Friday 4 December 2015

BIADAP!!! Tindakan Kakitangan Sebuah Hospital Swasta Sangat Tidak Boleh Diterima...


Kemalangan berlaku di Sibu, membabitkn penunggang motosikal yang terdiri daripada ibu bapa dan seorang anak... kecederaan luka parah...


Seorang warga yang prihatin cuba membantu dengan membawa semua mangsa kemalangan ke sebuah hospital swasta berhampiran. 


Malangnya, sebaik tiba di hospital berkenaan, seorang kakitangan hospital telah bertindak biadap dengan mengusir mereka keluar...

Kononnya mangsa kemalangan yang sedang terlantar 

itu belum tentu mampu menjelaskan bil rawatan yang mahal memandangkan ianya sebuah hospital swasta.

Kakitangan tersebut juga menyuruh agar warga yang prihatin ini membawa mangsa kemalangan tadi ke hospital kerajaan yang boleh menawarkan kos rawatan percuma...



Tidak dapat dipastikan kesahihan berita ini... jika benar ini berlaku, ia merupakan satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab... 


Pada saat kritikal seperti itu, yang mana mangsa kemalangan sedang bersabung nyawa,tidak boleh ada kompromi lagi, selain daripada tanggungjawab menyelamatkan nyawa perlu didahulukan, Tak kiralah samada di hospital kerajaan mahupun swasta... 

Bab bayaran bil boleh diikhtiarkan kemudian...


Jika benar seperti yang dilaporkan oleh warga prihatin ini,ianya
 menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, mahupun pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini... 


Tindakan tegas perlu diambil sekiranya benar berlaku kecuaian tugas terhadap kakitangan hospital yang terlibat... hal seperti ini sangat tidak wajar berlaku...

Nyawa manusia mesti diutamakan...

Sumber pic : My Media Hub Online

No comments: