PADAH CUBA 'SEMBUHKAN BUASIR' GUNA PEDANG MAINAN
China - Seorang lelaki berusia 54 tahun di bandar Hangzhou, China, membuat keputusan yang salah apabila cuba 'merawat buasir' yang dihadapinya selama 10 tahun menggunakan pedang mainan.
Lelaki tersebut, Mr. Kao (bukan nama sebenar), tidak dapat
menahan rasa pedih yang dihadapinya akibat buasir dan
bertindak cuba membuang buasir itu sendiri dengan
menggunakan keychain pedang itu.
Tidak lama selepas itu, Kao kemudian menelefon pejabat
nya; dan memberitahu rakan sekerja dia tidak dapat hadir
ke pejabat pada hari ini kerana sesuatu terjadi.
"Saya tak dapat datang kerja hari ini. Ada pedang tersekat
di dalam punggung saya"
Selepas mendengar pengakuan dari Kao itu, rakan sekerja
nya kemudian membawa Kaoi ke hospital Sir Run Run Shaw.
Tetapi detik malu Kao tidak tamat di situ sahaja. Kao
dihujani pertanyaan dari wartawan yang sudah berkumpul
menunggu Kao dengan soalan yang merepek-repek.
Wartawan : "Adakah kamu merangkak di hadapan cermin
ketika melakukannya?"
Kao : "Ya"
Wartawan : "Adakah pedang itu secara tidak sengaja
tergelincir ketika kamu cuba duduk?"
Kao : "Ya"
Wartawan : "Kamu mencangkung untuk masa yang lama
kan? Lepas tu kamu mesti duduk dan..."
Kao : "Ya"
Kao bernasib baik kerana doktor berjaya membuang pedang
itu dengan selamat tanpa sebarang implikasi. Kao juga
terpaksa bercuti beberapa hari di hospital untuk proses
penyembuhan. Namun apa yang paling memeritkan adalah
doktor di hospital itu memberitahu Kao "Kamu tak pernah
ada buasir".
Insiden yang terjadi kepada Kao dan buasir imaginasinya
berjaya masuk ke dalam berita di televisyen.
Jadi, sekiranya anda mempunyai apa-apa penyakit (lebih-
lebih lagi di bahagian sulit) pastikan anda berjumpa doktor
terlebih dahulu untuk konsultasi. Jangan main redah je.
No comments:
Post a Comment