Tuesday 22 December 2015

TUN PENYEBAB KEKUATAN UMNO SEMAKIN RAPUH !!!


Seorang rakan menghantar ayat berikut:



“Saya tidak bersetuju dengan Sanusi Junid yang Datuk Seri Najib Razak menyebabkan Umno lemah.



Tun Mahathir Mohamad adalah penyebab kepada lemahnya Umno. Namun beliau pernah membuat Umno kuat untuk sekali sahaja sepanjang enam tahun ini. Statistik tidak menipu.



Pilihanraya Umum 1999, Dr Mahathir membuatkan Umno hilang 24 peratus kerusi yang ditandingi, menyusut 22 kerusi daripada 93.


Namun pada 2004 pula, Dr Mahathir menjadikan Umno kuat dengan bersara daripada politik dan tidak lagi bertanding serta berdiam diri bagi memberi laluan kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan kerjanya.


Berikutan itu, Umno memenangi 53 peratus kerusi dan meraih kemenangan daripada 71 kepada 109 kerusi, keputusan paling baik buat Umno dan Barisan Nasional.



Pada 2008, Dr Mahathir merobek kekuatan Umno dengan melakukan serangan berterusan terhadap partinya sendiri selama setahun, membuatkan Umno lemah dan hilang 38 peratus kerusi.



Pada 2013, Najib berjaya memenangi sembilan kerusi tambahan untuk Umno, lantas memperkukuhkan parti itu. Dr Mahathir turut berdiam diri pada pertarungan pilihanraya ini.



Najib sudah mewarisi Umno yang memiliki rakan yang lemah. Umno yang mempunyai sisa-sisa penyokong daripada rakan dalam Barisan Nasional bukan sahaja terpaksa menghadapi serangan daripada pembangkang malah daripada penyokong Dr Mahathir yang mempunyai agenda tersembunyi dalam merealisasikan angan-angan mereka. 



Serangan-serangan inilah yang menyebabkan Umno semakin berpecah bagaikan sebuah sarkis ketika ini. Dan jangan lupa akan mereka yang muda dan opportunis yang bersedia menikam pada bila-bila masa.


Maka, adalah nyata kita mampu membuat dua kesimpulan terhadap keadaan ketika ini:



1. Dr Mahathir ialah penyebab kepada lemahnya Umno

2. Jika anda mahu Umno untuk kembali kukuh, beritahu Dr Mahathir untuk diam.


Saya sudah katakan, dan akan katakan lagi, baiklah berdiam dan benarkan pihak berkuasa jalankan tugas mereka. Tak usah menyimbah minyak ke api, takut nanti membakar diri.



Tetapi tak ramai yang mempunyai akal yang bijak untuk memahami logik yang mudah seperti itu.


Jika anda menyorot kembali kepada awal 80an, Dr Mahathir ialah individu yang menggesa Sulaiman Palestine untuk mencabar Tun Hussein Onn.


Dan kemudian beliau mendesak Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk menentang Musa Hitam. Mereka yang berusia awal 30an tidak akan ingat bagaimana terjadinya perpecahan dalam Umno hingga mewujudkan Umno Team A dan Team B apabila Ku Li bertindak menentang Dr Mahathir dan kemudiannya Umno diisytihar haram tidak lama selepas itu.


Disebabkan wujudnya pertelagahan antara Team A dan Team B ini, Dr Mahathir telah mengubah perlembagaan Umno kepada apa yang ada sekarang dan meminda bagaimana Presiden Umno dipilih. Dan jangan lupa, disebabkan pertelagahan yang sama, Dr Mahathir telah memecat beberapa menteri termasuk Pak Lah, Ajib Ahmad dan beberapa yang lain.


Kemudian Dr Mahathir juga hilang pengusaan terhadap Kelantan pada 1990 kepada PAS. Ia satu tamparan hebat kepada Barisan Nasional ketika itu, dan hanya dapat diatasi pada 1999. Jangan lupa pertelagahan antara Wan Mokhtar dan Yusuf Noor dan mengapa ia berlaku.



Musa Hitam adalah seorang individu yang terlalu bijak untuk Dr Mahathir. Formula 2M (Mahathir-Musa) lebih kepada ‘jangan pijak kaki saya dan saya tidak akan pijak kaki anda’.


Akhirnya, Dr Mahathir menggunakan insiden Memali untuk menyingkir Musa Hitam. Namun beliau tidak berhenti setakat itu. Beliau melantik Ghafar Baba sebagai timbalannya biarpun dalam perancangannya, beliau lebih menjurus untuk melantik Anwar Ibrahim.


Ghafar adalah seorang timbalan yang patuh dan baik, sesuai bagi jawatan itu tetapi bukan bagi menggantikan jawatan Perdana Menteri. 


