Monday 21 December 2015

RAKYAT MALAYSIA DI ZALIMI??? ATAU MENZALIMI DIRI SENDIRI???




Kita hanya akan percaya rakyat negara ini telah 
di zalimi dan hidup dalam keadaan tertekan dan 
sengsara kerana kemiskinan jika..

1) kereta-kereta telah berkurangan dengan mendadak di jalan-jalanraya.. dan tiada lagi istilah jem di jalanraya.

2) supermarket dan gedung-gedung mewah di tutup kerana tak laku...

3) restoran dan kedai makan yang sekarang ini meriah macam pesta setiap malam tetiba ditutup kerana telah tiada pengunjung..

4) kakitangan kerajaan dan swasta semuanya guna basikal jer sebab dah tak mampu beli kereta dan motorsikal..

5) majlis perkahwinan hanya di buat secara berkelompok dan tiada lagi majlis kenduri ..

6) Kawasan-kawasan santai sunyi sepi sampai peniaga cendol pun gulung tikar sebab tiada lagi pengunjung...

Kalau semua yang di atas itu masih terus mendapat sambutan maknanya kezaliman dan rakyat tertekan itu hanya pesepsi sahaja. 

Dan kalau seorang dua yang tak dapat mengecapinya kerana kemalasan diri itu bukan lah contoh wajar untuk mengatakan rakyat hidup tertekan dan dizalimi!

No comments: