Monday, 6 June 2016

RUU Syariah: Inilah Beza Antara Najib Dan Mahathir!!!



Bila diluluskan saja usul Rang Undang-Undang 
(RUU) untuk meminda Akta 355 berkaitan 
kuasa Mahkamah Syariah yang dibentang 
Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang, 
ramai yang 'meroyan' tidak tentu hala, 
terutama parti politik seperti DAP, MCA dan 
Gerakan.

Jika dilihat pada pola kaum di dalam parti 
politik yang bising tentang RUU tersebut, 
majoriti ahlinya adalah berbangsa Cina. 
Yang peliknya, parti yang majoriti mewakili 
kaum India tidak kecoh pun seperti mereka. 
Itu beza antara kaum Cina dan India di 
Malaysia?

Kenapa agaknya kaum Cina ini membantah 
dan tidak suka pada RUU yang dibentang 
Abdul Hadi itu? Kerana ia berkaitan soal 
usaha melaksanakan hukum Hudud di 
Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, dan 
kemudian mungkin dilaksanakan di negeri
-negeri lain di seluruh negara?

Apa pula kaitan masyarakat Cina dengan 
Mahkamah Syariah? Pernahkah mereka 
didakwa atau dibicara di mana-mana 
Mahkamah Syariah di negara kita? Tidak 
pernah, bukan? Kerana hanya umat Islam 
sahaja yang tertakluk di bawah kuasa 
Mahkamah Syariah, bukan?

Apakah Cina-Cina ini beragama Islam? 
Datuk Dr Ridhuan Tee mungkin benar 
beliau merupakan orang Cina yang 
beragama Islam. Namun beliau sokong 
pembentangan RUU yang bakal membuka 
jalan pada perlaksanaan hudud tersebut 
di Mahkamah Syariah. Apa masalahnya?

Pada pandangan penulis, sebelum ini 
beberapa pihak telah bertindak menakut
-nakutkan rakyat di negara ini berkenaan 
hukum hudud. Maaflah jika penulis tegaskan 
bahawa UMNO dulu pun pernah mengambil 
pendekatan yang sama.

Hudud sudah beberapa kali diusul kepada 
Kerajaan Pusat dulu ketika Mahathir 
Mohamad menjadi Perdana Menteri. Dia 
menolak usul hudud yang dibentang PAS 
dulu atas alasan, ia 'tidak adil'. Dia menolak
nya mentah-mentah, tanpa sebarang 
justifikasi membina.

Malah pada suatu ketika, Mahathir 
memperlekeh usaha PAS itu dengan 
mendakwa ia merupakan 'hudud PAS' 
dan bukannya 'hudud Allah'. Ada tikanya 
pula, konco-konconya pertikai pula 
hukuman rejam dan sebat yang dikatakan 
'kejam' dan 'zalim' untuk dilaksanakan.

Pada pandangan penulis, pendekatan Mahathir 
itu amat memalukan bagi seorang yang 
mengaku beragama Islam. Mungkin benar 
draf hudud yang dibentang PAS itu tidak 
sempurna dan perlu ditolak. Namun 
Mahathir langsung tidak menyediakan 
sebarang platform kepada PAS untuk 
mengkaji bersama draf berkenaan, demi 
kepentingan tertegaknya undang-undang 
Islam di Malaysia.

Di negara kita, memang terdapat beberapa 
hukuman bagi kes jenayah di Mahkamah 
Syariah yang dikhaskan untuk umat Islam. 
Di dalamnya terdapat undang-undang 
berkenaan takzir, diyat, qisas dan sebahagian 
hudud yang masih tidak lengkap serta tidak 
menepati maqasidnya.

Enakmen seperti itulah yang perlu dipinda 
bagi mendatangkan rasa patuh, takut dan 
hormat pada ketetapan hukum Allah supaya 
tidak melakukan perkara dosa di kalangan 
umat Islam di Malaysia.

Sebagai contoh, kerana hukuman khalwat 
yang terlalu ringan, maka umat Islam di 
negara ini ramai yang berani berkhalwat 
khususnya di kalangan remaja Islam 
sehingga ada yang melahirkan anak luar 
nikah. Seterusnya, penyakit seperti inilah 
yang menjejaskan lagi akhlak umat Islam 
ke arah maksiat dan pembuangan bayi 
yang tidak berkesudahan.

Mujurlah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib 
Tun Razak mempunyai pendekatan yang 
tidak sama seperti Mahathir. Benar beliau 
menolak 'hudud PAS', namun dijemputnya 
ulama-ulama PAS itu untuk duduk semeja 
dengan ulama muktabar negara untuk 
mengkaji, merangka dan membincangkan 
draf pindaan syariah yang lebih menyeluruh.

Pada pandangan penulis, di zaman 
Mahathirlah segala puncanya. Hudud di 
zaman beliau telah sengaja disalah 
tafsirkan mengikut nafsu politik sehingga 
dipandang serong oleh masyarakat Cina. 
Ditambah 'perisa' pula oleh DAP yang 
mempengaruhi masyarakat Cina, padanlah 
MCA dan Gerakan pun terikut-ikut dengan 
mereka.

Hukum Syariah bukan soal politik, ia 
adalah soal Islam dan hukum Allah. Ia 
menjangkaui pemikiran jumud Mahathir 
yang mahu berpolitik 24 jam seumur 
hidupnya. Entah siapalah yang 'punahsihat 
Mahathir' ketika itu, mungkinkah 'Sister In 
Islam' yang dikendalikan anaknya? 
Amir Hamzah/Utaranews.com

8 comments:

Anonymous said...

Stupid

Anonymous said...

Beza Antara Najib dan Mahathir.

Seorang mengaku menerima duit masuk account sendiri setelah pecah lubang DAN MEMPERKENALKAN GST.

Seorang lagi tak buat seperti di atas.

Anonymous said...

Assalam Bro,cuba kita imbas kembali penjelasan Tun M mengenai hudud yang pernah cuba dibentangkan oleh PAS ketika itu.Kalau diteliti memang banyak kelemahannya yang akhirnya akan memalukan orang Islam sendiri.Penolakan Tun M memang ada benarnya........

Anonymous said...

setakat usul RUU demi politik dunia yg cetek,tak payah nak heboh2.smua kerana agenda politik masing2.kau tolong aku,aku tolong kau.akhir kata hukum islam dilacurkan.

Anonymous said...


Apa ada pada Islam hari-hari gaduh.

Ikut macam kami Budha, Kristian, Hindu tak gaduh pun. Hebat apa, jika hari-hari gaduh

Anonymous said...

Awak nak cerita Tun tak terima Hukum tuhan. Awak, penulis, memang kurang sedikit pandai

Anonymous said...

Najib ibarat orang yg kelemasan,orang yg lemas akan berbuat apa saja untuk menyelamatkan diri,sehingga sanggup berpaut pada najis,dalam kes 1 mdb,seluruh dunia tahu akan aktiviti money laoundering najib,sekarang hanya menunggu masa siasatan beberapa negeri.Disebabkan najib di kontrol oleh bininya,yg serba mewah,dan selalu inginkan kemewahan yg tak henti-henti,walaupun negara kita gawat ekonomi.Terpaksa ikut cakap bini,najib beragama islam,najib tahu islam boleh bertaubat,dan dia tahu Hadi adalah pemimpin pas yg paling lemah,dgn mengunakan islam,najib mengunakan hadi sebagai tempat bertaut,demi survival politiknya.Manakala hadi saorang individu inginkan sangat kemuliaan tanpa "bersusah payah"mengambil kesempatan ini,tanpa mengambil kira,perbuatan jahat najib,yg ingin gunakan islam yg dibawa hadi sebagai cover up dirinya.Apakah nanti,hudud yg dicita-citakan hadi berjaya,sedangkan segala keburukkan yg dibuat oleh najib,diarkan begitu sahaja.Takut2 jadi macam hudud brunei,hudud yg berpilihpilih,golongan elite tak kena,cuma rakyat marhaen sahaja.

Anonymous said...

beza najib dengan mahadir ko nk beza mcm tu xyah arr...ko sendiri dapat tengok negara kita ni..memang nama negara islam..aku malas nk bahas panjang2 la...sikit je aku nk cakap..GST dan duit skarng...ko ingat dua benda tu ?ko cakap najib kira PRO la dalam islam..ko tengok dan kau rasa x? GST yang dia lancarkan?cukai!!! ko tau x islam xperlu cukai sebegitu sbb kita dh ada cukai islam contohnya zakat..n satu lagi ko cakap najib better than mahadir?..ko tengok ada pembangunan x?duit jatuh ada la..nk beli barang lua negara pun ssh dh sekarang....semoga sedar dari tidur yg lena bro