Anwar mempunyai ramai pengikut terutama daripada organisasi disertainya sebelum itu seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Dr Mahathir menggunakan organisasi Allahyarham Rahim King, Kelab Bekas Komando Malaysia bagi membuka laluan kepada kebangkitan Anwar dan menyingkir segala tentangan terhadap Anwar. 


Akhirnya, Ghafar, seorang yang setia kepada Umno, ditendang keluar dengan cara memalukan oleh tangan-tangan ghaib.


Umno sangat lemah ketika itu. Ahli sudah muak dengan Dr Mahathir yang sudah terlalu lama di puncak. Satu-satunya sebab mereka masih menyokong beliau kerana pemilihan timbalannya, Anwar Ibrahim ketika itu. Akhirnya, Umno menemui satu karektor yang muda dan bertenaga bagi menggantikan Dr Mahathir dan semua menanti saat itu.


Namun, tidak diketahui Dr Mahathir dan Cawangan Khas ketika itu, Anwar terlibat dalam aktiviti tidak sihat yang diketahui DAP sejak 1984 dan hanya dibawa ke pengetahuan umum pada 1997 oleh Karpal Singh, yang kemudiannya membawa gelaran, ‘Sheikh Al-Anwar Al-Juburi’ yang diberikan ‘harapan’ sesetengah orang – Mat Sabu.


Maka, apabila Dr Mahathir memecat Anwar dan menyingkirnya daripada Umno, parti ini semakin lemah. Pada pilihanraya umum 1999, Sanusi turut terperangkap dalam kemarahan penyokong Anwar terhadap Mahathir. 



Ahli Actors Studio turut dilihat memilih jalanan untuk meneriak gerakan ‘Reformasi’ dan memberikan temuramah kepada stesen berita antarabangsa CNN dengan menyatakan ‘Kami sudah bosan dengan Mahathir. Dia perlu letak jawatan.’


Tindakan Dr Mahathir terhadap Najib turut mendapat sokongan daripada beberapa kerabat diraja. Ironinya, pada 1983, datuk kepada kerabat diraja inilah yang dihalang Dr Mahathir daripada dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong. 



Hampir setiap minggu, helikopter Nuri akan menerbangkan Dr Mahathir ke Kuala Kangsar bagi menyakinkan Almarhum Sultan Idris, yang turut merupakan datuk kepada kerabat diraja ini, untuk menjadi Yang DiPertuan Agong. Takdir bagaimanapun menentukan, Sultan Idris mangkat pada awal 1984 dan Sultan Iskandar mengambilalih sebagai Yang DiPertuan Agong pada April 1984.


Ketika inilah, campur tangan Dr Mahathir menyebabkan krisis perlembagaan dan hampir menyaksikan pentadbiran kerajaan ketika itu diambil alih pihak tentera. Satu-satunya masalah ketika itu, tentera tidak mempunyai hubungan dengan rakyat dan memerlukan jambatan itu melalui kerjasama pihak polis. 



Biarpun pihak polis bersetuju dengan idea itu namun mereka beranggapan masa tidak sesuai untuk pengambilalihan itu dan ia gagal. Krisis perlembagaan itu tidak terhenti sehingga 1993 apabila kuasa institusi diraja dikurangkan.


Maka, Umno dipersalahkan untuk setiap apa yang berlaku walhal ia adalah hasil tindak tanduk Dr Mahathir sendiri atau mereka yang rapat dengannya. Dan sebagaimana disebutkan, Pak Lah mewarisi Umno yang lemah daripada Dr Mahathir. 



Semua proksi Umno tidak dibenarkan menyalurkan dana kepada Barisan Nasional selepas Dr Mahathir meletak jawatan. Dr Mahathir meletak jawatan dan membawa bersama kesemua proksi Umno ketika itu. Umno bukan sahaja diwariskan kepada Pak Lah dalam keadaan lemah, malah miskin, dengan sisa-sisa ditinggalkan kepada Pak Lah.


Kerajaan kini sudah menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Perolehan (Revenenue Recovery Committee) bagi memperolehi semula perolehan kerajaan yang hilang dan sepatutnya sudah tiba masanya Umno juga perlu mempunyai jawatankuasa yang sama.



Malaysia akan terus lemah ekoran tindakan Dr Mahathir ini yang berterusan menyerang Umno kononnya bagi menyelamatkan parti itu, Umno dan PAS kini menghadapi defisit kepercayaan dan memberi kelebihan kepada DAP dan Gerakan Harapan Baru.


Dan di atas kesemua serangan Dr Mahathir yang melemahkan Umno dan negara, mengikut logik bekas perdana menteri itu, hanya Najib patut bertanggungjawab terhadap kesemua itu.


15 comments:

Anonymous said...

Habislah be end.

Pas dah berkawan.

No more sexy2, yg menjadi mainan be end.

Anonymous said...

Langtak kau org la Umno oi..bergaduh la smpai lingkup.Rakyat dh menyampah.Parti membela Melagu dan rakyst konon..Puuiiiihhh.

