dari Selangor.
– Postmetro

4 comments:

Anonymous said...

jgn tunjuk sangat sikap busuk hati tu...simpan sikit bagi anak cucu.
itu rezeki jdt
siapa kau nak pertikai

peace dari org kedah

Anonymous said...

bukan busuk hati tu.dia cakap betul tu.memang satu dunia tahu dapat juara cara mudah!

Anonymous said...

2.6 billion derma lebeh mudah diperolehi, bukan dimalaysia saja tahu, satu alam sejagat tahu

Anonymous said...

si bengong ni tak tahu bezakan antara sukan dengan politik! kesian mak dia ni dapat anak terlebih bengong!hhihihihi!!!