Thursday, 5 November 2015

Apabila Mahathir Mengenepikan Fakta Dan Bersuara Mengunakan Nafsu Politik!!!


By Samurai 

Dalam entri terbaru didalam blog chedet.cc 
kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamed menulis 
tentang betapa perlunya pengasas 1MDB 
turut perlu mengikut jejak langkah Mathias 
Chang dan Datuk Khairuddin Abu Hassan 
kerana dakwa beliau pengasas 1MDB juga 
merosakkan institusi perbankan dan kewangan 
negara, sama seperti tuduhan yang dikenakan 
terhadap Mathias dan Khairuddin.

Dakwa beliau, sejak tertubuhnya 1MDB, 
terlalu banyak kerosakan yang dilakukan oleh 
syarikat ini termasuk dengan jumlah hutang 
yang amat tinggi serta kejatuhan matawang 
Ringgit dipasaran global. 

Turut disentuh beliau ialah penguasaan 1MDB 
terhadap sektor tenaga yang dilihat seperti di
monopoli oleh satu pihak sehingga menafikan 
pihak lain yang turut sama berminat dalam 
sektor berkenaan.



Mungkin Tun M tidak membaca diawal 
kewujudan 1MDB dimana syarikat berkenaan 
diwujudkan setelah kerajaan memutuskan 
untuk mengambil alih sepenuhnya Terengganu 
Investment Authority (TIA) dan memberikan 
1MDB modal sebanyak RM 1 juta sebagai 
modal asas perniagaan.

Rundingan yang dijalankan kerajaan terhadap 
pemegang saham TIA yang pada ketika itu 
diuruskan oleh sekutu rapat Tun M, Datuk Seri 
Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu. 

Kerajaan pada ketika itu cukup komited untuk 
melabur kedalam TIA sehingga sanggup 
mengeluarkan bon yang sama rata dengan 
kerajaan Negeri Terengganu.

Namun begitu, keputusan yang diambil 
kerajaan negeri Terengganu pada pertengahan 
tahun 2009 untuk tidak lagi meneruskan lagi 
rundingan ini membawa kepada penubuhan 
1MDB pada tahun 2009. 

Perkara ini tidak pernah dipertikaikan oleh 
Ahmad Said sehinggalah beliau tidak lagi 
menjawat jawatan Menteri Besar akibat 
“disingkirkan”. Malah pada perlantikan Datuk 
Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri pada 
3 April 2009, Tun M cukup sedar akan usaha 
beliau untuk mewujudkan satu entiti syarikat 
milik kerajaan.


Tun M juga telah diberi penerangan oleh 
Datuk Seri Mohd Najib pada awal tahun 2012 
tentang perkembangan 1MDB disebalik jaminan kerajaan sebanyak RM 5.36 bilion daripada jumlah pinjaman RM 42 bilion yang dilakukan oleh 1MDB bagi melaksanakan 
hasrat menjadi syarikat pelaburan dalam 
sektor tenaga dan hartanah. 

Tun M sedar akan hal ini dan menggalakkan 
beliau untuk terus memperkembangkan 
pengaruh 1MDB sama seperti yang berlaku 
terhadap Temasik Holding di Singapura.

Namun semuannya berubah sekelip mata 
apabila Tun M mendakwa 1MDB mensabotaj 
perbankan dan kewangan negara. Dari segi 
apa dakwaan Tun M ini? 

Semua pinjaman yang dilakukan oleh 1MDB 
adalah menerusi sindiket kewangan antara
bangsa dimana kerajaan hanya menjadi 
penjamin bagi RM 5.36 bilion, bukan 
keseluruhan pinjaman berkenaan.

Malah kerajaan juga hari ini tidak lagi menjadi 
penjamin utama 1MDB kerana 1MDB kini dalam 
proses rasionalisasi dan hutang piutang 1MDB 
hari ini telah berjaya disusutkan dari RM 42 
bilion kepada hanya RM 26 bilion setakat 
peghujung Oktober lalu. 

Negara tidak menuju kepada kebankrapan 
akibat jaminan dan pinjaman ini kerana 
semua pinjaman ini tidak meletakkan aset 
negara sebagai jaminan. 

Jadi atas dasar apa dakwaan Tun M yang 
meletakkan 1MDB sama seperti Mathias 
dan Khairuddin?


Sebagai seorang Perdana Menteri yang cukup 
lama memerintah Malaysia dan mengharungi 
dua zaman sukar kemelesetan ekonomi, beliau 
seharusnya faham terlalu banyak faktor luaran 
yang membawa kepada kejatuhan nilai ringgit 
Malaysia hari ini.

