Wednesday 2 December 2015

RIBUT DI CAWAN KOPI !!!

Hanya Sebilangan Kecil Cawangan Saja Yang Tolak Najib - Ahmad Maslan


Hanya sebilangan kecil saja daripada 21,000 cawangan Umno yang membantah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata Ketua Penerangan parti itu, Datuk Ahmad Maslan.

Oleh itu kata Ahmad, penentangan beberapa Ketua Cawangan Umno terhadap kepimpinan parti sejak akhir-akhir ini tidak boleh menjadi petunjuk khusus mengenai tahap sokongan akar umbi.

"15 cawangan itu memang bermasalah di bahagian masing-masing. Berdasarkan apa yang kami faham, ada sebab-sebab lain 'penentangan' mereka ini.

"Tetapi kami anggap ini sebagai satu cabaran yang perlu parti hadapi dan daripada 191 Ketua Umno Bahagian, kami tidak pula mendengar ada yang menentang," katanya dipetik Utusan Malaysia. 

Ahmad menegaskan, adalah penting untuk Umno menterjemahkan semangat kesepaduan dalam menghadapi cabaran pada perhimpunan agung parti yang bakal berlangsung dari 8 hingga 12 Disember ini.

Terdahulu, beberapa ketua Umno cawangan menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Najib susulan beberapa skandal dan isu yang tidak terjawab, antaranya isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib.

Dan terbaru pada 28 November lalu, sekumpulan ketua Umno cawangan melancarkan satu gerakan bagi memaksa perdana menteri meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak 'dirosakkan' dengan lebih teruk.

Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini. -AntaraPos-

5 comments:

Anonymous said...

Amat malang umno dpt pemimpin seperti ini,tgk muka pn org menyampah, bebal nk mampos,hidup menyusah org, kata gst barang turun, tapi hakikatnya byk naik sial

Anonymous said...

Nak tahu takat ribut di cawan kope ke atau INI sebenarnya taufan dan
akan diikuti dengan Tsunami, tunggu jelah keputusan PRU14 nanti.
Yang menanggong keperitan, membayar utang 1MDB NAJIB ni KAMI.
Cakap-cakap KOSONG kedai kopi macam yang Mat Maslan cgp 3.85 ni buat,
adalah untuk menyenangkan hati KAMU sendiri. Pokoknya, memang orang
Melayu tak tergamak undi PAKATAN tapi jangan gembira sangat.
Kami akan SIMPAN UNDI KAMI - Biarkan nasib yang menentukan - UNTUNG
SABUT TIMBUL. UNTUNG BATU TENGGELAM.

Anonymous said...

MAt MAslan ni JAwa puki*** korja dia hari2 jilat lubang juboq si boogeese warrior sampai bersih without fail....

Anonymous said...

Nampak Tuanku Duli Sultan Johor pun elak nak bersalaman ngan Ahmad Maslan. Peringatan buat Saya dan semua termasuk Ahmad Maslan....


Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.

Anonymous said...

memfitnah lagi besar dosanya tambah lagi mengutuk menggunakan bahasa yang kasar dan keji! sebaik2 lidah berdiam diri kalau kita kurang pasti sesuatu berita yang dibawa oleh orang yang fasik!