ULAMAK PAS BOLEH MENGHERET KITA KE NEREKA???!!!
INI ULAMAK CAKAP BERBELIT-BELIT.KEPALA HALAL EKOR HARAM!!!!! |
HUUHHH!!!ULAMAK KE DIA NI? |
YANG NI PUN SERUPA AJE DENGAN PAK SEDARA DIA!!! |
YANG NI TAH DATANG DARI MANA???ORANG SEMUA TAK BETUL!!!YANG SEBELAH DIA TU MACAM KENAL AJE??? |
JEMAAH YANG SERING TERTIPU KERANA TOK GURU SELALU CAKAP JANGAN GUNA LOGIK AKAL!!! |
Rasulullah pernah bersabda; "Di
akhir zaman akan muncul orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di
hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu kambing untuk mempamerkan
zuhud mereka, lisan mereka lebih manis dari gula, namun hati mereka
adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan)…" (HR.
Tirmidzi).
Fenomena
ini menyebabkan timbulnya ramai ulama su' yang sudah tentu pekerjaannya
merosak, mengacau dan menyesatkan ummah. Ulama jenis ini sanggup
dipergunakan oleh golongan ‘asi (jahat lagi berdosa) untuk bersekutu
dengan musuh-musuh Islam terdiri dari kaum kafir harbi dan golongan
munafiq untuk menjatuhkan umat Islam yang lain.
Ulama su' sering mengajarkan tipu daya dan memutar belit untuk mencari
mana-mana hukum Allah untuk menghalalkan segala perbuatan salah pengikut
mereka, sehingga hukum dan peraturan boleh dipermainkan.
Mereka
juga sanggup berbohong demi merosakan maruah orang lain agar dirinya
ternama. Mereka inilah ulama palsu yang rela menjadi hamba kepada Dajjal
si perosak.
Di antara ulama su' ada juga kelompok yang mengajak kepada kebaikan, namun tidak pernah memberikan contoh yang baik.
Begitu
mudahnya bangsa kita, terpengaruh dengan manusia bertopeng agama. Konon
sepanjang hidupnya bergelumang dosa, mengisytihar diri bertaubat
nasuha, serban besar berjubah meleret pakai saja, janggut sejemput
dibuat ada, lebam di dahi sengaja dicipta.
Cakap sikit pasal agama
diselang-seli lawak jenaka. Hebat, menuduh orang lain celaka, terus
diangkat jadi penceramah terkemuka. Walaupun ilmu agama tak setara mana,
hanya sebulan dua mengaji agama, bebas bertazkirah sini dan sana.
Habis ceramah karung dihulur jua,
tak cukup kopiah, baldi pun diguna, kepada pendengar derma dipinta,
kunun untuk jihad kita, tapi duit lesap entah ke mana. Mereka juga yang
kaya-raya, anak bininya yang kenyang makan derma kita. Kita yang
tertipu jua dengan sandiwara ciptaan ulama wahan fil’ dunia (cinta
dunia).
Ceramah-ceramah agama dari ulama muktabar kian berkurangan kerana diganti oleh ceramah-ceramah ulama su’ dan penglipur lara
Begitulah
fenomena di Malaysia kini apabila semakin ramai yang mengisytiharkan
diri sebagai ulama dan ahli agama sedangkan mereka tidak mempunyai
kriteria khusus yang selayaknya bergelar sedemikian.
Hanya kerana pandai
bercakap dan maki hamun sesama manusia, diselang-seli dengan ayat-ayat
Quran, hadis dan sunnah anbiya, kita mudah saja menabalkan diri mereka
sebagai ustaz dan ulama ternama.
Ulama Ibnul Qayyim berkata : "Ulama
su' duduk di depan pintu surga dan mengajak manusia untuk masuk ke
dalamnya dengan ucapan dan seruan-seruan mereka. Dan mengajak manusia
untuk masuk ke dalam neraka dengan perbuatan dan tindakannya. Ucapan
mereka berkata kepada manusia: 'Ke marilah! Ke marilah!' Sedangkan
perbuatan mereka berkata: Janganlah engkau dengarkan seruan mereka.
Seandainya seruan mereka itu benar, tentu mereka menjadi orang pertama
yang akan memenuhi seruan itu."
Seorang tabi’in terkenal; Asy-Sya'bi pernah berkata: "Akan
ada sekelompok penduduk syurga yang melihat sekelompok penduduk neraka.
Lalu penduduk syurga menyapa mereka dengan penuh kehairanan, 'Apa yang
membuat kalian masuk neraka, padahal kami masuk syurga karena jasa
didikan dan ajaranmu?' Mereka menjawab: Sesungguhnya kami memerintahkan
kalian melakukan kebaikan namun kami sendiri melakukan kejahatan."
Ada
kalangan ulama dan pendakwah dengan manisnya mengatakan bahwa tugasnya
adalah berdakwah demi kesejahteraan Islam, namun di waktu lain pula ia
membolehkan, bahkan mengajak umat Islam untuk memilih musuh-musuh Islam
sebagai pemimpin meskipun menyedari musuh-musuh itu akan memudaratkan
ummah, agama dan negara.
Ulama
su' turut berpura-pura mengajak ummah kepada kebaikan, namun dengan
cara-cara kefasikan, seperti berdakwah dengan maki hamun. Mulutnya
sentiasa menjanjikan pahala dan syurga namun sikapnya mengajak orang
lain bermusuh-musuhan. Mereka gemar berdakwah cara melawak, namun caci maki tetap menjadi rencah wajib dalam setiap ceramah demi melampiaskan kemarahannya.
Quran
dan Hadis sering digunakan untuk menghalalkan segala pendustaan mereka.
Jenis ulama penghibur ini tidak mengikuti aturan dakwah dalam syariat
Islam sebaliknya, mengikuti nafsu demi mengejar nama.
Mereka lupa akan ancaman Rasulullah; "Barangsiapa
yang mencari redha Allah dengan murka manusia, maka Allah mencukupinya
dari manusia. Dan barangsiapa mencari redha manusia dengan (menyebabkan)
kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan dirinya kepada manusia." (HR.
Tirmidzi).
Umar r.a berkata kepada Ziyad bin Hudair:
"Apakah kamu mengerti apa yang merosak Islam?" Ziyad berkata: "Tidak."
Umar berkata: "Tergelincirnya seorang alim, debatnya orang munafik
dengan ayat Al-Qur'an dan (penetapan) hukumnya oleh para imam yang
menyesatkan." (HR. Ad-Darimi).
Sesungguhnya
ulama su' adalah ulama fasik yang terlebih dahulu akan dicampakkan oleh
Allah ke dalam neraka bersama para pengikutnya sebelum para penyembah
berhala kerana ulama fasik telah berdosa merosakkan agama, ummah dan
negara.
Oleh
itu, jangan sampai Allah menurunkan bala dan kehinaan ke atas umat
Islam disebabkan oleh kejahilan kita mengikuti ulama-ulama perosak ini.
Kembali kepada jalan benar yang diredhai Allah dan Rasul semoga hidup
kita kekal bahagia.
1 comment:
DARI MBD JTUT MINTA LINK BLOG KAMI MBD JERANTUT KEDALAM BLOG SAUDARA.
http://mbdjerantut11.blogspot.com/
Post a Comment