NIK AZIZ NIE PEMUJA SYAITAN KE?
Lama dulu Nik Aziz pernah nyatakan bahawa jika syaitan nak bantu, dia
akan terima. Sekarang terimalah padahnya. Pas dah jadi sahabat syaitan -
menyokong sosialisme, komunisme, pluralisme, permudahkan murtad,
sekularisme, LGBT, Yahudi dan Zionis.... Selepas puas diboneka di Perak,
diperkuda di Selangor dan ibarat hampas di Pualau Pinang, Pas sekarang
nampaknya hanya sekadar Parti Abdi Sosialis .. bertanding Parlimen pun
hanya 60 kerusi.. hmmm apa nak jadi....
Seorang yang di katakan ulama' PAS telah mengeluarkan fatwa yang betul2
mengelirukan dan boleh menjatuhkan Aqidah seseorang Islam apabila
diikuti.Pada 24 Januari 1999 seorang ulama PAS dan juga Tok Guru kepada
penganut PAS Nik Ajis Nik Mat telah mengeluarkan fatwa bahawa:--"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."Seorang
yang boleh dianggap faham tentang hukum hakam boleh berkata sesuatu
yang boleh menjatuhkan Aqidah seseorang.Apa yang kita pelajari selama
ini kita sebagai seorang Islam wajib memohon pertolongan (Doa) dari
Allah.Dalam Al Quran mahupun hadis menyuruh seseorang itu agar menjauhi
syaitan namun sebaliknya Nik Ajis sudi menerima syaitan sebagai
temannya.Nabi saw memerintahkan ummatnya melalui Abu Zar r.a dengan bersabda bermaksud :--"Hendaklah
engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan
manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan
berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?"
Baginda menjawab: "Ya! Benar!".Abu Zar r.a.Pengajaran dari hadis
tersebut kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan
dari godaan syaitan.Begitu juga diterangkan bahawa sesiapa yang
menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia
tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang
dikenali sebagai "syaitan manusia".Oleh itu ustaz menerangkan
agar berwaspadalah dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, janganlah
sekali-kali terikut atau berkompromi dengan "syaitan manusia" ini kerana
kesudahannya kita akan ditimpa malang (kemudharatan) akibat daripada
kejahatan mereka.
Dalam hal yang sedemikian Nik Ajis sebenarnya telah
mengikut dan terikut segala bisikan syaitan yang menjadi teman kepada
beliau selama ini dan atas sebab itulah segala percakapannya bukan
melambangkan diri Nik Ajis yang sebenarnya. Sedarlah! wahai semua dan
cubalah hayati Firman Allah dalam surah Al An'aam ayat 121 yang
bermaksud :--" .... dan sesungguhnya SYAITAN-SYAITAN itu
membisikan kepada pengikutnya, supaya kamu membantah (menghasut) kamu,
dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram),
sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik".
No comments:
Post a Comment