Sunday 6 December 2015

Solat Berjemaah: Sunat Ke Wajib?


Sebahagian ulama mengatakan bahawa Sholat 5 Waktu berjamaah di masjid bagi lelaki mukallaf termasuk fardhu Ain. 


Yang ingin saya tanyakan adakah benar demikian? Lalu apakah berdosa jika sholat sendirian di rumah?


Jika memang berdosa, Apakah Nabi Muhamad Saw pernah melarang orang yang sholat sendirian di rumah? 


Adakah Hadits shahih menjelaskan hal tersebut. 

Wasalam. 


Jawapan


Dalam kalangan ulama berkembang banyak pendapat tentang hukum shalat berjamaah. Ada yang mengatakan fardhu `ain, sehingga orang yang tidak ikut shalat berjamaah berdosa. 


Ada yang mengatakan fardhu kifayah sehingga bila sudah ada shalat jamaah, gugurlah kewajipan orang lain untuk harus shalat berjamaah. 


Ada yang mengatakan bahawa shalat jamaah hukumnya fardhu kifayah. 


Dan ada juga yang mengatakan hukumnya sunnah muakkadah.


Berikut diuraikan masing-masing pendapat yang ada beserta dalil masing-masing.


1. Pendapat Pertama: 


Fardhu Kifayah: 


Yang mengatakan hal ini adalah Al-Imam Asy-Syafi`i dan Abu Hanifah sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Habirah di dalam kitab Al-Ifshah jilid 1 halaman 142. 


Demikian juga dengan jumhur (majoriti) ulama baik yang lampau (mutaqaddimin) maupun yang berikutnya (mutaakhkhirin). Termasuk juga pendapat kebanyakan ulama dari kalangan mazhab Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah.


Dikatakan sebagai fardhu kifayah maksudnya adalah bila sudah ada yang menjalankannya, maka gugurlah kewajipan yang lain untuk melakukannya. 


Sebaliknya, bila tidak ada satu pun yang menjalankan shalat jamaah, maka berdosalah semua orang yang ada di situ. 


Hal itu kerana shalat jamaah itu adalah sebahagian daripada syiar agama Islam.


Di dalam kitab Raudhatut-Thalibin karya Imam An-Nawawi disebutkan bahawa:


Shalat jamaah itu itu hukumnya fardhu `ain untuk shalat Jumaat. Sedangkan untuk shalat fardhu lainnya, ada beberapa pendapat. 


Yang paling shahih hukumnya adalah fardhu kifayah, tapi juga ada yang mengatakan hukumnya sunnah dan yang lain lagi mengatakan hukumnya fardhu `ain.


Adapun dalil mereka ketika berpendapat seperti di atas adalah:


Dari Abi Darda` ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah 3 orang yang tinggal di suatu kampung atau pelosok tapi tidak melakukan shalat jamaah, kecuali syaitan telah menguasai mereka. Hendaklah kalian berjamaah, sebab serigala itu memakan kambing yang lepas dari kawanannya.” (HR Abu Daud 547 dan Nasai 2/106 dengan sanad yang hasan)


Dari Malik bin Al-Huwairits bahawa Rasulullah SAW, `Kembalilah kalian kepada keluarga kalian dan tinggallah bersama mereka, ajarilah mereka shalat dan perintahkan mereka melakukannya. Bila waktu shalat tiba, maka hendaklah salah seorang kalian melaungkann azan dan yang paling tua menjadi imam.(HR Muslim 292 – 674).


Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Shalat berjamaah itu lebih utama daripada shalat sendirian dengan 27 darjat. (HR Muslim 650, 249)


Al-Khatthabi di dalam kitab Ma`alimus-Sunan jilid 1 halaman 160 berkata bahawa kebanyakan ulama As-Syafi`i mengatakan bahawa shalat berjamaah itu hukumnya fardhu kifayah bukan fardhu `ain dengan berdasarkan hadits ini.



2. Pendapat Kedua: 


Fardhu `Ain:


Yang berpendapat demikian adalah Atho` bin Abi Rabah, Al-Auza`i, Abu Tsaur, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, umumnya ulama Al-Hanafiyah dan mazhab Hanabilah. Atho` berkata bahawa kewajipan yang wajib dilakukan dan tidak halal selain itu, iaitu ketika seseorang mendengar azan, wajib dia mendatanginya untuk shalat. (lihat Mukhtashar Al-Fatawa Al-MAshriyah halaman 50).


Dalilnya adalah hadits berikut:


Dari Aisyah ra berkata, `Siapa yang mendengar azan tapi tidak menjawabnya (dengan shalat), maka dia tidak menginginkan kebaikan dan kebaikan tidak menginginkannya. (Al-Muqni` 1/193)


Dengan demikian bila seorang muslim meninggal

kan shalat jamaah tanpa uzur, dia berdosa namun shalatnya tetap sah.


Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, 


`Sungguh aku punya keinginan untuk memerintah

kan shalat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. 


Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri shalat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api.” (HR al-Bukhari 644, 657, 2420, 7224. Muslim 651 dan lafaz hadits ini darinya).


3. Pendapat Ketiga: 


Sunnah Muakkadah:


Pendapat ini didukung oleh mazhab Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah sebagaimana disebutkan oleh imam As-Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar jilid 3 halaman 146. 


Beliau berkata bahawa pendapat yang paling tengah dalam masalah hukum shalat berjamaah adalah sunnah muakkadah. Sedangkan pendapat yang mengatakan bahawa hukumnya fardhu `ain, fardhu kifayah atau syarat syahnya shalat, tentu tidak boleh diterima.


Al-Karkhi dari ulama Al-Hanafiyah berkata bahawa shalat berjamaah itu hukumnya sunnah, namun tidak disunnahkan untuk tidak mengikutinya kecuali kerana uzur. 


Dalam hal ini pengertian kalangan mazhab Al-Hanafiyah tentang sunnah muakkadah sama dengan wajib bagi orang lain. Ertinya, sunnah muakkadah itu sama dengan wajib. (silakan periksa kitab Bada`ius-Shanai` karya Al-Kisani jilid 1 halaman 76).


Khalil, seorang ulama dari kalangan mazhab Al-Malikiyah dalam kitabnya Al-Mukhtashar mengatakan bahawa shalat fardhu berjamaah selain shalat Jumat hukumnya sunnah muakkadah. Lihat Jawahirul Iklil jilid 1 halama 76.


Ibnul Juzzi berkata bahawa shalat fardhu yang dilakukan secara berjamaah itu hukumnya fardhu sunnah muakkadah. (lihat Qawanin Al-Ahkam As-Syar`iyah halaman 83). 


Ad-Dardir dalam kitab Asy-Syarhu As-Shaghir jilid 1 halaman 244 berkata bahawa shalat fardhu dengan berjamaah dengan imam dan selain Jumaat, hukumnya sunnah muakkadah.


Dalil yang mereka gunakan untuk pendapat mereka antara lain adalah dalil-dalil berikut ini:


Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Shalat berjamaah itu lebih utama dari shalat sendirian dengan 27 darjat. (HR Muslim 650, 249)


Ash-Shan`ani dalam kitabnya Subulus-Salam jilid 2 halaman 40 menyebutkan setelah menyebutkan hadits di atas bahawa hadits ini adalah dalil bahawa shalat fardhu berjamaah itu hukumnya tidak wajib.


Selain itu mereka juga menggunakan hadits berikut ini:


Dari Abi Musa ra berkata bahawa Rasulullah SAw bersabda, `Sesungguhnya orang yang mendapatkan ganjaran paling besar adalah orang yang paling jauh berjalannya. Orang yang menunggu shalat jamaah bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang shalat sendirian kemudian tidur. (lihat Fathul Bari jilid 2 halaman 278)4. 



Pendapat Keempat: 


Syarat Syahnya Shalat


Pendapat keempat adalah pendapat yang mengatakan bahawa hukum syarat fardhu berjamaah adalah syarat syahnya shalat. Sehingga bagi mereka, shalat fardhu itu tidak syah kalau tidak dikerjakan dengan berjamaah.


Yang berpendapat seperti ini antara lain adalah Ibnu Taymiyah di dalam salah satu pendapatnya (lihat Majmu` Fatawa jilid 23 halaman 333). 


Demikian juga dengan Ibnul Qayyim, murid beliau. Juga Ibnu Aqil dan Ibnu Abi Musa serta mazhab Zhahiriyah (lihat Al-Muhalla jilid 4 halaman 265). Termasuk di antaranya adalah para ahli hadits, Abul Hasan At-Tamimi, Abu Al-Barakat dari kalangan Al-Hanabilah serta Ibnu Khuzaemah.


Dalil yang mereka gunakan adalah:


Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAw bersabda, `Siapa yang mendengar azan tapi tidak mendatanginya, maka tidak ada lagi shalat untuknya, kecuali kerana ada uzur.(HR Ibnu Majah793, Ad-Daruquthuny 1/420, Ibnu Hibban 2064 dan Al-Hakim 1/245)


Dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, 


“Sesungguhnya shalat yang paling berat buat orang munafik adalah shalat Isya dan Shubuh. Seandainya mereka tahu apa yang akan mereka dapat dari kedua shalat itu, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak. 


Sungguh aku punya keinginan untuk memerintah

kan shalat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. 


Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri shalat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api.” (HR Bukhari 644, 657, 2420, 7224. Muslim 651 dan lafaz hadits ini darinya).


Dari Abi Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki yang buta dan berkata, “Ya Rasulullah, tidak ada orang yang membawaku ke masjid. Rasulullah SAW berkata untuk memberikan keringanan untuknya. Ketika sudah berlalu, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, `Apakah kamu dengar azan shalat?`. `Ya`, jawabnya. `Datangilah`, kata Rasulullah SAW. (HR Muslim 1/452).



Kesimpulan:


Setiap orang bebas untuk memilih pendapat manakah yang akan dipilihnya. Dan bila kita harus memilih, kita cenderung untuk memilih pendapat menyebutkan bahawa shalat berjamaah itu hukumnya sunnah muakkadah, kerana jauh lebih mudah bagi kebanyakan umat Islam serta didukung juga dengan dalil yang kuat. 


Meskipun demikian, maka tetap menganjurkan umat Islam untuk selalu memelihara shalat berjamaah, kerana keutamaannya yang disepakati semua ulama.


(HR Ibnu Majah 1/202, An-Nasai 3/112, Ibnu Khuzaemah 3/173, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 1/291 dia menshahihkan hadits ini hadits ini dari tiga jalannya).


Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ahmad Sarwat, Lc


http://www.eramuslim.com/ustadz/shl/7823125111-hukum-sholat-berjamaah.htm

3 comments:

Anonymous said...

ASSALAM. BAGI SAYA IA ADALAH FARDHU AIN kecuali bagi mereka yg benar2 uzur. Antara sebab2 nya:
1. memenuhi panggilan Allah & rasulNya - Hayya ala solah- bermaksud DATANGLAH KAMU,
MARILAH KAMU ke masjid utk solat bg lelaki fardhu ain, bagi wanita ia x dilarang.

2. jika BOLEH pilih maka sudah PASTI MASJID AKAN KOSONG sbb ia x mengapa kalau x
pergi.Adakah solat jemaah ini utk imam , bilal, tok siak dan ajk shj...sdgkn
mereka itu solat jemaah berkemungkinan sbb gaji & elaun yg dibayar, jika x gaji
mungkin mereka juga spt anda semua yg suka memilih utk x datang brjemaah sbb
boleh pilih...maka akan kosong masjid.

