Thursday, 1 May 2014

GADIS SUNTI PALESTIN YANG SANGAT BERANI!!!ALLAHUAKBAR!!!

Video Keberanian Adik Ahed Menumbuk Tentera Israel


Pada 28 November lalu, seorang kanak-kanak perempuan Palestin mengejutkan dunia apabila klip videonya berhadapan tentera ganas Israel tersebar dalam Youtube.
Anda saksikan sendiri bagaimana garangnya adik Ahed Tamimi, 10, yang langsung tidak menghiraukan kehadiran dengan rejim tentera Zionis di depannya.
Malah dengan tanpa rasa takut, dia mencabar anggota tersebut termasuk MENUMBUK anggota-anggota tentera Israel yang lengkap bersenjatakan rifel automatik M-16.
Paling hebat, walaupun dikejutkan dengan balingan bom asap, Ahed tak hirau malah menjadi SEMAKIN GARANG!
Disebabkan keberaniannya itu, adik Ahed disambut bagi wira sewaktu dijemput untuk ke Turki baru-baru ini.
Ketika ditanya wartawan yang mengerumuninya, Ahed dengan tegas menjawab:
” Saya tidak takut langsung dengan mereka (tentera Israel). Saya nak tunjukkan keberanian rakyat Palestin!,” katanya sambil tak putus-putus menunjukkan simbol kemenangan di jarinya.
Hebat, Allahu Akbar!




Sebab-Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita!!!





Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. 


Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. 

Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan. 


Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,

Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

Jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

HANTU PUN DAH PANDAI SELFIE!!! JAGA-JAGA!!!



Seram! Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Selfie atau mengambil gambar sendiri kini menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira usia, di seluruh dunia.
Gambar Selfie Rakam Imej Hantu
Tapi siapa sangka, trend ini turut diikut oleh ‘makhluk lain‘. Tak percaya?
Saksikan gambar di bawah dan penerangannya:
Gambar Selfie Rakam Imej Hantu! [2]
Beberapa bulan lalu sepupu kepada kawan saya membeli sebuah telefon bimbit baru. Satu hari selepas balik kerja dia meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu mula menonton televisyen.

Anaknya datang lalu meminta untuk bermain dengan telefon bimbit tersebut. Dia membenarkan dengan syarat jangan menelefon sesiapa atau membuka mesej.

Sekitar 11.20 malam dia mula berasa mengantuk lalu ke bilik anaknya untuk memeriksa, dan anaknya tiada di situ.

Rupa-rupanya si anak tertidur dalam biliknya dengan telefon masih di tangan. Dia mula memeriksa jika ada perubahan dilakukan anaknya pada telefon bimbit.

Didapati, hanya perubahan kecil dilakukan seperti menukar gambar latar. Seterusnya dia membuka bahagian ‘Pictures’ dan mula memadam gambar-gambar yang diambil. Hinggalah apabila tiba di gambar terakhir, dia tersentak…

Gambar itu menunjukkan anaknya sedang tidur di atas katil tetapi diambil oleh ‘orang lain’. Separuh daripada wajah pengambil dapat dilihat dan menyerupai wajah perempuan tua!
Seram tak?
Kewujudan makhluk selain manusia memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tapi sama ada gambar dan cerita di atas benar, Wallahu’alam.

DEMI ISLAM UMNO DAN PAS WAJIB BERSATU!!!


DEMI ALLAH: PENYATUAN UMNO-PAS DISOKONG




Tindakan kerajaan negeri Kelantan yang 
ingin melaksanakan Hudud di negeri tersebut 
telah menimbulkan satu polemik baru di 
dalam pentadbiran negara.

Tetapi malang sekali bagi pihak PAS 
apabila rancangan untuk melaksanakan 
Hudud itu telah ditentang rakan sekutu 
mereka dalam Pakatan Rakyat sendiri.

DAP melalui mendiang Karpal Singh sebelum 
ini dengan lantangnya menegaskan bahawa 
Hudud yang cuba diketengahkan PAS adalah 
satu perkara yang sia-sia kerana beliau dan 
pemimpin DAP yang lain akan memastikan 
Hudud tidak akan dapat dilaksanakan dengan 
alasan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Selepas kematian beliau,legasi itu diteruskan 
oleh beberapa pemimpin yang lain. Mereka 
tetap dengan pendirian bahawa PAS yang 
memenangi kerusi paling sikit dalam 
gabungan Pakatan Rakyat harus akur dengan 
kemahuan DAP tentang isu Hudud sehingga 
DAP melobi pemimpin bukan Islam dari 
komponen BN untuk turut menentang hudud 
PAS.

Bagi PKR pula, demi sokongan kaum Cina 
kepada pembangkang, mereka bersetuju 
bahawa Hudud ini buka satu jalan yang bijak 
serta menegaskan bahawa Hudud ini tiada 
termaktub dalam Buku Jingga serta 
perlaksanaannya tidak harus dilakukan di 
Kelantan.



Melihat kepada penentangan dan bersatunya 
bukan Islam dalam penolakan hukum Hudud 
ini, ISMA selaku NGO Islam profesional 
berpendapat sudah masanya umat Islam bersatu 
dari membiarkan bukan Islam atau puak kafir dari 
membuat keputusan menentukan masa depan 
agenda Islam.

Melalui presidennya, Abdullah Zaik Abd 
Rahman dalam satu kenyataan media 
menegaskan bahawa umat Islam harus 
bangkit dalam hal ini kerana kita tidak 
boleh membiarkan mereka(bukan Islam) 
memainkan peranan negatif dalam kedudukan 
orang Islam di Malaysia.

"Sikap orang kafir yang lantang menentang 
hudud adalah satu tindakan di luar batas hak mereka". 
"Mereka tidak boleh memainkan peranan negatif sama 
ada menentang atau menghalang cita-cita yang boleh 
mengangkat kedudukan Islam dan orang Islam di 
Malaysia,” tegas Abdullah Zaik.

Sementara itu, melalui biro politiknya Ustaz 
Mohd Hazizi, ISMA berpendapat sudah 
sampainya UMNO dan PAS menghentikan 
persaingan politik kepartian yang merugikan 
dan seharusnya mengfokuskan kepada 
penyatuan umat demi kemajuan Islam yang 
kini diasak teruk oleh segelintir pihak yang 
bukan Islam.

“ISMA melihat secara positif sokongan 
terbuka pimpinan tertinggi UMNO terhadap 
pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan. 
Di saat perpecahan umat Islam kepada dua 
blok politik kepartian yang merugikan, 
sebarang persepakatan atas isu-isu 
kepentingan umat Islam adalah amat dialu-
alukan,” ujar beliau.

Merujuk isu ini, beberapa pihak dari Pakatan 
Rakyat sebelum ini jelas kurang senang 
dengan sokongan yang ditunjukkan UMNO 
kepada PAS sehingga pelbagai cercaan dan 
fitnah diwujudkan sehingga ada pihak 
mendesak agar Hadi Awang melupakan 
sokongan dari pihak UMNO yang kononya 
berniat jahat..
-UtaraNews.

SEJUK MATA MEMANDANG,SEDAP TELINGA MENDENGAR!!!


Alhamdulillah: NIK AZIZ terima cadangan UMNO




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz 
Nik Mat menyambut baik cadangan Umno 
untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal 
hudud di peringkat kebangsaan bagi 
membolehkan pelaksanaan Enakmen Kanun 
Jenayah Syariah (II) 1993 lebih difahami 
sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.

Beliau bagaimanapun, enggan campur 
tangan dalam urusan teknikal, walaupun 
mengakui pelaksanaannya perlu 
kepada jawatankuasa teknikal.

“Masalah teknikal bukan kerja saya, saya hanya 
sebut masalah dasar, bagaimana dasar ini 
hendak dilaksanakan, ia perlu kepada teknikal.

“Saya tidak suka masuk campur dalam 
urusan teknikal, terserah kepada pihak 
berkenaan tapi saya menyambut baik 
cadangan itu, saya gembira kerana 
hudud yang dulunya ditentang, kini 
diterima,” katanya mengulas kenyataan 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin berhubung cadangan 
Umno mewujudkan sebuah jawatankuasa 
teknikal mengenai hudud di peringkat 
kebangsaan. 

Kredit: Unit Komunikasi Menteri Besar KELANTAN