Saturday 26 December 2015

Berlakon Filem Porno Untuk Beli Hadiah Anak! KESUSAHAN MENGHAMPIRI KEKUFURAN!!!


Ini yang dilakukan seorang ibu muda di Portsmouth, Hampshire, England. Megan Clara, 20, sanggup bekerja sebagai pelakon filem porno semata-mata untuk membeli hadiah Krismas terbaik buat anaknya, Ashton yang berusia 5 tahun.
Sebelum ini, dia yang memperoleh pendapatan £80 (RM510.40) seminggu hanya mampu membelikan anaknya mainan boneka dan pakaian baharu.
Namun, anaknya itu dikatakan selalu kecewa dengan pemberiannya kerana kawan-kawan lain mendapat hadiah yang jauh lebih baik dan mahal.
Disebabkan tidak mahu melihat wajah kecewa anaknya itu, dia nekad mendapatkan wang lebih untuk membeli hadiah yang jauh lebih baik pada tahun ini, dengan menceburi ‘karier’ baharu.
Hasil menjadi pelakon filem porno, dia memperoleh pendapatan lumayan £500 (RM3189.35) hanya untuk satu babak yang dilakonkannya, sekaligus membuatkannya mampu membelikan Ashton hadiah yang banyak dan mahal.
Maka tahun ini, Megan membelanjakan sejumlah £1500 (RM9568.05) berbanding £100 (RM637.87) sahaja pada tahun lalu, untuk membeli hadiah terbaik buat anaknya.

Katanya, “Ramai cakap anak saya ini anak manja, namun dia tetap anak saya dan saya gembira berjaya memenuhi kehendaknya tahun ini. Saya rasa puas hati dengan apa yang dilakukan dan tidak menyakiti siapa-siapa.” Sumber: Metro UK

No comments: