NAGOYA - JEPUN. Seekor gorila digelar 'ikemen'
yang bermaksud 'lelaki kacak' selepas menarik
perhatian warga tempatan dan laman sosial, baru-
baru ini.
Menurut Dailymail, gorila tersebut yang bernama
Shabani itu berasal dari Zoo Taronga, Australia
dan telah dipindahkan ke Jepun pada 2007.
Jurucakap Zoo Taronga memberitahu, Shabani
merupakan antara gorila terawal yang diperkenalkan
di zoo Higashimaya.
Difahamkan, jumlah pengunjung wanita ke zoo
tersebut juga bertambah, baru-baru ini.
Foto-foto Shabani juga dikongsi ke laman sosial,
antaranya kelakuan haiwan tersebut 'menunjuk otot',
bermain dengan gorila muda dan termenung.
Tinjauan Sinar Online mendapati, rata-rata pengguna
laman mikro Twitter yang berasal dari Jepun memuji
'ketampanan' Shabani.
"Dia terlalu kacak," kata Ikumi.
"Saya sudah pergi ke Zoo Higashimaya. Orang ramai
kata Shabani kacak, dan dia terbukti kacak!," kata
Natsu.
"Saya pergi ke zoo semata-mata untuk melihat Shabani.
Dia memang sangat popular kini," kata pengguna
Twitter, Yellow.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment