Thursday 24 December 2015

ORANG MELAYU SEMENANJUNG ASALNYA BERKULIT HITAM???

Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo 

matang atau coklat kemerah-merahan. Warna 
tersebut seakan-akan warna buah ciku yang 
sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang 
dimaksudkan di sini bukan hanya sekadar 
meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, 
tetapi juga orang Melayu yang terdapat di 
Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, 
Thailand dan juga Myanmar.

Namun begitu, apakah pendapat anda sekira
nya kita mengatakan bahawa orang Melayu 
di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala 
asalnya berkulit hitam?. 

Penulis  yakin, tentu ramai yang tidak percaya! 
Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir 
seperti ini - 
‘bagaimana orang Melayu di Semenanjung 
Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam, 
sedangkan kita sebagai anak cucu atau 
keturunan mereka berkulit sawo matang?’. 


Berikut adalah jawapannya...

Tarikh Patani


Beberapa bulan yang lepas, Penulis Blog 
telah menemui dua sumber pensejarahan 
yang membuktikan bahawa nenek-moyang 
kita dahulukala asalnya berkulit hitam. 

Sumber pertama ialah Tarikh Patani - 
sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai 
dikarang pada sekitar tahun 1500 Masihi 
oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk 
Raja Faqih, seorang ilmuwan Melayu yang 
berasal dari negeri Patani Darussalam. 

Menurut Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip 
Tarikh Patani:-

Adapun orang Melayu (di Langkasuka) 
waktu itu rupa(nya) hitam-merah atau 
hitam manisRupanya kecil daripada 
orang Arab dan (orang) Parsi.”

Potongan ayat di atas menyatakan kepada 
kita tentang bagaimanakah rupa asal orang 
Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah 
Melayu, khususnya di Langkasuka serta 
seluruh tanah jajahannya. 

Mereka digambarkan sebagai bangsa yang 
berkulit hitam-merah atau hitam manis. 

Warna kulit mereka ternyata berbeza 
daripada warna kulit kita pada hari ini. 
Jika sumber dari Tarikh Patani belum 
meyakinkan anda, kita rujuk pula 
kepada sumber pensejarahan yang kedua.

Zhí Gòng Tú

Ilustrasi yang menggambarkan 12 orang duta
dari pelbagai negara, termasuklah Langkasuka.








Sumber kedua yang Penulis Blog maksudkan 
ialah Zhí Gòng Tú (职贡图 職貢圖). Zhí Gòng 
 bermaksud ‘Potret-potret Persembahan 
Terbitan Berkala’. 

Zhí Gòng Tú merupakan satu set lukisan 
bersejarah rasmi, di mana setiap potret 
mengandungi gambar atau ilustrasi. Salah 
satunya telah dihasilkan ketika zaman 
Maharaja Yuan (508-555 Masihi), salah 
seorang pemerintah dinasti Liang di tanah 
besar China.

Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan 
pada zaman Maharaja Yuan ini mengandungi 
25 potret yang menggambarkan duta-duta 
dari pelbagai negara. 

Namun begitu, kini hanya tinggal 12 potret 
sahaja kerana yang selebihnya sudah hilang 
atau tidak dapat dikesan lagi. Salah sebuah 
negara yang pernah menghantar duta ke 
tanah besar China ialah Langkasuka. 

Buktinya adalah seperti di bawah ini:

Potret yang menggambarkan seorang duta
berkulit hitam (tengah) yang berasal dari 
Langkasuka.

Apa yang menarik mengenai gambar atau ilustrasi 
di atas ialah warna kulit duta kerajaan Langkasuka 
di tanah besar China. Jika diperhatikan, kita akan 
mendapati bahawa warna kulit duta tersebut ialah 
hitam. 

Sumber dari negara China ini telah membuktikan 
bahawa apa yang diceritakan oleh Tuk Raja Faqih 
di dalam manuskrip Tarikh Patani itu bukanlah 
rekaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah fakta 
sejarah!

Hitam Bertukar Sawo Matang

Empayar Langkasuka dan seluruh tanah 
jajahannya.










Kini, hanya tinggal satu persoalan yang perlu 
kita jawab - jika benar orang Melayu dahulukala 
di Semenanjung Tanah Melayu asalnya berkulit 
hitam, bagaimana kita sebagai anak cucu atau 
keturunan mereka boleh berkulit sawo matang?. 

Jawapan bagi persoalan tersebut ada dinyatakan 
dengan jelas di dalam Tarikh Patani:

Syahdan, maka adalah ka(h)win nikah tidak 
ada (di Langkasuka),sebab itu pun bercampurlah 
(orang) Hindi (India),dan (orang) Cina dan orang 
Melayu (Langkasuka).

Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampur
lah keturunan zuriat. Tiada serupa dengan 
orang-orang Arab.