Anonymous said...

Admin ni tak habis2 meyerang tun m..apa yg dikata tun tu benr, najib ni byk susahkn rakyat,byr penasihat berbillion, rakyat yg tanggung hutang 1mdb,,rakyat dikenakn cukai yg tk masuk akal (gst). Bn semakin hilang sokongan rakyat!

Unknown said...

Najib yang merosakan UMNO bukan nya TUN M. Boros berbelanja dan subsidi ditarik balik dan GST menjadi bebanan rakyat, dari bayi yang baru lahir sehingga kain putih yang membalut mayat dikenakan GST. kos meningkat, harga barang naik setiap hari. Ini lah buktinya yang UMNO dirosakan oleh Najib bukannya TUN M

Anonymous said...

Dah terlalu lama UMNO memerintah jadi kerajaan di Malaysia. Sokongan kuat diperolehi pembangkang adalah diera DSAI mengetuai Ketua Pembangkang. Saat dan ketika ini ahli UMNO kena faham apabila DSN PM sedang dikritik hebat bukan disebabkan Tun M. Ini disebabkan kegagalan DSN berdepan dengan kritikan tersebut. Kita bukan tak sayang dengan pemimpin negara yang berjasa dengan program transformasi. Lagipun terbukti barisan kepimpinan UMNO sendiri goyah untuk pertahankan presiden, tidak lain mampu sekadar melaksanakan tanggungjawab setia kepada pemimpin.

Anonymous said...

Rakyat malaysia tak buta juga tak pekak,jadi admin tolong kirim salam kat ah jib dah lah.

Anonymous said...

Najib and Umno never learn,rakyat sengsara dgn gst dan brg2 naik.Lagi sibuk2 nak sign Tppa.Dah la sapu dgn kroni dkt 1mdb,derma konon..Puuiiih..Aku org Umno sendiri pun dh menyampah.Mcm ni nak menang kat Parlimen gombak dan dun2?Pi bubuh nesan la Umno oi..

Anonymous said...

Kalo nak bersatu dgn pas tu..dah nazak la Umno tu.Elok la dua2 parti kong kali kong.Kah2..

Anonymous said...

Banyak sungguh anjing-anjing pakatan harapan palsu menyalak2 di sini...wof wof...hahaha

Anonymous said...

Walaupun apa pun terjadi, UMMO masih terbaik. Setuju dengan penulis, Tunlah yg paling x relevan. Dia perosak sepanjang zaman selepas pembangkang yg sememangnya kaki fitnah. Tun nampak jelas mengikut telunjuk kroni yg amat tamak haloba macam ytl dan vincent tan. Rakyat perlu teruskan sokong Najib yg lebih mesra rakyat dan membantu rakyat. Antara kenyataan Tun yg bercangah antara satu sama lain ialah:-)


Apabila BN menang bergaya semasa Pak Lah, dia kata, pembangkang mesti kuat.

Semasa Mukriz bertanding MT, dia mahu UMNO diremajakan.

Sekarang dia mahu menubuhkan council of the elders pulak.

Hmmmm.....aje gila melayan kerenah Tun ni. Dia dengan Anwar x banyak beza, kroni, kroni, kroni....

Anonymous said...

Umno nak lingkup dah ...Peduli apa aku.Cerita pun x guna.Silap2 lagi bnyk negeri kalah.Tun ke Najib ke Umno nak arwah dah.Jd la mcm Golkar indon tu.

Anonymous said...

Kerana Tun M, saya menyokong/mengundi UMNO.
Kerana Najib, saya menolak/membenci UMNO.

Anonymous said...

Tun M tetap HERO Melayu dan HERO Islam.
Najib bye.. bye...
Dengan idea yang membodohkan rakyat.

Anonymous said...

KD,
Caix di atas tu,penyalak dan penyebok aja,selama ini bukan penyokong kjaan pun
Penyokong UMNO .....poorah
Saja jadi batu api
Dgn GST inilah dah selamat kita untuk menampongg kehilangan hasil dgn kejatuhan harga minyak
Dgn idea Najib yg cai di atas kata bodoh ini lah anggota k/tangan kjaan masih bolih dibayar gaji.dan untuk pekerja swasta kalau ekonomi negara tak baik,mungkin terlibat sama gaji tak dibayar,pembuangan kerja
Artikel di atas jika diperhalusi ada kebenarannya
Eloklah kita bersikap rasional dan elakkan sikap emosional di dalam menterjemahkan satu satu artikal.Kalau perkara itu benar,perlulah ianya diakui benar dan yang salah tetap salah
Elakkan dari membuat presumsi dan persepsi yang salah

Anonymous said...

Dsn adalah pejuang tulin,ikhlas.Menanggung bnyk masaalah Pm dahulu.Mengajar rakyat berdikari.Bapa perpaduan Islam.Bkn mcm Tun ckp lebih.Pi jaga Proton jgn lingkup sudah.