Saturday, 7 November 2015

PENUTUP TAHUN 2015 YANG GEMILANG BUAT DS NAJIB!!!


Mungkin penghujung kepada 1001 kemelut yang 
melanda Najib bakal tiba tidak lama lagi.Malah Najib 
juga sebelum ini pernah memberi jaminan bahawa 
segala isu yang melanda 1MDB dan berhubung wang 
'derma' RM2.6B yang pernah wujud dalam akaunnya 
akan selesai dalam tempoh 6 bulan, bersamaan bulan 
Disember 2015.

Melihat kepada perkembangan kedua-dua isu ini, 
nampak jelas, Najib sememangnya menantikan saat 
terbaik untuk menjawab dan sekaligus membuat 
'counter attack' ke atas musuh-musuh.Samada dari 
dalam negara mahupun luar negara, musuh dalam 
UMNO, musuh dalam kerajaan, musuh dalam BN 
dan yang paling bahaya, musuh dalam selimut.

PAC mengumumkan akan memanggil Presiden 

1MDB, Azrul Kanda pada 1 Disember, iaitu 2 hari 
sebelum sidang parlimen ditutup bagi membantu 
menyelesaikan persoalan berhubung 1MDB. 

Tidak hairanlah kenapa Azrul memutuskan untuk 
tidak meneruskan debat dengan Rafizi.

Semua persoalan sepatutnya dijawab terlebih 
dahulu di hadapan PAC, termasuk Tony Pua. 

Selepas itu, terpulanglah kepada Azrul dan Rafizi 
samada mahu meneruskan pendebatan atau tidak. 

Bukankah seluruh rakyat selama ini sering 
mendesak agar PAC memainkan peranan bagi 
menyelesaikan isu ini?

http://www.sinarharian.com.my/nasional/arul-dipanggil-

beri-keterangan-kepada-pac-1-dis-1.448553

Dalam masa yang sama, Menteri Di Jabatan Perdana 

Menteri, Datuk Azalina Othman turut mengumumkan 
kesediaan pihaknya menjawab semua persoalan 
berhubung isu wang derma RM2.6B pada hari 
terakhir sidang Parlimen iaitu pada 3 Disember.

Terpulang samada isu ini bakal dijawab sendiri oleh 
Perdana Menteri atau Menteri lain dari Jabatan PM.
Harapan kita tentulah untuk mendengar dari DS Najib 
sendiri...

Ahli Parlimen berhak membangkitkan apa jua 

persoalan berkaitan kedua-dua isu ini dalam tempoh 
sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Semua persoalan akan dikumpulkan dan akan dijawab 
sekaligus pada hari terakhir persidangan...

http://english.astroawani.com/malaysia-news/allegations-rm2-6-
billion-pms-accounts-will-be-answered-dec-3-79648

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai siapa berada 

di pihak yang benar.

Tetapi selagi pintu hati tertutup untuk melihat, 
mendengar dan menerima kebenaran, maka tidak 
ada gunanya sebarang penjelasan diberikan kepada 
golongan seperti ini.

DEBAT ADALAH SALURAN MENCARI KEBENARAN. 
BUKAN CARI KEMENANGAN SEPERTI YANG SELALU 
DIKEHENDAKI OLEH MANUSIA YANG DAH TERTUTUP 
HATINYA!

No comments: