Saturday 26 December 2015

ADAKAH NABI-NABI TERDAHULU MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH?(BERIMAN KEPADA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM)???




Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, "Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, 

"Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." 

Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" 

Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu." 

Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu." 

(Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)

Pertamanya kita mengetahui betapa tingginya kedudukan baginda sallallahu alaihi wasallam 
di sisi Allah subhanahu wa taala. 

Terdapat banyak perbincangan di dalam kitab
-kitab sirah tentang ketinggian kedudukan 
Baginda sallallahu alaihi wasallam berbanding 
semua makhluk. Kesemua perkara ini sudah kita ketahui. 

Pujian demi pujian yang bukan hanya diberikan 
oleh pengikut Baginda sallallahu alaihi wasallam, 
Malah Tuhan Pemilik sekalian alam juga memuji KekasihNya yang mulia ini. Firman Allah taala di 
dalam Surah al-Ahzab:

 إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
 آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
(56) Maksudnya: 

Sesungguhnya Allah, dan para MalaikatNya 
berselawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu 
alaihi wasallam. Wahai orang-orang yang beriman, Berselawatlah dan mohonlah kesejahteraan kamu 
semua ke atas baginda sallallahu alaihi wasallam. 

Allah subhanahu wa taala berfirman lagi di dalam 
Surah al-Anbiya’ ayat 107: 

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
(107) Maksudnya: 

Tidaklah kami utuskan kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi Rahmat kepada sekalian 
Alam. 

Disebabkan ketinggian sebegini, adakah 
para nabi sebelum ini juga mengucapkan kalimah syahadah dengan menyebut nama Baginda 
sallallahu alaihi wasallam? 

Baginda sallallahu alaihi wasallam pernah 
bersabda di dalam sebuah hadis yang saya 
nukilkan daripada kitab Saidina Muhammad 
oleh Syeikh As’ad al-Shoghirji diriwayatkan 
oleh al-Imam Ahmad ibn Hambal dan al-Imam 
Ibn Rejab al-Hambali radhiyallahu anhuma 
daripada Maisarah al-Dhabbi radhiyallahu 
anhu:

 قال : قلت : يا رسول الله! متى كنتَ نبيّا؟
 قال رسول الله صلى الله عليه و سلم:
 (( و آدم بين الروح و الجسد)) 

Maksudnya: Aku(Maisarah al-Dhabbi radhiyallahu 
anhu) bertanya kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: 

Wahai Rasulullah! Sejak bilakah kamu menjadi 
Rasul Allah? 

Maka jawab baginda sallallahu alaihi wasallam: 

((Aku menjadi rasul sejak Nabi Allah Adam di 
antara Ruh dan Jasad( sejak Nabi Adam mula
-mula dijadikan). 

Di antara tanda tingginya kedudukan baginda 
sallallahu alaihi wasallam juga ialah para nabi
-nabi mengikat perjanjian dengan Allah taala 
untuk menolong dan beriman dengan baginda 
sallallahu alaihi wasallam. 

Ini seperti disebutkan oleh Allah taala di dalam 
surah Ali Imran ayat 81: 

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آَتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ
 وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا
 مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ
 وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ
 فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنَ الشَّاهِدِينَ (81) 

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Allah taala 
mengambil perjanjian daripada para Nabi-nabi 
(dengan firmanNya): 

Sesungguhnya apa jua kitab dan Hikmah yang 
Aku berikan kepada kamu, Kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan 
apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh padanya,dan hendaklah kamu sungguh-sungguh menolongnya. 

Allah berfirman lagi(bertanya kepada mereka): 
Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janji Ku secara yang 
demikian itu? 

Mereka menjawab: Kami berikrar(mengakui dan menerimanya). Allah taala berfirman lagi: Jika 
demikian saksikanlah kamu dan Aku juga menjadi 
saksi bersama-sama kamu. 

Di dalam Tafsir al-Imam Thabari ketika 
mentafsirkan ayat ini menerangkan bahawa : 

عن عليّ رضي الله عنه قال: لم يبعثِ الله عز و جل نبياّ آدم فمن بعده إلا أخذ عليه العهد في محمد صلى الله عليه و سلم وهو حيٌّ ليؤمننَّ به و لينصرنّه و يأمره فيأخذ العهدَ على قومه. 


Maksudnya: Diriwayatkan daripada saidina Ali radhiyallahu anhu katanya: 

Tidaklah Allah taala mengutuskan seorang Rasul samaada Nabi Allah Adam alaihi salam dan nabi
-nabi selepasnya melainkan akan diambil perjanjian daripada mereka semua dan kaum mereka untuk beriman dengan sungguh-sungguh dan menolong dengan sungguh-sungguh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam (hal keadaan baginda sallallahu alaihi wasallam hidup). 

Ini dalil yang jelas bahawa kesemua para Nabi 
beriman dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam. Tiada syak lagi padanya. Perkara ini adalah ketika di dunia. 

Manakala di akhirat, kesemua para nabi berada di 
bawah naungan bendera Baginda sallallahu alaihi wasallam. 

Ini berdasarkan hadis baginda sallallahu alaihi 
wasallam di dalam Sahih Muslim jilid 4 hadis 1783: 

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
: ((أنا سيد ولد آدم يومَ القيامة, و أول من ينشقُّ عنه القبرُ, و أول شافع و أول مشفّع)) 

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abu 
Hurairah radhiyallahu anhu katanya: 

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: 
Aku adalah ketua kepada seluruh anak adam 
pada hari Kiamat kelak, dan akulah orang 
pertama yang akan keluar daripada kubur, 
dan akulah orang pertama yang akan memberikan syafaat dan diberikan syafaat. 

Setelah saya sebutkan dalil-dalil ini, maka jelaslah bahawa kesemua nabi-nabi memberikan janji Iman kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam. 
Wallahu a’lam. 

Rujukan: 
1.Saidina Muhammad oleh Syeikh As'ad al-Shoghirji 2.Tafsir al-Thabari jilid 6 
3.Al-Quran terjemahan 
bahasa Melayu 
Mohd Nazrul Abd Nasir, Hayyu 10, Kaherah.

1 comment:

Anonymous said...

kajian seterusnya anda akan menjumpai konsep nur muhammad --konsep batin kenabian konsep yang dekat syiah dan sunni--ada juga sunni ada yang menolaknya--abdullah arif dikatakan menulis kitab tertua berkenaan nur muhammad di alam melayu--kitabnya membuktikan kedatangan syiah lebih awal dialam melayu