Sunday, 1 June 2014

Seram!!! Kepala Di Atas Kubur!!!





Masa kecik-kecik dulu, aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut dan memang aku sendiri suka bonceng motor abah aku malam-malam.

Sejuk berangin je… best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. 


Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahim sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil membeli belah lebih kurang. Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu.


Kebetulan, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya.


Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. 


Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalau kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la… “Assalamualaikum ya ahlul-qubur”.

Aku dengan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm… banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa…? 


“Makk…!.” Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.


Makk…” Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.


Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu.

Kepala tu masih ada.

“Mak.. Abah, benda apa kat situ?  “Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ”. Aku berpaling, pandang abah aku.

Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi… aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada… macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. “Dah hilangla abah. Tadi ada… betul…”. Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.

“Alaa… takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot.” Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun…! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan… dalam hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa… Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. “Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?”. “Mana ada… takde apa pun. Kubur tu memang la ada…”. Entah. Aku diam je.



Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. 


Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa… kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu tapi sekarang dah kurang dah kan.

Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha… dia gelakkan. “Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu”.

Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu… Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran-katak.

PAS + SYIAH = PASYIAH!!!



MURSIDUL AM PASYIAH!!!







Foto Mohd Shahrul Ismail.












GUAN ENG CINA RASIS!!!




Tahniah  diucapkan kepada calon BN , Datuk Mah yang memenangi PRK Teluk Intan walau dalam jumlah majoriti yang tipis. Ramai yang pada mulanya tidak menyangka bahawa BN mampu merampas kembali kerusi parlimen Teluk Intan apabila populariti calon DAP, Dyana Sofea mengatasi calon BN, Datuk Mah terutama di media sosial. 


Namun sebagai anak tempatan Teluk Intan beserta kerja keras jentera BN, Datuk Mah walaupun tidak popular di media rupanya berjaya mendapat kepercayaan lebih dari separuh pengundi yang mengundi hari ini.  


Selain itu juga dipercayai faktor pengundi PAS yang memboikot Dyana juga antara penyumbang kepada kemenangan BN di Teluk Intan hari ini. Maklumat dari seorang rakan yang bertugas di Teluk Intan mengatakan bahawa ada di kalangan penyokong PAS yang tidak senang dengan kenyataan Dyana mengenai hudud. 


Dyana salah percaturan apabila menyangkakan pemimpin PAS yang membantu beliau semasa kempen dapat memujuk ahli-ahli PAS yang protes ini.
Khabarnya sebahagian dari mereka samada akan membuat undi rosak atau tidak datang mengundi.   


Hal ini ternyata benar apabila terdapat banyak undi rosak semasa pengiraan undi dilakukan. Ternyata strategi Kit Siang menggunakan faktor Dyana sebagai calon melayu untuk mendapatkan lebih banyak undi Melayu gagal. 


Malah kalau dilihat dari keputusan, ramai pengundi melayu yang 'lari'dari Dyana. Tak cukup dengan itu, Dyana walaupun dicanang oleh DAP sebagai calon yang mesra kepada semua bangsa juga gagal mendapat sokongan pengundi cina. 


Melalui kenyataan Guan Eng yang dipetik dari Malaysiakini, beliau berkata mungkin disebabkan Dyana berbangsa melayu maka gagal dapat sokongan orang cina.  


Jadi adakah dengan kenyataan Guan Eng ini secara tak langsung mahu mengatakan pengundi cina adalah rasis kerana hanya memilih dari kaum mereka? 


Kenyataan berkenaan sepatutnya tidak dikeluarkan oleh Guan Eng kerana selama ini menjaja satu Malaysia mengatakan DAP bukan parti perkauman, namun apabila kemenangan tidak berpihak kepada mereka maka sikap rasis mereka terserlah walau cuba disembunyi pada awalnya.


Mengimbau sehari sebelum pengundian, pentas ceramah DAP dipenuhi berpuluh ribu penyokong (ada kata cecah 20,000), kehadiran yang ramai ini dijadikan modal untuk mengutuk BN yg mana pentas ceramah BN tak dapat sambutan. 


Ini disiarkan dalam laman twitterLim Guan Eng. Jadi bila keluar keputusan hari ini terbukti yang datang semalam kebanyakannya adalah orang luar yang menyibuk.


TELUK INTAN,KENAPA BN MENANG???



Dalam keputusan PRU13 yang lalu di Teluk Intan DAP Seah Leong Peng telah menang dgn majoriti 7,313 di mana dia mendapat 27,399 undi manakala calun BN Mah Siew Kong pula mendapat 20,086 undi.


Pada PRK kali ini calun BN Mah Siew Kong sekali lagi menjadi taruhan BN manakala DAP cuba menonjolkan wajah bukan rasis dengan mengemukan calun Melayu Dyana Sofya .


Keputusan kali ini Mah Siew Kong mendapat 20,159 undi manakala Dyana mendapat 19,919 dimana majoriti atau perbezaan nya cuma 238 undi.


Ini menunjukkan undi atau sokongan kepada calun BN ini tidak berubah pd PRU13 dan PRK kali ini berdasarkan perbezaan undi antara 20,086 semasa PRU13 dan 20,159 dgn pertambahan undi cuma 73 sahaja tetapi yang merosot adalah undi DAP iaitu dari 27,399 pada PRU13 kepada 19,919 sahaja .Ini menunjukkan undi DAP merosot sebanyak 7,420 !!!


soalannya di mana pergi 7,420 pengundi ini dan kenapa?

Pada PRU13 seramai 47,764 orang keluar mengundi berdasarkan jumlah undi BN,DAP dan Bebas dan kali ini cuma 40,916 sahaja di mana kurang 6,848 jika di ambil dari stastik kedua PRU dan PRK Teluk Intan.


Jadi secara logiknya di Teluk Intan 7,000 pengundi tidak mengundi sama kerana boikot,yakin DAP akan menang..Saya tolak sebab pengundi Teluk Intan ini telah KEMBALI SEMULA kepada BN kerana jumlah undi BN tidak banyak berubah tetapi yang saya yakin DAP di boikot sebab calun dan dasar mereka..


Untuk itu saya beri 4 sebab mengapa DAP kalah..



1.HUDUD DAN SIKAP DYANA:

Kesilapan besar Dyana yang mengumumkan akan menolak hudud di Parlimen telah membuatkan karier politik nya di bunuh melayu islam terutama PAS dan PKR sendiri kerana tidak mahu bersubahat dengan pendirian nya.


Penampilan Dyana yg muncul kejap tidak bertudung dan kejap bertudung menjadikan dia tidak di yakini malah kenyataan nya yang menyelar dasar Uitm dan RAMD juga menyebabkan pengundi melayu islam dari kalangan PR sendiri menjauhi dan memboikot nya.


2.SIKAP ANTI MELAYU DAP:


Cina seakan tidak senang dengan calun melayu yang cuba di tonjolkan olih DAP di mana wakil2 sebelum ini adalah cina.Pendedahan ibu nya yang merupakan ahli UMNO dan bekas wanita pertama PERKASA juga tidak menyenangkan kaum cina yang mana ramai anti UMNO.Dalam hal ini terdapat kaum cina yang mengambil keputusan memboikot Dyana kerana bangsa dan bukan kerana parti.


3.HARAPAN PADA MAH SIEW KONG:


BN menjanjikan Mah Siew Kong dengan jawatan Menteri Kabinet.Orang cina buat masa ini tiada wakil cina yang mempunyai jawatan taraf menteri dgn kuasa menang PRU dan hanya Mah akan menjadi harapan mereka sebagai 1 suara dalam kabinet berbanding Dyana yg cuma patung DAP dan tidak akan membawa apa-apa kepada pengundi Teluk Intan.ini membawa semangat baru di kalangan Cina yang sokong BN dan kekal dgn undian mereka.


4.SWING DARI KAUM INDIA:


Terdapat 1 insiden last minit yang menjadi isu bila ada Cina DAP yang menggelar kaum India sebagai paria .Isu ini di sebarkan sejak semalam dan membuatkan kaum2 India yang sebelum ini banyak menyokong DAP pada PRU yang lepas turut memboikot PRK Teluk Intan kali ini yang mana menyumbangkan kepada kemerosotan undian pembangkang kali ini-arjuna.

Isteriku Ketagih Dengan Seks Haram!!!


















“Saya sebenarnya tidak tahu apa yang dia nak. Saya menerima dirinya seadanya dan mahu membimbing dia ke jalan yang lurus,” itulah luahan hati seorang suami yang bernama Mamat mengenai perkahwinannya yang hanya mampu bertahan kurang tiga bulan.


Perkahwinannya dilangsungkan berdasarkan cinta dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak walaupun hakikatnya dia mengetahui sejarah hitam yang pernah dilalui bekas isterinya itu sebelum mereka disahkan menjadi suami isteri.

Dia yang juga merupakan seorang hamba Allah yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan bagaimanapun sanggup menerima bekas isterinya itu. Malah berniat untuk membimbing dan seterusnya meninggalkan kehidupan yang lalu.

“Secara jujur saya beritahu, kehidupan bekas isteri saya dahulu boleh dikatakan seperti pelacur kelas atasan. Ini kerana setiap lelaki yang berdampingan dengannya pasti akan dibawa ke ranjang.