3. kita dilahirkn dgn anggota badan sempurna utk sembah allah, kemanakah habisnya
diri, masa & tenaga kita kalu x digunakan utk ke masjid. Utk urusan dunia kita x
pakai apa2 hukum sampai bermati-matian nikmat tubuh yg diberikan utk dunia.
Bezakn urusan kehawainan kita dgn haiwan yg memangut rumput dgn datang ke masjid
5x sehari...itu belum panggilan jihad lg.

4. utk membezakan solat lelaki dgn solat perempuan. kalu kita memilih utk x pergi
masjid sudah pasti kita telah meniru2 solat org perempuan yg x diwajibkn bg
mereka.

5. PERTOLONGAN ALLAH itu ada dlm JEMAAH. Atas urusan apa lg yg kita boleh bgi
alasan utk berjemaah jika x kerana solat berjemaah d masjid. Org2 yahudi sedar
perkara ini, ttpi kita memandang remeh..jgn sampai Allah hinakan kita disbbkn
sikap kita terhadap panggilan Allah & rasulNya semasa azan.

6. solat jemaah adalah tempat di mana AZAN dilaungkan yakni masjid/ surau bukannya
dirumah (sbb x azan dirumah & rumah bukan dibuat utk berjemaah sesuatu kampung
/bandar).

7.dlm doa iftitah kita berikrar bahawa solat ku, hidupku, ibadatku & matiku SEMATA2
utk Allah swt ttpi bila Allah test dgn azan sikit..berapa kerat je tg datang utk
memenuhi ikrar tadi... adakah ia mathcing dgn ikrar kita...itulah risikonya jika
hukum itu membolehkan kita memilih nak datang @ tak datang pun x apa.

8. Nabi saw sendiri x pernah ditemukan dalil yg membenarkan lelaki solat fardhu di
rumah melainkan solat sunat. Adapun dalil2 yg diserta dlm forum ini sudah pun
bercampur2 antara fardhu & sunat, antara dalil khusus & umum.

9.jika kita memilih hukumnya farhdu ain maka ia selamat, jika fardhu kifayah maka
sangat tinggi risikoNYA KPD PENYATUAN & pembangunan jati diri umat Islam.

10. x logik pada akal yg waras, jika kita lebih memilih RM1 (sendirian 1
pahala)berbanding RM 27 (berjemaah 27 pahala)dgn kerja yg sama.

11. solat jemaaah adalah utk di SYIARkan bukan utk disembunyikn, solat sunat adalah
utk disembunyikn bg mnjaga keihlasan hati kita bukan utk disyiarkan melainkan
solat hariraya & istisqoh(mohon hujan) dll.

12. sedangkn orang yg buta pun nabi saw suruh dia pergi berjemaah di masjid, inikan
pula kita yg gagah perkasa & sihat tubuh badannya...jgn sampai Allah butakan
hati kita x boleh nak bezakan urusan dunia sementara dgn urusan akhirat yg
selama2nya.
13. bayangkan berapa ramai org islam yg x menyertai jemaah di masjid telah
DIKUASAI hati & pemikiran mereka oleh bapak2 syaitan yg menyesatkan dgn ilmu
mereka yg memilih2 hukum Allah sesuai nafsu pemalas mnreka spt sabdaan nabi
saw bhw serigala memakan biri2 yg ke tunggalan...SEMOGA ALLAH mengampuni saya
dan tuan2 semua.

Anonymous said...

Pernah ke Nabi saw solat fardhu yg lima waktu tu sendirian, tak berjamaah ?
So saper saper nak bersama Nabi saw nanti, semampu mampunya ikutlah contoh Nabi saw.

Anonymous said...

Tafsir ayat 18 Surah AtTaubah, org org yg makmurkan masjid ni dpt dua jaminan ; Jaminan sbg seorg yg beriman, dan jaminan petunjuk dr Allah swt.