MESTI BACA: Hukum Bai'ah Kepada Bukan Pemerintah
Soalan: Sebahagian kumpulan moden
mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk
diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada
mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah
kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum
muslimin.
Adakah perbuatan ini harus?
Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih
daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?
Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :
Bai’at ini adalah BATIL dan
TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan
kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak, dan pemberontakan ke atas
pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم
فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ،
تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة
بدعة ، وكل بدعة ضلالة
Maksudnya: “Aku berpesan kepada
kamu supaya bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat walaupun kamu
diperintah oleh seorang hamba, kerana sesungguhnya barangsiapa yang
hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib
atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah
al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan
geraham kamu serta hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa
perkara yang diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap
bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].
Serta sahih juga baginda bersabda:
على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن
أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة
Maksudnya: “wajib atas seorang
muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci
selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada Allah, jika
dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak wajib dengar
dan taat”. [Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
إنما الطاعة في المعروف
Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”.
[al-Bukhari dan Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا
ينزعن يدا من طاعة
Maksudnya: “Barangsiapa yang
melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka
hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada
Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan
(bai’at)”. [Muslim].
Hadis-hadis dalam perkara ini
sangat banyak semuanya menunjukkan wajib taat kepada para pemerintah
dalam perkara makruf serta tidak boleh memberontak kepada mereka
melainkan mereka melakukan kekufuran yang jelas yang ada pada
pemberontak bukti daripada Allah.
Tidak diragukan lagi bahawa
wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia akan membawa kepada perpecahan
dan pemberontakan kepada pemerintah maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan
HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat
pemerintahnya melakukan kufur yang jelas untuk MENASIHATINYA sehingga
dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan itu, dan tidak boleh memberontak
kepadanya jika pemberontakkan itu membawa keburukan yang lebih banyak
kerana mungkar tidak dihilangkan dengan perkara yang lebih mungkar,
seperti yang dinyatakan oleh para Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn
Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim –rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu
waliyyut Taufiq.
[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].
GERAKAN TIMUR:
Jika
memberontak kepada pemerintah yang jelas kafir pun tidak harus jika
membawa kemudaratan yang lebih, maka bagaimana pula memberontak kepada
mereka yang bukan kafir? Allahul Musta'an.
Gambar diatas adalah hiasan semata-mata.
(sumber:blog gerakantimur)
No comments:
Post a Comment