Adapun orang-orang Arab tidak bercampur. 
Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang 
ke Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan 
akhirnya adalah keturunan orang Arab 
(di Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang 
Parsi bercampur juga dengan orang-orang 
Melayu (Langkasuka).

Dan banyaklah orang-orang Arab datang 
berniaga dan duduk di negeri Patani 
(Langkasuka).

Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin 
dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di 
Patani (Langkasuka).”

Adapun orang-orang Arab dan orang-orang Parsi 
itu pun banyaklah berkahwin dengan orang Melayu 
di negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan 
Parsi mana berkahwin itu bawa isteri (yang 
berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir 
(Khmer) kerana berniaga ke negeri tersebut.”

Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula 
masuk(ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin 
dengan anak Raja Langkasuka. Dan (men)dapat 
anaknya (yang) bernama (Raja) Bangsa.”

 “Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora 
(Raja Sanjura) itu sangat-sangat cantik rupanya. 
Maka adalah saudagar orang Parsi minta 
berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). 

Maka Raja Antirata,raja negeri Patani 
(Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja 
Sanjura).Maka akhirnya berkahwin(lah) anak 
saudagar Parsi (itu) dengan puteri Raja 
Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.

Semua perenggan ayat di atas telah membukti
kan bahawa nenek-moyang kita dahulukala 
sudah mengamalkan perkahwinan campur 
dengan pelbagai bangsa asing seperti India, 
Cina, Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya 
dari Sumatera. 

Hasil dari perkahwinan campur inilah, lahirnya 
kita semua hari ini yang memiliki warna kulit 
sawo matang atau coklat kemerah-merahan.

Mungkinkah rupa asal nenek-moyang orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu seperti ini?

Menurut Tarikh Patani juga, perkahwinan campur 
di antara orang Melayu Langkasuka dengan bangsa 
asing dipercayai telah berlaku sebelum kelahiran 
Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan ayat yang 
membuktikannya:

Inilah kisah riwayat hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini 
agamanya Hindu dan Brahman.

Ibu ‘ashimah (ibu kota) (terletak) di negeri Kedah 
waktu sekarang.Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila 
mula,lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang 
tua,(se)belum Nabi ‘Isa anak Mariam zahir (lahir)
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah 
(berdagang) di negeri ini.”

Perenggan ayat di atas telah membuktikan 
bahawa amalan perkahwinan campur di antara 
penduduk pribumi Langkasuka dengan bangsa 
asing telah pun berlaku sejak lebih dari 2,000 
tahun dahulu. 

Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi 
warna kulit orang Melayu di Semenanjung Tanah 
Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam) 
kepada warna sawo matang.

Sebelum mengakhiri topik ini, Penulis ingin 
membuat EMPAT kesimpulan berdasarkan 
bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:

1.Nenek-moyang orang Melayu di 
Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya 
berkulit hitam.

2.Orang Melayu di Semenanjung Tanah 
Melayu telah mengamalkan perkahwinan 
campur dengan pelbagai bangsa asing 
sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu,               
yakni sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi.

3.Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan 
Kepulauan Borneo sememangnya berkulit 
sawo matang sejak  dari dahulu lagi. Ini 
membuktikan bahawa mereka  TIDAK 
serumpun dengan orang Melayu di 
Semenanjung Tanah Melayu yang pada 
asalnya berkulit hitam.

4.Ini sekaligus membuktikan bahawa orang 
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu 
BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan 
Indonesia, sepertimana  didakwa oleh pihak
-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu 
(dan juga masyarakat Orang Asli)adalah 
penduduk asal di bumi Semenanjung yang 
bertuah ini-sejarahbangsamelayu.
    Sumber Rujukan

    -Pensejarahan Patani.

    -Tarikh Patani.

    -Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan 
    Terbitan Berkala - Dinasti Liang).

    -Laman web Pusat Rujukan Persuratan 
    Melayu @ DBP.

    2 comments:

    Anonymous said...

    Sebenarnya Admin orang ASLI Malaya.
    Yang lain semuanya Melayu Asli Malaysia.

    Bodoh admin ni...
    Kita semua daripada Nabi Adam.
    Disebabkan kedudukan geografi kita berbeza dari segi genetik dan tutur kata.

    Anonymous said...

    awak yang bodoh sebenarnya.komen langsung tak disertai fakta! nampak sangat otak biul,admin siap dengan fakta berdokumen.awak ada? otak biul adalah! lain kali jangan komenlah kalau tak faham tajuk.kalau otak tu tak ada budaya ilmu baca ajelah blog pro mahathir! orang yang tak reti berfikir macam awak ni la yang rosak pemikiran.tak layak langsung campur perkara yang berilmiah!pandai sebut nabi adam.pandai sebut kedudukan geografi dan genetik tapi bodoh dalam pemikiran analisis! kau ni rasa nya keturunan samiri yang tersumpah jadi beruk gamaknya!buat hilang mood orang yang berfikiran tahap tinggi aje! menyemak!