Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak.
Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.
Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.
Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.
Satu
sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal.
Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk
mengelak dibogel.
Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.
Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.
Seorang
pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang
biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan
memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal
sebelum membuat laporan polis.
Insiden
sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan
pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan
'pencuri' turut ditulis di badannya.
Kejadian
seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang
berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan
penyebab kejadian berulang.
Manakala
satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak
berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.
Info Gallery : Harap-harap tiada orang kita buat camni.
No comments:
Post a Comment