Friday 4 December 2015

KEBATILAN TAK PERNAH MENGATASI KEBENARAN.KESABARAN SENTIASA MENANG!!!



Umum sedia maklum, tentang kes penahanan 
bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, 
Datuk Paduka Khairuddin Bin Abu Hassan  bagi 
membantu siasatan di bawah Akta 124C Kanun 
Keseksaan atas cubaan untuk melakukan aktiviti 
yang memudaratkan demokrasi berparlimen...

Beliau juga cuba untuk mengheret isu-isu negara 
ini ke peringkat antarabangsa dengan niat jahat 
mahukan campurtangan pihak asing.

Beliau telah membuat beberapa laporan kepada 
pihak berkuasa beberapa negara asing termasuk 
di Bern, Swirtzerland dan turut mengemukakan 
beberapa bahan bukti dengan niat memfitnah...

Mattias Chang menganggap bahawa penahanan 
Khairuddin adalah satu tindakan yang melanggar 
hak asasi dan kebebasan dan tidak sepatutnya 
berlaku di Malaysia...


Ini bukan lagi soal pencabulan hak atau 
menyekat kebebasan, yang lebih penting 
adalah apa sebenarnya niat dan matlamat
Khairuddin bertindak sedemikian? 

Mengheret isu dalaman negara hingga ke 
peringkat antarabangsa dan mengharapkan 
campurtangan negara asing adalah satu 
tindakan pengkhianatan, sabotaj dan boleh 
mengundang bencana kepada negara... 

Apa perlunya desakan demi desakan yang 
cuba dibuat oleh beberapa pihak termasuk 
Khairuddin sedangkan Najib dan kerajaan 
Malaysia telahpun memberi jaminan bahawa 
kemelut dan isu melibatkan 1MDB dan dana 
politik akan diselesaikan sebaik dan setelus 
mungkin.  

Sebenarnya semua ini umpama ada udang di 
sebalik batu... sudah banyak kali pihak 1MDB 
dan Najib sendiri telah menjawab pelbagai 
persoalan yang dibangkitkan selama ini 
terutama berkenaan hutang RM42B, laporan 
kewangan yang melibatkan hutang tersebut
kaedah pembayaran hutang tersebut dan 
beberapa isu-isu berkaitam.

1MDB juga telah menerbitkan sebuah buku 
laporan lengkap bagi menjawab persoalan 
yang timbul, selain daripada menggunakan 
media massa dan media baru... soalnya 
sekarang, mahu terima penjelasan 1MDB 
atau tidak...

Malah 1MDB juga telah membuktikan berdasar
kan laporan yang dibuat bahawa tidak berlaku 
kehilangan walau 1 sen pun daripada hutang 
tersebut seperti yang dituduh kebanyakan pihak... 
semuanya mempunyai rekod transaksinya... 
tinggal lagi adat dalam perniagaan, adakala 
untung dan adakalanya mengalami kerugian, 
dan 1MDB tidak terlepas daripada menghadapi 
risiko seperti ini...

Persoalannya adakah 1MDB masih mampu 
menangani kerugian yang dialami dan dalam 
masa sama menyelesaikan baki hutang 
RM42B...???

Berdasarkan laporan daripada 1MDB, mereka 
sangat yakin bahawa 1MDB masih lagi merupa
kan sebuah GLC yang kompetitif dan mampu 
berdaya saing walaupun sedang berdepan 
dengan hutang dan pelbagai isu yang terpalit. 

Berdasarkan aset-aset yang dimiliki oleh 1MDB 
dan aktiviti2 perniagaan yang sedang rancak 
dilaksana oleh 1MDB, memang tidak syak lagi 
1MDB berupaya untuk terus berkembang maju... 
jadi apa masalahnya???

Ekoran daripada isu yang melanda 1MDB, 
Najib bersama pihak pengurusan 1MDB telah 
bersetuju untuk melakukan penstrukturan 
semula hutang yang ditanggung dengan 
beberapa kaedah. 

1MDB sebenarnya tidak perlu melakukan 
penstrukturan semula kerana 1MDB masih 
mempunyai kekuatan untuk menyelesaikan 
hutang mengikut penjanjian asal... 
mempercepatkan tempoh pembayaran 
memanglah akan mengurangkan kadar 
faedah namun harus diingat 1MDB terpaksa 
membayar lebih daripada yang asal. 

Contoh mudah, bila kita berhutang selama 9 
tahun dengan ansuran bulanan RM500, 
setelah 4 tahun kita bercadang untuk 
percepatkan penyelesaian hutang... sepatutnya 
baki lagi 5 tahun tapi kita mahu selesaikan 
dalam tempoh 2 tahun... adakah ansuran kita 
masih kekal RM500??? 

Tentulah ia lebih dari itu... itu contoh angka 
yang kecil... bagaimana halnya bila angka 
melibatkan berbilion RM... lebihan keuntungan 
yang dicatat oleh 1MDB yang sebelum ini boleh 
disalurkan untuk manfaat negara dan rakyat 
terpaksa disekat semata-mata untuk menampung
kan peningkatan jumlah ansuran yang perlu 
dibayar...

Semua ini Najib terpaksa lakukan semata-mata 
tidak mahu lagi memberi persepsi negatif rakyat 
terhadap kemampuan 1MDB. Kebanyakan rakyat 
terlalu mudah termakan hasutan pihak 
pembangkang dan musuh2 kerajaan... 

Mereka canang kepada rakyat perkara yang 
negatif... rakyat yang mungkin kurang arif 
tentang selok belok perniagaan akan percaya 
seolah mereka tahu semua perkara... mereka 
membayangkan loan kereta dan rumah mereka 
sebagai perbandingan dan kemudian memberi 
justifikasi yang salah...


Contoh kerja pembangkang hentam kromo!


Berbalik kepada isu penahanan Khairuddin, 
seperti dijangka, pasti akan ada pihak yang 
cuba untuk mengaitkan penahanan tersebut 
sebagai satu arahan khas daripada Pejabat 
Perdana Menteri kepada pihak polis... 

Datuk Mahfoz yang merupakan MP dari PAS 
berusaha untuk mengaitkan tindakan ini 
dengan najib... kononnya ini adalah arahan 
Najib bagi menghalang salah lakunya sampai 
kepada pihak FBI dan seumpamanya...

Tak kiralah arahan sapa pun... selagi mana ia 
bertujuan untuk menghalang pengkhianatan, 
tindakan sabotaj terhadap kerajaan dan negara... 
aku memang sokong. Tak usah dok cerita 
pasai kredibiliti pihak polis dan sebagainya. 

Hang pa memang berniat jahat dan memang 
patut ditahan.Hang pa nak mempertikai kredibiliti 
pihak polis, dalam masa sama, puak hang pa 
dalam PAC pun merupakan seorang yang mulut 
tempayan dan pengkhianat, membocorkan 
maklumat dalaman PAC kepada media asing, 
yang tak berkaitan dengan Malaysia.Telus dan 
jujur ke namanya tu? 

Kenapa tidak pertikai dan bangkitkan sewaktu 
dalam mesyuarat PAC? Dia layak dan berhak, 
kenapa diam dalam mesyuarat PAC, kemudian 
bawa keluar maklumat itu dan bikin kecoh di 
media asing... tujuannya???


Apapun pihak polis khususnya daripada Ketua 
Polis Negara sendiri sudah pun mengeluarkan 
satu kenyataan rasmi menafikan tuduhan yang 
dibuat oleh Datuk Mahfoz tersebut... menurut 
KPN, siasatan berkenaan 1MDB bukan hanya
melibatkan PDRM, tapi turut melibatkan 
beberapa agensi lain termasuk SPRM, Bank 
Negara dan Jabatan Peguam Negara... 

Sepatutnya Khairuddin memberi ruang dan 
kepercayaan kepada agensi2 berkenaan untuk 
menjalankan siasatan, bukan cuba untuk 
menarik campurtangan luar atas niat untuk 
memberi tekanan terhadap siasatan yang 
sedang berjalan...


Bagi aku, apa yang dilakukan oleh Khairuddin 
bukan untuk memberi tekanan kepada kerajaan 
semata-mata, tetapi untuk mengalihkan tekanan 
yang semakin menghempap kepalanya.

Khairuddin sebenarnya hanyalah macai pencacai 
yang sedang bergerak untuk menutup lubang 
dalang-dalang utama... tidak lebih dari itu... dan 
akhirnya percayalah, selepas Justo, Khairuddin 
pula akan dikambing hitamkan bagi memikul 
segala kesalahan dan salah laku yang dilakukan 
oleh tangan2 ghaib di belakangnya...

Mai mana Khairuddin ni??? mempunyai susur 
galur daripada bapa saudaranya Sulaiman Palestin
yang pernah mencabar Tun Hussein Onn sebagai 
Presiden UMNO....juga sepupu kepada Anwar Ibrahim.

Khairuddin bukan sahaja menderhaka terhadap Ds Najib malah
dia juga menderhaka terhadap sepupunya sehingga akhirnya 
Anwar terpenjara!!!

Khairuddin lah yang pernah bersekongkol 
dengan Umi Hafilda melakukan pendedahan 
terhadap Anwar dan mendesak Tun M yang 
ketika itu PM agar mengambil tindakan 
terhadap Anwar.

Khairuddin jugalah yg menerbitkan buku 
kontroversi '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim 
Tidak Boleh Jadi PM'... bermula daripada 
situlah Tun M sudah nampak apa yang 
Khairuddin boleh dan sanggup lakukan... 
tidak sebagai mastermind, tetapi sebagai 
pencacai pengangkat najis...


Setelah tamat era Tun Mahathir, memasuki era 
Tun Abdullah sebagai PM dan Presiden UMNO... 
lazimnya, pencacai akan mencari dahan untuk 
berpaut. 

Nak mengharapkan Tun M, Tun M pun sudah 
menjadi mantan... mahu tidak mahu terpaksalah 
menyondol hidungnya kepada Pak Lah... datang 
dari negeri yang sama, Pulau Pinang memberi 
sedikit kelebihan kepada Khairuddin untuk 
menghimpit Pak Lah.

Kecenderungan kepada politik agak kurang 
ketika itu, sebab itu nama Khairuddin tidak 
terkenal dalam kalangan kepimpinan UMNO, 
baik di peringkat negeri jauh sekali peringkat 
tertinggi. 

Pada ketika itu, yang dihambat adalah projek 
dan kekayaan... maklumlah nak hidup berpoya
-poya perlukan modal yang besar...

Mungkin ketika itu Pak Lah terkenangkan 
sumbangannya menjatuhkan Anwar yang 
akhirnya membuka ruang kepada Pak Lah 
menjadi Perdana Menteri... siapa sangka 
ketika itu... mungkin disebabkan itu, 
ditambah pula Pak Lah sendiri jadi meluat 
bila asyik disondol maka Pak Lah memberi 
beberapa peluang dan projek kepadanya 
untuk Khairuddin buat duit...  


Dari situlah nama Khairuddin mula meniti 
di bibir, bukan dibibir rakyat, tetapi dibibir 
para artis dan golongan berpoya-poya... 
satu ketika hingga berebut gelaran Datuk 
K dengan suami Siti... maklum la dah kaya, 
mewah dan berharta. 

Khairuddin dilantik ahli lembaga pengarah 
LBCN Development SDN BHD, dilantik menjadi 
Pengarah Pertubuhan Malaysia Kambodia 
yang berperanan menjaga urusan perdagangan 
antara kedua-dua negara, dan beberapa 
jawatan lain lagi...


Sememangnya era Pak Lah menjadi lubok 
Emas kepada Khairuddin... buat duit kaw 
kaw... memiliki Ferrari, beberapa buah rumah, 
kondominium dan sebagainya menjadi bukti 
betapa pencacai ini berada di zaman 
kegemilangannya ketika itu...




Hinggalah berjaya menambat hati pelakon 
terkenal tanahair, Umie Aida untuk berkahwin 
dan menjadi pasangan hidupnya...Majlis Akad 
Nikah diadakan di hadapan Kaabah di Mekah 
manakala majlis resepsinya berlangsung 
dengan gilang gemilang dengan kehadiran 
ramai tetamu VVIP, termasuk Tun Mahathir 
sendiri...

Hebat... memang hebat... tapi inilah kehidupan... 
ada pasang surutnya... umpama roda, ada 
ketika di atas dan ada ketika tersungkur di 
bawah...

Kejatuhan era kepimpinan Pak Lah turut 
memberi kesan secara langsung kepada 
survival Khairuddin... maklum sajalah, lubuk 
emas dah nak tumbang... nak dipertahankan, 
tak berjawatan... hanya mampu jolok 
menggunakan wang bagi membantu Pak Lah... 
tapi banyak mana sangat... kalau dah jenis 
penderhaka, kacang pasti akan lupakan kulit...

Kepimpinan Najib menggantikan Pak Lah... 
Najib dengan cara Najib dan tentu juga 
mempunyai orang2nya yang tersendiri... 
Khairuddin sedar akan hal itu... dia cuba 
juga untuk menyondol, sepertimana yang 
dilakukan sewaktu zaman Pak Lah... tapi 
Najib pun tidak kurang bijaknya. 

Bagi Najib, Khairuddin adalah seorang 
penderhaka dan sanggup mengkhianati 
orang lain... apa yang berlaku kepada Anwar, 
yang juga merupakan bekas bos Najib sendiri 
dalam Pemuda UMNO, tidak mungkin Najib 
dapat lupakan...

Melihat pada keadaan itu, mahu tidak mahu 
Khairuddin tidak lagi boleh menjadi pencacai 
belakang tabir, yang hanya menadah projek 
kepada Najib. 

Najib memang jenis tak makan saman... 
Khairuddin mula terpaksa menjinak-jinakkan 
dirinya dalam politik... berjuta dia terpaksa 
habiskan semata-mata mahu menempatkan 
dirinya sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian 
Batu Kawan. 

Bagi Khairuddin, hanya dengan mempunyai 
kedudukan dalam UMNO dapat membantu 
dirinya meneruskan survival kehidupan 
mewahnya...


Langit tidak selalu cerah... entah di mana 
silapnya, Khairuddin telah diisytihar muflis 
oleh Jabatan Insolvensi Negara... satu 
keputusan yang di luar jangkaan Khairuddin... 
keputusan yang bakal memberi kesan kepada 
dirinya dan kedudukan jawatannya...

Khairuddin cuba mendapatkan bantuan 
daripada Najib bagi menyelesaikan masalah 
muflisnya ini.

Agak2 Najib nak tolong ke? kalau tolong 
umpama melepaskan anjing tersepit... ini 
peluang untuk Najib menguis keluar 
pengkhianat dan penderhaka dalam team 
kepimpinan UMNOnya...


Akibat daripada pengisytiharan ini, sebuah 
kediaman miliknya, yang menjadi hadiah 
perkahwinan kepada Umie Aida telah dilelong... 
bertambah angin lah Khairuddin kepada Najib... 
bermula pada inilah, dia bertekad untuk 
membalas segala perbuatan Najib terhadapnya...


Tidak cukup dengan rumah dilelong, 
Khairuddin secara automatik telah hilang 
kelayakan memegang atau bertanding apa
-apa jawatan dalam UMNO... ini menurut 
Perlembagaan UMNO, Peraturan 8.4 dan 
28.9... Khairuddin akhirnya terpaksa 
melepaskan jawatan yang disandangnya 
sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu 
Kawan dengan berat hati dan penuh 
perasaan dendam...


Susulan daripada itu, Khairuddin memulakan 
langkahnya untuk membalas dendam terhadap 
Najib... dia menyalahkan Najib sepenuhnya 
di atas ketersungkuran dirinya...

Dalam masa yang sama, isu 1MDB baru cuba 
dirungkai (kononnya) dan pendedahan pertama 
dibuat oleh Sarawak Report... semuanya gara
-gara kesilapan kecil yang dilakukan oleh 
pengurusan 1MDB yang telah terlewat 
menghantar laporan audit setengah tahun 
kepada Bursa Malaysia dan Jabatan Audit 
Negara. 

Secara kebetulan juga beberapa maklumat Petro
Saudi yang berada dalam tangan Justo mempunyai 
perkaitan dengan urusniaga bersama 1MDB... 
perkara ini berjaya dikesan oleh Claire Brown 
yang merupakan owner Sarawak report (SR) dan 
dengan kerjasama beberapa individu termasuk 
dari pembangkang, akhirnya maklumat tersebut 
berpindah tangan daripada justo kepada Claire 
... maka bermulalah kisah 1MDB...


