Saturday 12 May 2012

Kalau Tak Isap Rokok Tak Boleh Berak Ke??

Kalau Tak Isap Rokok Tak Boleh Berak Ke??

Digarap  oleh cipsCapblog



Terus terang Cap cakap, Cap memang tak suka asap rokok, kalau Cap terhidu je asap tu, mesti Cap bersin, pastu dada mesti sakit punye. Secara tidak langsung Cap turut membenci perokok walaupun kawan-kawan Cap pun turut merokok juga. 

Bagi Cap diorang nie macam mementingkan diri sendiri, tak fikir perasaan orang lain. Tapi bukan semua la, maksud Cap orang lain, bukan korang ye.hehe..Sebab apa Cap cakap macam tu, sebabnya diorang tak fikir asap diorang tue kena kat siapa, budak kecil ke, ibu mengandung ke, orang tua ke, diorang main isap je, tengok-tengok la orang sekeliling dulu. 

Bukan kerajaan dah kuatkuasakan larangan merokok di tempat awam ke? Cap tengok tak ada sebarang tindakkan pun, gempak je lebih. Cap paling-paling benci bila orang merokok dalam tandas, dah la tempat tue tertutup, boleh pulak nk merokok dalam tue. Kalau tak merokok, taik tak mau keluar ke? Bila kita masuk tandas tue, secara tak langsung asap tue pun masuk dalam paru-paru kita, tak kan la kita nak tahan nafas je kan, geram betul la.


Kalau nak merokok tue, merokok la, takde sapa larang, tapi hormati juga la orang lain, ada yang tak merokok, ada yang sakit, ada yang tengah mengandung, macam-macam lagi la, fikir la sendiri, kita kan dah besar.

 Cuba kita bayangkan orang bercakap kuat-kuat kat sebelah kita, ataupun orang sebelah renjis-renjis air kat kita, ataupun orang sebelah bercakap terkena air liur dia kat kita.

 Mesti kita marah dan bengang kerana kita nakkan privacy dan tak nak orang lain menggangu kita, jadi apa la salahnya kita pun menghormati orang lain dan menjaga hak privacy orang lain kan.

Cap tutup entri kali ini dengan gambar-gambar ashtray ataupun bekas abu rokok. Maaf la kalau ada sapa-sapa yang marah dan terasa, maklum la negara kita nie ramai sangat perokok.














Digarap  oleh cipsCapblog


No comments: