Cara Syaitan Bogelkan Wanita..
Syaitan
sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana
itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari
jalan Allah.
Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan
strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu,
yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun
bis su ').
Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia
terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan
Allah.
Salah satu
sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang
tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului
dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan
selanjutnya saling bermaksiat.
Untuk menjayakan terjadinya proses
kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian
muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah
menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.
Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:
1. Menghilangkan Definasi Hijab.
Pada tahap ini, syaitan
membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah
hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya
hiasan bagi para wanita.
Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan
apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.
Akibatnya, ketika zaman
telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada
masalah utk pakaian ikut berganti juga.
Demikianlah pula ketika
seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus
baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa
pun yang mereka pakai.
Berbeza halnya jika
seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie
(identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya
(fashion).
Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana
sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.
Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin
sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita
agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku
hingga telapak tangan).
"Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan
pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita
akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan
ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan
berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"
Kedua: Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan
tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan
perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada
peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian
atas dada kamu.
Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar
sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti
tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "
Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya syaitan
berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu
cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita berfikir
sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain yang agak
tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik
dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si
wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan
transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih
panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak
lebih feminin," begitu dia menambah.
Dan hasilnya pakaian tersebut
akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin
bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut
oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi
telanjang!).
Keempat: Agak dibuka Sedikit
Setelah para wanita
muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan
sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan
"vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti ini
membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak
sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha?
Dengan itu kamu akan
lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea
baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah
hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan
selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya ....
tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.
2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini syaitan melangkah
lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para
wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan berbisik kepada
para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn
membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau
dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya,
ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang
besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih
serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. "
Maka para wanita yang
terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang
dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila berjalan,
dapat menarik perhatian orang.
Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki
telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu
ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan
manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi
apa-apa, kecuali hanya beberapa orang.
Kalau langkah kakimu masih kurang
selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah
kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu
terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau
sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh
betis. "
Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita,
zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan
pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak
menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu.
Namun bisikan syaitan dan
hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah,
kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah
betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga
menutup telapak kaki.
tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang
menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus
menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau
kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. "
"Tetapi apakah itu tidak
menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di
masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya,
sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian
mereka sangat tertutup.
Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki
kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang
dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada
lagi fitnah, kerana sama-sama suka?
Lihat saja fashion pakaian di
sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik,
membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk
wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi
wanita yang ketinggalan zaman. "
3. Serba Mini
Setelah pakaian yang
menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa
saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.
"Pakaian memerlukan
variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan
agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar
kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini
yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi,
ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus
bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan
mini.
Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk
berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam,
petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan
pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga
ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang
sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh
syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika,
muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di
mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang
tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada.
Mereka semua
memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka
harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil,
tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.
"Seterusnya terserah
kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di
tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di
neraka.
Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu
semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu
mengambil risiko.
Demikianlah halusnya
cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa
terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke
dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber: unikaneh.com
p/s: berwaspadalah pada golongan wanita di luar sana..
No comments:
Post a Comment