Wednesday, 22 February 2012

SIAPA YG TAKUT ANWAR JADI PERDANA MENTERI DAN KENAPA?

ANWAR JADI PERDANA MENTERI?

 
Selepas grafiti Asalkan Bukan Umno (ABU) menjadi popular dan diangkat sebagai kempen oleh kumpulan NGO, kini muncul pula contengan "Asal Bukan Anwar Ibrahim".

Dalam insiden yang dikesan kelmarin, contengan yang dianggap sebagai vandalisme itu dikesan di pusat khidmat DAP DUN Ayer Keroh di Melaka, lapor blog pemimpin PAS negeri.

Berdasarkan gambar yang dikirim kepada Malaysiakini, kelihatan tulisan bersaiz besar berwarna merah dan hitam itu disembur, dipercayai menggunakan penyembur aerosol.

NONEPengerusi DAP Melaka Goh Leong San (gambar kanan, berbaju putih) dilapor menyifatkan perbuatan vandalisme itu mencabar rakyat Melaka dan Pakatan Rakyat.

"Mereka cuba mengelirukan rakyat dan cuba memberi gambaran tidak baik kepada pemimpin Pakatan Rakyat, perbuatan ini bukan suatu perbuatan yang sihat dan ia hanya untuk membuat kacau," ujar Goh yang juga ADUN Kesidang, tanpa menyebut secara langsung pihak yang dimaksudkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka Yusof Wahab berkata perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bukan tindakan bijak dan profesional.

NONE
"Ia merupakan budaya yang tidak baik dan pengecut kerana merosakkan harta orang lain dengan perkataan-perkataan berunsur politik murahan.

"Tindakan ini juga sebenarnya adalah tindakan pengecut dan khianat, mereka cuba mengulangi era 60-an di zaman pemuda tahan lasak dahulu," Yusof dipetik sebagai berkata.


ULASAN KUTUKAN DEWATA:

 KEPADA PIHAK YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT,BERHENTILAH BUAT PERKARA SIA-SIA.KALAU KAU ORANG TAK BUAT MACAM TU PUN ANWAR IBRAHIM TETAP TAK AKAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.


PERCAYALAH!BUMI MALAYSIA INI BUMI YANG DIPELIHARA OLEH ALLAH!!!


ORANG YANG BERMASALAH MACAM DIA TAK AKAN DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN NEGARA KERANA TANAH BERTUAH INI DIBANJIRI ZIKIR ORANG-ORANG YANG BERIMAN!


BUMI YANG MENDAULAHKAN AGAMA ALLAH OLEH PARA TABLIGH,PARA JEMAAH ISLAMIAH YANG BERTABURAN DI SELURUH PELUSUK NEGARA!!!


SEKIAN BANYAK MAAHAD TAHFIZ DAN MADRASAH YANG MENGHIMPUNKAN ORANG YANG MENCARI KEREHAAN ALLAH!!!!


DOA-DOA ORANG-ORANG YANG DISEBUTKAN TADI YANG MAHUKAN NEGARA INI SENTIASA TERPELIHARA DARI HURU HARA AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH!!!


DOA-DOA ORANG INI AMAT MUJARAB!!!ALLAH TAHU SIAPA YANG BETUL SIAPA YANG HIPOKRIT!!!!!

 


(sumber Blog Pencacai SeMalaysia®)

No comments: