Saturday 12 December 2015

BILA SI JAHIL JADI PENGERUSI TETAP TAK TAHU BEZAKAN ANTARA PENCERAHAN DAN MEMBURUKKAN PERIBADI AISYAH!!!


Dr Fathul Bari Dipaksa Berhenti Berucap Di ‪#‎PAU2015‬

Akibat tidak boleh menerima nasihat, seorang veteran UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz memaksa Dr Fathul Bari memberhentikan ucapannya sesegera mungkin dengan memberi helah DFB menghina keluarga Rasulullah.

Akibat dari tindakan veteran UMNO itu, mood DFB dan mood hadirin terus bertukar menjadi hambar.

Persoalannya siapa yang lebih faham tentang ucapan yang sedang disampaikan? DFB atau veteran UMNO tersebut?

Kenapa sehingga memaksa menghentikan ucapan sebelum meminta pencerahan? Kan korang berdepan je tu. Bukan jauh pun nak mintak pencerahan.

DFB menyatakan beliau bersangka baik yang veteran UMNO tersebut mungkin tersilap faham.

Ye lah, DFB memang suka bersangka baik sahaja orangnya, tapi orang terencat akal lihat pun boleh tahu veteran UMNO tersebut memang sengaja mahu DFB memberhentikan ucapannya dengan segera.

Helah veteran UMNO yang digunakan juga agak memalukan kerana menunjukkan beliau agak jahil dalam agama. Agak tidak logik menggunakan alasan, kisah Aisyah difitnah berzina jangan diceritakan kerana ianya aib. Padahal kisah tersebut diceritakan sendiri oleh Allah di surah An Nur ayat 11 hingga 26 dan juga dicertikan oleh Rasulnya di dalam hadis-hadis sahih. Adakah Allah dan Rasul mengaibkan Aisya?

Adakah setiap kali membaca Al-Quran, kita perlu skip apabila tiba surah An Nur ayat 11 hingga 26 kerana jika kita membacanya maka kita akan mengaibkan Aisya? Kebodohan apakah ini?

Tema ucapan yang dibawa DFB adalah kesan fitnah dan perpaduan tetapi jika sudah sombong, angkuh dan tidak mahu mendengar nasihat, penjelasan dari Al-Quran dan Hadis Nabi berkaitan tema ini pun dia tolak tanpa alasan yang munasabah.

DFB mengajak semua ahli UMNO jauhi fitnah dan bersatu tetapi malangnya veteran UMNO lebih suka menolak ajakan tersebut. Bertambah malang lagi beliau adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.

Lebih menghairankan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memaksa penyokong kepada usul dasar Presiden UMNO berhenti berucap dengan segera. Apa sebenarnya yang berlaku?
Kredit video: Media UMNO MalaysiaSuara.TV

6 comments:

Anonymous said...

Pendakwah kenalah sabar, tenang, pemaaf, dan berlapang dada.

Anonymous said...

Memang dasar ramai kaki bodek Melayu yang kesetiaan mereka berpuak-puak! Lebih ramai yang menjahanamkan sikap bangsa kerana apa pun tindakan mereka berlandaskan tindakan tersebut nerpaksikan kepentingan periuk nasi mereka dahulu, Oleh itu mereka memang tidak mahu dengar atau didengarkan!!! Kalau macam ni hancurlah bangsa!!!

Anonymous said...

Assalam. Hadirnya dlm umno bnyk mbuka minda n hati sy kpd umno.

Anonymous said...

Sangka baik,
peristiwa tu, satu sejarah ujian berat bg Saidatina Aisyah r.a. dan Baginda Rasul saw, walaupun ianya bukan aib kerana Allah swt telah menyucikannya, tp sejarah hitam dlm hidup kita, kita tak berapa seronok nak dengar, mungkin tu maksud Timb Pengerusi. Mungkin masa tu, keluar teguran tu spontan, tak sempat nak susun ayat yg berhemat.

Pembetulan sikit, cerita Nabi Daud a.s. dgn Thalut,
Nabi Daud a.s. tu menantu Thalut.
Nabi kaum Bani Israel yg disebut dlm ayat 2:247, ikut kitab tafsir adalah Nabi Samuel a.s. bukan Nabi Daud a.s.

Satu lg, isu kepimpinan adalah Ketentuan Allah swt,
Bab taqdir, qadha' qadr ni kompleks sikit nak hurai, depan org awam mudah sgt salah faham.
Lbh sesuai jika kata kepimpinan tu satu tanggungjawab dan amanah.

Unknown said...

peristiwa yg menarik

blh saja cerita kisah aishah rdha kerana ia dr AlQuran. tp digerakkan hati pengerusi utk potong fathul.

pengajarannya ialah :

1. cukup2lah menggunakan kisah sahabat rdh utk membodek pemimpin

2. jgn samakan sahabat rdh dgn pemimpin umnu terutama presidennya,jauh sgt la

3. perogol perompak pembunuh pun ada kebaikkannya, takkan tkblh dihukum kot

4. hukuman mesti ada dan adil terhadap kesalahan yg dibuat aje lah

5. pemimpin yg lemah, merompak(diafrika) lemah tadbir hingga rakyat susah wajar diganti

6. bab fitnah kisah aishah ni relevan dgn kes fitnah anwar tp tk relevan dgn jenayah pemimpin yg ada

7. kemaslahatan rakyat adalah utama. jika bersifat peribadi memanglah tk blh buka aib. tp jika melibatkan rakyat ia wajib didedahkan. kes anwar kalau betul dia liwat(walaupun memang fitnah) ia bersifat peribadi. pemimpin yg lemah walaupun warak wajar diganti demi rakyat dan negara

so fathul cukup2lah membodek ok.

pergila berjumpa pemimpin yg korup dan penipu secara tertutup dan berterus terang berani kerana benar nasihatkan mereka itu. tp sedialah utk tindakan balas. kalau benar ikhlas demi agama apa salahnya kena singkir kan?

klu mereka tidak terima nasihat tertutup maka wajib didedahkan jenayah mereka demi menyelamatkan negara. dan wajib digugurkan mereka selagi mana tidak melanggar undang2.

jika tidak blh juga, marila kita ramai2 berdoa munajat minta pemimpin korup diganti dgn pemimpin yg mana mereka kasihkan rakyat dan rakyat sygkan mereka... bukan pemimpin yg tunduk akur mengikut nafsu bini (diafrika) hingga menyusahkan rakyat seluruhnya (rakyat afrika)

amiiinn

Anonymous said...

Dakwaan Terbaru WSJ - 1MDB Bayar $850 Juta Kepada Syarikat Yang Namanya MIRIP Syarikat Kepunyaan IPIC




Satu lagi fitnah terbaru dari WSJ berkaitan isu 1MDB khususnya berkaitan pembayaran dana kepada IPIC yang sebelum ini didakwa oleh WSJ tidak diterima oleh IPIC padahal pihak 1MDB berkeras kata semuanya ada dalam rekod akaun.

Kali ini WSJ mendakwa 1MDB ada membuat pembayaran USD850 juta tahun lalu kepada sebuah syarikat offshore yang ditubuhkan supaya namanya mirip kepada syarikat yang dimiliki oleh IPIC. 

Menurut WSJ, 1MDB bayar kepada Aabar Investments PJS Ltd yang namanya hampir sama dengan syarikat milik IPIC/Aabar iaitu Aabar Investments PJS.

Menurut dakwaan WSJ kali ini, kerana itulah makanya 1MDB kata dah bayar tapi IPIC kata tak terima pun !

Bayaran dipercayai berkaitan Option IPIC. 

Hmmmm ...... disebalik apa yang dikatakan sebagai 'puluhan kali penjelasan' yang telah diberikan oleh 1MDB dan Najib mengenai isu 1MDB, tidak ada satu pun menjelaskan sepenuhnya Option IPIC. Berapa jumlah yang 1MDB kena bayar untuk tebus, berapa yang sudah dibayar dan berapa bakinya ?

Saya copypaste artikel WSJ itu di bawah untuk sama2 kita nilaikan kesahihannya ..... diharap pihak 1MDB seperti biasa, akan segera tampil beri penjelasan dan bukan mengelak ( seperti biasa juga )