Beliau pernah menempuh zaman inflasi yang 
cukup tinggi sehingga kadar penggangguran 
negara mencecah tahap tertinggi dalam 
sejarah. 

Malah beliau juga pernah berhadapan dengan 
serangan matawang asing oleh para pembeli 
matawang antarabangsa sehingga Ringgit 
Malaysia diniagakan pada kadar RM 4.88 
untuk USD $ 1 dolar. 

Adakah ini tidak dapat mengajar Tun M 
tentang mainan ekonomi dunia?

Di hampir 162 buah negara yang terjejas 
akibat kelemahan matawang dunia baru-
baru ini, 161 daripadanya tiada langsung 
kewujudan 1MDB dinegara mereka. Malah 
1MDB juga tidak wujud di China, Amerika 
mahupun Australia serta Rusia yang agak 
teruk terjejas berikutan kemerosotan 
matawang dunia ini.

download

Jadi dimana asas dakwaan Tun yang mengata
kan 1MDB menyebabkan kemorosotan 
kewangan Malaysia di pasaran antarabangsa? 
Bagaimana pula faktor kemerosotan di 161 
buah negara? 

Adakah ianya juga disebabkan oleh 1MDB?

Pelaburan 1MDB dalam sektor tenaga 
sememangnya dari awal lagi telah dirangka 
oleh kerajaan bagi membolehkan pembahagian 
kuasa yang lebih efisyen kepada rakyat 
Malaysia. 

Namun, disebalik usaha murni kerajaan, Tun M 
dilihat tidak berpuas hati dengan penguasaan 
1MDB terhadap bidang tenaga sehingga 
menyebabkan beliau mengkritik tindakan ini. 
Kenapa beliau perlu mengkritik sesuatu usaha 
yang baik untuk rakyat? 

Adakah merosakkan kekayaan kroni beliau?

Tun M, sewajarnya perlu berehat. Semakin 
banyak beliau berbicara semakin banyak 
keaiban masa lalu beliau akan terbongkar.

10 comments:

Anonymous said...

Byk mkn dedak admin ni., dasar2 najib byk susahkn rakyat, kenapa rakyat yg menanggung segala kerugian 1mdb melalui cukai yg tk masuk akal? Brim dpt selesai masaalah ke? Byr penasihat sampai JUTA 2,jgn ingat rakyat bodo mcm admin

Anonymous said...

anon 12.50, jangan tunjuk sangat yang awak tu makan tahi!kalau cakap hanya pakai akal kat pala lutut anjing pun boleh menyalak.jawab secara berfakta yang admin tulis tu.1 mdb belum rugi kerana hutangnya dibayar ikut jadual.senaraikan dasar najib yang susahkan rakyat.jangan tau cakap aje macam orang bodoh.tun m bukan nabi yang maksum!

cakap 1mdb monopoli tenaga.masa dia memerintah kenapa bagi kat penyamun belaan dia aje?orang lain dinafikan peluangnya.kata dulang paku serpih!

Anonymous said...

PERSOALAN ( RAKYAT ) UNTUK DEBAT YANG TAK JADI.

1)- Jika Arul ikhlas dan 1MDB juga ikhlas mahu jelaskan perkara kepada rakyat, Sesi Soal Jawab adalah alternatif yang jauh lebih baik dari berdebat, kita tidak perlu pemenang dalam isu ini.

2)- Semua orang nak tahu cerita sebenar 1MDB. Banyak persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya lagi walaupun Arul kata dah jawab berpuluh kali. Jadi apakata buat sesi Soal Jawab ini dan selesaikan semuanya. ADA BERANI ?

3)- Melainkan 1MDB ada banyak perkara yang nak disorokkan dari rakyat .......
Sekarang sudah terbukti nyata bahawa 1MDB itu telah gagal, rugi dan terpaksa diselamatkan melalui Pelan Rasionalisasi Hutang.

4)- Antara kesan langsung dari Pelan Tukar Aset 1MDB dengan IPIC adalah penglibatan kerajaan secara langsung dalam memastikan IPIC mendapat aset sebagaimana dalam perjanjian. Ini bermakna, satu lagi GERENTI kewangan dari kerajaan gara2 1MDB !

5)- Ingat balik apa yang tertulis dalam rekod London Stock Exchange mengenai perjanjian 1MDB/Kerajaan-IPIC,

" On 28 May 2015, International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), Minister of Finance, Inc., Malaysia (MOF) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) entered into a binding term sheet.........

...... 1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa. "
.

6)- Perjanjian itu bukan saja dengan 1MDB tetapi juga dengan Kementerian Kewangan.

Pendek kata - Kerajaan ( atau rakyat ) telah dilibatkan sama dalam proses menyelamatkan 1MDB dari kemelut hutang !


Anonymous said...

Arul dah pernah disoal dlm sesi soaljwb TV beberapa bln yg lepas menyentuh isu dan hala tuju 1mdb.
Kenapa msh ada yg sengaja nak spin balik???
Soal debat atau sesi soaljwb dgn tian pua, arul dh bersedia tanpa kenakan sebarang syarat...kenapa arul nak dipersalahkan.Klu hanya dia meminta setiap soalan disediakan secara bertulis adalah hak dia sebagai persediaan utk sesi tersebut.Sama dgn sidang parlimen agar para menteri diberi soalan bertulis agar mudah bagi mrk menyediakan fakta dan jwpn yang sesuai.

Berkenaan dgn tun..semua sedar tun mmg ada udang sebalik batu dgn menjadikan 1mdb sebagai kambing hitam utk dia menjatuhkan najib.Semuanya angkara kehilangan lubuk emas bagi syarikat kroni dan mgkin anaknya.

Selama 1mdb wujud...terdapat juga sumbangan mrk spt tajaan pegi haji yg dah menjangkau ribuan org, bantuan rmh utk fakir miskin, bantuan kewangan kpd tabung pibg dsbnya.Sekurang2nya mrk bukan sekadar cari untung bahkan melakukan amal jariah.

Cuma sedih dan kesian bila negarawan2 dan pemimpin2 kita dimalukan krn terlalu terdesak utk membantu kroni hingga mrk terjerumus melakukan dosa fitnah.

Anonymous said...

PETIKAN AKHBAR SINAR,

"Semasa jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu IDEALISTIK .

"Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar,"- Sinar 5 Okt 2015.


1)- Orang yang terlalu idealistik sering juga kita katakan sebagai orang yang tidak berpijak di dunia nyata, kerana walaupun falsafahnya tampak sempurna, namun ia tidak semestinya sempurna dilaksanakan didunia nyata.

2)- So, kalau ade keraguan diperingkat awal , kenapa masih hendak dilaksanakan... yang penting APE FUNGSI AHLI KABINET DIDALAM MENASIHAT PERDANA MENTERI ...

3)- Bagaimana pula fungsi para penasihat yang BIJAKSANA dan BERGAJI MAHAL .. tidak bolehkah mereka meramalkan ape yang bakal berlaku keatas SYARIKAT yang bersandarkan hanya GOODWILL kerajaan.

4)- Yang paling penting adekah MODEL 1MDB ini pernah disimulasikan dalam " makmal " dan keputusan dibahaskan oleh semua pihak .

Anonymous said...

Anon 5 November 2015 at 14:07

Sila dedahkan Senarai KRONI yang anda katakan, juga sertakan fakta,, jangan hanya mewujudkan PERSEPSI keatas orang lain, bagi menutup bangkai Gajah yang membusuk.


P/s , Mewujudkan persepsi juga satu fitnah. tq

Anonymous said...

anon 14.31 ni ketinggalan bas rupanya!pembangkang dah lama bangkit senarai kroni penyamun tarbus madey sejak tahun 80-an dan 90-an dulu2.sbb tu pembangkang melabelkan madey sebagai maha firaun,maha zalim dan maha toghut! kalau malas membaca maka bodohlah sentiasa.

Anonymous said...

Kenapa muka cina kroni yg sama dpt projek zaman mahdey???
Tak ada syarikat melayu bumipitera yg layak ker????
Dan kenapa tsmy kuncu kuat mahdey boleh lepaskan tender buat kroni mahdey bagi projek bestari.net sedangkan perkhidmatan diberi sgt hampeh!!!
Sehinggakan bilangan guru yg membenci kerajaan semakin meningkat angkara kebodohan perkhidmatan yg diberi sgt tidak memuaskan.
Jadi kenapa syarikat dan org yg sama!!???

Banyakkan membaca utk menilai kenapa terdesak sgt menyerang 1mdb sedangkan zaman mahdey lagi bnyk perkara yg sama berlaku.Sampai sekarang mahdey berkata dia belum ada cukup bukti utk mendakwa 1mdb.Dia cuma bersandar pada media luar yg sah anti kerajaan serta rakan kpd pihak pembangkang.

