DAP Anti Islam ?
_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
1. Kerajaan bagi laluan kepada PAS
membentangkan usul pindaan Akta 355
di parlimen, apakah PAS akan bergabung
dengan UMNO selepas ini ? Apakah PAS
akan bentuk UG selepas ini ? Apakah PAS
akan deal dengan UMNO untuk PRK Sungai
Besar dan Kuala Kangsar bagai yang
dikata ?
2. Sebetulnya inilah dendangan lagu dan
lirik lama yang dikumandangkan sejak
bertahun tahun yang lalu dalam pelbagai
genre. Sesekali didendang dengan genre
rock dan sesekali dengan genre dangdut
dan sesekali yang lain pula didendangkan
dengan genre melayu asli bagi mengelak
kebosanan masyarakat dengan lagu dan
lirik yang lama dan sama.
3. Sebelum wujudnya isu Pindaan Akta
355 ini, isu PAS bergabung dengan UMNO
telah didendangkan sekian lama oleh
samseng-samseng politik. Tanpa pedulikan
fakta dan kebenaran, mereka gembira dan
puas dengan fitnah yang mereka cipta.
Apabila timbul isu pindaan Akta 355 maka
sekali lagi mereka tukar genre untuk
didendang buat kesekian kalinya.
4. Realitinya, Inilah kematangan politik
yang didambakan selama ini. Sebelum ini
kita mempersoalkan sukarnya RUU
Persendirian diangkat ke parlimen. Kita
mahu transformasi parlimen dilakukan.
Nah kini ianya berlaku, maka kenapa masih
ada yang terpinga-pinga ? Kenapa fitnah
PAS kononnya PAS telah bergabung
dengan UMNO ?
5. Ada pula yang kehairanan, kenapa PAS
boleh sambut kerjasama UMNO sedang
UMNO adalah kerajaan dan PAS adalah
pembangkang ? Tidak sukar memahami
situasi ini bagi mereka yang berilmu dan
mengamalkan politik matang dan
sejahtera.
Inilah bentuk _ta'awun_ (kerjasama)
yang dianjurkan oleh Islam dan menjadi
sebahagian dari amalan politik matang
dan sejahtera. Firman Allah swt :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
_Dan hendaklah kamu berkerjasama atas
urusan melaksanakan kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu berkerja
sama pada melakukan dosa (maksiat)
dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada
Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
Berat azab seksaNya._
Surah Al Maaidah : Ayat 2
6. Saya lihat DAP dan PAN telah kehabisan
idea untuk mendepani PAS. Mereka mula
meracau tidak ketentuan hala.
Isu sepenting ini pun mereka gagal untuk
memahaminya semata-mata kerana ia
datang dari PAS.
7. Walhal pindaan Akta 355 adalah
bertujuan untuk memperkasa Mahkamah
Syariah. Tentu sekali ia tidak ada kena
mengena dengan pihak non muslim.
Selayaknya DAP usah campur urusan
ummat Islam atau mereka sememangnya
sedang berusaha bagi membuktikan
kepada umum bahawa mereka benar
-benar anti Islam ?
8. Biarlah bagaimana halangan dan
rintangan, insyaallah PAS tidak akan
berhenti untuk berjuang. Kejayaan
membentang usul Pindaan Akta 355
di parlimen hanyalah satu langkah
melewati garis mula. Sedang perjalanan
masih berliku dan destinasi masih jauh.
Perlukan kesabaran dan kesungguhan
yang tidak sedikit. Sabar menerima
kritikan dan maki hamun dari pihak
yang memusuhi serta bersungguh-sungguh
mendepani cabaran, halangan dan sabotaj.
9. Semua pihak khasnya pemimpin ummat
Islam samada dari pihak kerajaan mahu
pun pembangkang mestilah mempunyai
kesedaran iman dan kemahuan politik yang
tinggi terhadap usaha untuk memperkasa
kan Institusi Syariah di Malaysia.
10. Teruskan berjuang, lipat ganda usaha
dakwah kepada semua lapisan masyarakat
termasuk kepada non muslim dan banyakkan
munajat kepada Allah swt. Jangan dilayan
sangat kemuncup di stokin. Firman Allah
swt :
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
_Laksanakan apa yang Allah swt perintah
dan usah pedulilah perancangan dan
bantahan golongan musyrikin (berpalinglah
dari mereka)_
Surah Al Hijr : Ayat 94
Sekian
KD
HAKIKAT SEBENARNYA DAP BUKANLAH
MENENTANG AKTA 355 MAHUPUN HUDUD
BERSANDARKAN SUDUT AGAMA.
DAP MENENTANG ITU SEMUA ATAS SEBAB
FAKTOR EKONOMI.SEMUA ORANG TAHU DAP
DIDOKONGI TAUKEH JUDI DAN MAKSIAT
NAFSU SYAHWAT.
TERLAKSANA DAN BERKUATKUASANYA
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
AKAN MEMBERI KESAN BURUK KEPADA
PERNIAGAAN TAUKEH-TAUKEH TERSEBUT.
GANGGUAN EKONOMI INI TAK BOLEH
DITERIMA OLEH GOLONGAN KAFIR INI.
SEBAB ITU DAP MENENTANG KERAS.INI
DIKUATKAN LAGI DENGAN BANTAHAN
PARTI KOMPONEN BN SENDIRI.SUDAH
TENTULAH MEREKA MAHU MENJAGA
KEPENTINGAN BANGSA MEREKA SENDIRI.
SERUPALAH JUGA DENGAN APA YANG
DILAKUKAN OLEH ABU JAHAL TERHADAP
NABI S.A.W.
ABU JAHAL MENENTANG ISLAM BUKANBUKAN
KERANA BENCIKAN ISLAM ATAU NABI
SENDIRI TETAPI BIMBANG PERNIAGAAN
PERJUDIAN DAN PELACURAN YANG DIUSAHA
KANNYA AKAN BERKUBUR!!!
DAP BUKAN ANTI ISLAM TETAPI
BERPERANGAI MACAM ABU JAHAL!!!
PEMIMPIN PAN YANG TAK SOKONG HUDUD
PAS ADALAH KERANA MEREKA JUGA
BERKETURUNAN ABU JAHAL!!!
No comments:
Post a Comment