Apa pula peranan khairuddin? Pada awalnya, 
tak de apa pun... tapi atas perasaan dendam, 
beliau cuba untuk menjadi hero kepada rakyat 
dengan mengemukakan laporan polis terhadap 
1MDB berdasarkan pendedahan yang dibuat 
oleh SR...

Dalam masa yang sama, Tun M juga sedang 
rancak mengatur strategi untuk menjayakan 
agendanya, menjatuhkan kepimpinan Najib... 
seperti yang kita sedia maklum, Khairuddin 
memang pernah bekerjasama dengan Tun M 
ketika menjatuhkan Anwar Ibrahim. 

Melihat pada keadaan itu, Khairuddin telah 
pergi bertemu Tun M dan menawarkan diri 
untuk berkomplot bersama menumbangkan 
kerajaan pimpinan Najib... Khairuddin juga 
sanggup dan bersedia untuk dikambinghitam
kan dan dipergunakan bagi menjayakan 
agenda mereka, asalkan rakan komplot lain 
sanggup membantunya menyelesaikan 
masalah muflis yang sedang dihadapi 
sebagai balasan...

Small matter... rakan2 komplot bukan lah 
calang2 orang... maklum sajalah, yang nak 
dijatuhkan bukannya ketua kampung atau 
Tok Penghulu... tapi seorang Perdana Menteri 
dan Presiden Parti utama negara, UMNO.

Lagipun bukan senang nak cari kambing 
hitam sekiranya apa-apa berlaku atau 
perancangan tidak menjadi kenyataan... 
bila dah ada yang sanggup tawarkan diri, 
apa nak berkira sangat setakat 2, 3 juta tu... 
dan sekiranya perancangan berjalan lancar, 
lebih pada tu boleh diperolehi...


Beberapa pihak dengan beberapa komplot 
mula menggerakkan perancangan masing-
masing, pada peringkat awalnya sehinggalah 
masing-masing menyedari bahawa semua
nya mempunyai matlamat yang sama, menjatuh
kan kerajaan pimpinan Najib.

kita boleh tengok semula... SR yang dibelakang
nya terdiri daripada pemimpin pembangkang 
yg mula-mula mencetuskan isu 1MDB... pada 
ketika itu tidak banyak maklumat yg dimiliki 
oleh team Tun M... 

Pada masa itu Tun M hanya menggunakan 
maklumat sepertimana yg didedahkan oleh 
SR untuk menyerang Najib sambil disokong 
oleh beberapa isu sampingan yang tidak 
berkaitan 1MDB melalui penulisan blog 
beliau... contohnya isu kemewahan Rosmah, 
isu jambatan bengkok, isu Altantunya dan 
beberapa isu lain...

Sehinggalah pertemuan antara Tun M dan 
Claire Brown berjaya diatur, barulah Tun M 
menggunakan pengaruhnya mengetengah
kan isu 1MDB, bersumberkan maklumat 
dari Claire yg diperolehi dari Justo... 

Kemudian,berdasarkan pengalaman beliau 
yg pernah menjadi Presiden UMNO, dibantu 
oleh beberapa sumber dalam kerajaan yg 
mungkin telah termakan budi Tun M, maka 
isu RM2.6B pula didedah...

Siapa yang dedah? Si kambing hitamlah 
yang ditugaskan untuk bertemu dgn editor 
WSJ bagi tujuan pendedahan...

Sekarang secara tiba-tiba, segala maklumat 
berkaitan 1MDB berada di tangan Khairuddin, 
walhal bukan dia yg mula2 bongkar... memang 
jelas sudah wujud pakatan atau komplot di 
antara team Tun M dengan team SR...


Dengan sedikit pendedahan ini setidak-tidaknya 
kau orang dah kenal sedikit sebanyak siapakah 
gerangan DATUK PADUKANG KHAIRUDDIN BIN ABU HASSAN NI...-Padiyappa-

2 comments:

Anonymous said...

Bila pemimpin lain terpaksa tampil mempertahankan keberanian Najib dan memuji2 Najib, itu menunjukkan memang Najib penakut !

Satu Malaysia sudah nampak sejauh mana keberanian pahlawan Bugis Malaya ni ...... Oya, sejak sauh dilabuhkan, tak dengar2 dah cerita penglipurlara pahlawan Bugis ni.

Then again, saya kena setuju dengan Hishammudin yang Najib memang seorang yang tenang. Najib tenang je lari dari bersemuka dengan Tun Mahathir masa di Nothing To Hide. 

Najib pun tenang jer lari dari menunjukkan muka di Seminar IACC mengenai Rasuah bila dapat tahu isu 1MDB dan RM2.6 bil menjadi topik hangat sesama perwakilan antarabangsa.

Najib tenang jer bila bagi alasan tak mahu saman WSJ sebab duit saman kalau menang pun, ciput jer.....

Tidak kurang tenangnya bila menafikan timbalannya dalam parti dari berucap kepada sayap2 parti, satu amalan tradisi berpuluh tahun ..... 

Dan semalam, Najib dengan tenang jer boleh lari dari menunjukkan muka di Parlimen bila satu negara menantikan saatnya untuk beliau mendedahkan segalanya mengenai RM2.6 bil setelah lebih sebulan diumumkan.

Memang Najib tenang ...... Tenang dalam ketakutan. Tenang dengan muka sardin. Satu Malaysia mencemuh Najib sebagai penakut, tapi ada Najib kisah ? Tenang jer ..... hahahaha .....

Segalanya mengenai RM2.6 bil mengundang persoalan. Tidak ada jawapan yang mampu memuaskan hati rakyat. Dan segala reaksi Najib dalam menangani isu RM2.6 bil hanya menguatkan persepsi negatif terhadapnya. Kerana tindak tanduk Najib dan kuncu2nya dalam menangani isu ini adalah tindak tanduk seorang yang BERSALAH.

Hanya orang yang bersalah saja yang akan beri pelbagai alasan dan seberapa boleh akan mengelak dari membuat pengakuan.

Pernah dengar Najib sendiri menjelas kedudukan RM2.6 bil itu ? TIDAK PERNAH kan .....

Hanya orang bersalah saja yang akan memarahi dan bertindak terhadap sesiapa saja yang mempersoalkan perbuatan salahnya. 

Padahal semuanya boleh diselesaikan dengan satu cara yang paling mudah iaitu tampil buat penjelasan dan jawab segala persoalan yang selama ini beliau elak.

Tunjukkan bahawa beliau berani kerana benar. Persepsi rakyat sekarang -  Najib takut kerana salah.

Sampai bila nak mengelak ? Satu dunia duk bercakap hal RM2.6 bil sebab ia satu sejarah tamaddun dunia di mana seorang individu menerima derma sebanyak itu sekali berdebuk !

Di harap masa PAU nanti adalah seorang hamba Allah dikalangan para perwakilan yang berani bertanyakan hal RM2.6 bil walaupun dilarang dari bercakap mengenainya. Seluruh rakyat mahu dengar penjelasannya tapi perwakilan dilarang dari bercakap mengenainya ..... tidakkah itu tanda ada yang tak kena ?

Saya syak isu RM2.6 bil jugalah yang menyebabkan Timbalan Presidennya dinafikan peluang berucap sebagaimana lazim.

Apakah ahli Umno sanggup berdepan kemungkinan diharamkan kerana melanggar Akta Pertubuhan sebagaimana disebut oleh Tun Mahathir ?

Pelbagai tindakan pelik dan diluar tabiee dilakukan .... semuanya kerana isu RM2.6 bil. 

Jika Najib seorang yang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau dengan sendiri akan tampil beri penjelasan atas sebarang isu yang boleh membawa kemudaratan kepada parti. Dan jika tidak mampu selesaikan, beliau akan undur diri kerana tidak mahu parti menanggung beban yang terhasil dari kesalahan dirinya..... itu kalau Najib seorang yang berani bertanggungjawab.

Anonymous said...

tun M pun mengaku tak ada bukti!seseorang tidak bersalah selagi tak di buktikan bersalah! yang kau orang hebat sangat kemukakan lah bukti! jangan cakap aje macam anjing salak bukit! bila letih menyalak tuan anjing bagi makan tahi!