Anonymous said...

Najib kata model perniagaan 1MDB terlalu idealistik ...... sebab itu ia gagal ? Kegagalan model idealistik itu disebabkan Edra Energy tidak dapat disenaraikan IPO. Sebab tak dapat diIPOkan, maka 1MDB takde duit nak bayar hutang. Sebab hutang tak terbayar maka 1MDB terpaksa jual hartanya.

Pendek kata - salahkan mereka yang tidak luluskan IPO 1MDB !


Perkara sama juga disebut oleh Najib bulan lepas semasa di NewYork -


"Semasa jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.

"Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar,"- Sinar 5 Okt 2015.


OK..... sebelum kita komen, rasanya baik kita baca dulu apa maksud idealistik. Secara mudahnya Idealistik ini lebih kepada Teori atau Falsafah yang sempurna. Ia sering dibandingkan dengan Realistik iaitu apa yang berlaku di dunia sebenar. Orang yang terlalu idealistik sering juga kita katakan sebagai orang yang tidak berpijak di dunia nyata, kerana walaupun falsafahnya tampak sempurna, namun ia tidak semestinya sempurna dilaksanakan didunia nyata. Antara Teori dan Nyata.

Jadi bila 1MDB dikatakan sebagai terlalu idealistik, kita boleh beranggapan bahawa, pada pandangan Najib 1MDB ini tampak sempurna dalam bentuk teorinya tapi ternyata bila teori itu diaplikasikan di dunia nyata, ia gagal.

Dalam kepalanya, adalah sesuatu yang begitu sempurna jika sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta boleh meminjam sehingga 42 000 kali amaun itu..... WOW ! Banyaknya modal untuk dibelanjakan !

Tapi itu mustahil dilakukan oleh mana2 syarikat pun didunia ini melainkan terdapat satu bentuk gerenti dari pihak ketiga yang mana pihak bank boleh tuntut gantirugi sekiranya syarikat itu gagal bayar hutangnya.

Pihak ketiga itu adalah kerajaan Malaysia. Tanpa gerenti atau jaminan dari kerajaan Malaysia, 1MDB tidak mungkin dapat meraih hutang sebanyak 42 000 kali modalnya. Adakah itu sesuatu idea yang bernas dan unik ? 

Hmmmm .... kalau modal RM2 jer tapi masih boleh pinjam sehingga RM42 billion, saya rasa lebih gempak ! Dengan cara 1MDB pinjam menggunakan nama kerajaan, saya rasa tidak ada masalah bank nak bagi pun walaupun modal 1MDB cuma 2 ringgit.

Yalah, kalau bank pun dah tak percaya, kita boleh saja minta pihak lain pula yang tolong jaminkan .... contohnya IPIC ke. Kalau bank ada pihak ketiga sebagai tempat untuk kutip hutang, berapa saja 1MDB nak pinjam pun boleh diberikan !

Tapi harga yang terpaksa dibayar untuk jaminan itu apa pula ?

Semuanya tampak terlalu mudah ... kan ? Bila dah dapat duit secara mudah maka belanja pun fikir mudah jugalah.Beli IPP dengan harga jauh terlalu mahal dari harga pasaran pun tidak apa ..... sebab nanti bila disenaraikan melalui IPO boleh dapat duit banyak dari pelabur, bolehlah bayar balik hutang beli IPP itu.

Kenapa IPP ? Sebab bisness IPP ni tak payah fikir banyak. Gerenti untung punya kalau guna nama kerajaan. Pendapatan di jamin, untung gerenti. Sebab sebagai kerajaan, Najib boleh saja arahkan untuk sain penyambungan kontrek IPP. 

Anonymous said...

serupalah yang madey buat dulu.dia buat IPP guna duit kwsp 4 bilion! bila siap dia bagi kat YTL.kenapa tak bagi terus kat TNB? dah tu buat pulak perjanjian yang berat sebelah yang memihak ke YTL.sehunggakan pengerusi TNB tan sri anie aroff letak jawatan kerana tak setuju dengan perjanjian yang berat sebelah ini.sekurang2nya allahyarham anie aroff tak terpalit dengan dosa bersubahat! bila kontrak IPP tamat dan tak sambung untuk puluhan tahun lagi maka untuk kaut untung berbilion ringgit lagi tidaklah tercapai! faham2 ajelah tindakan yang menyusul!

IPP serah kat 1mdb sekurang2nya dapat kat syarikat kerajaan.sambung kat YTL hanyalah kroni2 dan ank beranak yang dapt faedah!