“Walaupun dirinya keji begitu saya sanggup kutip, malah menerima dia seadanya dan melupakan segala kehidupannya yang lalu. Tapi saya tidak pernah menyangka semuanya hanya lakonan. Dia tetap meneruskan kehidupannya bertukar-tukar pasangan dan mengajak teman-teman lelakinya ke ranjang selepas kami berkahwin,” tambahnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, segala pemberian semasa perkahwinan mereka dahulu termasuklah wang hantaran berjumlah RM 10000 semuanya diserahkan kepada teman-teman lelakinya.

Mamat yang ternyata kecewa dengan perangai bekas isterinya pada mulanya tidak mempercayai bahawa wanita itu sanggup berbuat demikian memandangkan dia pernah berjanji untuk meninggalkan segala-galanya untuk memulakan kehidupan baharu.

Yang lebih mengharukan, bekas isterinya seolah-olah amat ketagih dengan perangai lamanya yang dahagakan seks lelaki lain serta tidak puas dengan hubungan seks halal bersama suaminya sendiri.

Mamat pernah terfikir sekiranya bekas isterinya itu sanggup dan ingin berubah sudah pasti dia akan memikirkan mengenai dirinya yang sudah kotor dan tercemar sanggup pula diterima oleh seorang lelaki yang telah mengetahui segala-galanya mengenai kegiatan tidak bermoral dirinya selama ini.

Apa yang lebih mengecewakan Mamat, bekas isterinya tidak pernah rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.

Dia juga pernah menipu Mamat dengan memberitahu bahawa dia perlu bekerja di luar daerah. Tetapi pada hakikatnya dia pergi berfoya-foya dengan teman lelakinya di sebuah pusat peranginan terkenal di Pahang.

“Sebenarnya daripada ‘kerja luar daerah’ itulah segala-galanya terbongkar, apabila saya menjumpai resit dia menginap di sebuah hotel di pusat peranginan tersebut. Bukan itu sahaja, saya turut menjumpai resit minuman di pusat peranginan itu yang tercatat pukul 3 pagi dan hanya ada dua pesanan minuman sahaja dibuat.

“Waktu itu saya berasa sangat dihina dan ditipu hidup-hidup.

Setelah bertanya dan disoal, akhirnya bekas isteri saya mengaku berada di pusat peranginan itu bersama kekasihnya,” ujarnya.

Mamat yang begitu tawar hati dengan perangai bekas isterinya yang telah diberikan peluang untuk menginsafi diri itu akhirnya mengakibatkan mereka berdua bergaduh.

Dalam pergaduhan itu bekas isterinya sanggup menghina dan mencerca dirinya semata-mata ingin bersama dengan teman-teman lelakinya.

Dia akhirnya mengambil keputusan bercerai dengan wanita itu.

Apa yang lebih mengejutkan Mamat, selepas perkara tersebut berlaku, dia cuba berbincang perkara itu dengan keluarga mentuanya tetapi sangkaannya tidak seperti yang diharapkan.

“Cuba bayangkan, saya berkunjung ke rumah mentua di Pantai Timur untuk berbincang mengenai perkara tersebut serta memberitahu perkara yang telah berlaku antara saya dengan anak mereka.

“Tetapi apa yang mengejutkan ialah mereka tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh saya. Mentua menyokong apa yang dilakukan oleh anak mereka.

“Di sini nampak sangat seolah-olah mereka tahu mengenai kegiatan anak mereka selama ini tetapi tidak menegah apatah lagi memberi nasihat untuk meninggalkan segala perbuatan terkutuk itu,” jelasnya.

Mamat yang kini tetap menduda tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain. Peristiwa tersebut tetap segar dalam ingatan walaupun telah berlaku empat tahun yang lalu.

Yang pasti, hari ini setelah empat tahun, Mamat baru-baru ini akhirnya menerima permohonan maaf daripada bekas isterinya atas apa yang telah dilakukan.

Malangnya Mamat menegaskan, dirinya sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas isterinya itu.

Mamat memberitahu dia sebenarnya bukan berdendam tetapi sehingga kini telinganya masih terngiang-ngiang segala cercaan serta makian yang pernah dihamburkan oleh bekas isterinya itu.

Walaupun tidak pernah ambil peduli lagi akan kehidupan bekas isterinya selepas mereka bercerai, Mamat mendapat tahu bahawa bekas isterinya kini terkontang-kanting ditinggalkan oleh setiap teman lelakinya apabila telah mendapat teman wanita lain.

“Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dalam hal saya ini Allah ingin menunjukkan saya sesuatu.

“Mula-mula teman lelakinya meninggalkannya untuk seorang wanita lain dan selepas ini tidak tahu pula apa yang akan berlaku.

“Cuma satu  yang saya harapkan agar dia segera bertaubat dan menginsafi dengan apa yang telah berlaku sebelum semuanya terlambat kerana ajal maut kita tidak boleh jangka,” beritahu Mamat sebelum mengakhiri bicara-katak