Wednesday, 18 November 2015

COMELNYA BUDAK NI !!!


Baru berusia setahun, Aaisyah Dhia Rana sudah disunting menjadi pelakon dan menerima bayaran belasan ribu ringgit dari pihak produksi hanya untuk muncul dalam 11 episod.

Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan stesen televisyen selain menyifatkan itu adalah rezeki bagi anaknya.


“Bayaran untuk komitmen 11 hari yang 
dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. 


Itu saja saya boleh cakap.“Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. 


Tak apalah, orang nak cakap apa…itu 
terpulang. Ini semua soal rezeki. 


 Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan 
saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi.

 “Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” katanya.

4
Dalam pada itu, Che Ta menafikan dakwaan tanggapan orang ramai bahawa dia mempergunakan anaknya.

Difahamkan, selain Che Ta dan Aaisyah, Zain Saidin juga turut ditawarkan sebagai pelakon undangan dalam drama tersebut.

Tuah ayam nampak ditaji, tuah manusia, tiada siapa yang tahu. Kita perlu berusaha sebaik mungkin dalam merealisasikan impian kita. Insyaallah.
  • –  PRU14.tv

No comments: