Tuesday, 29 April 2014

Anak Pelacur Dikahwinkan Beramai-Ramai Di India.


Di India, kegiatan pelacuran telah menjadi 

sebuah kegiatan ekonomi yang terbesar di 
negara tersebut..Berikutan itu, masalah sosial 
yang lain turut berlaku iaitu lambakan anak-
anak hasil kegiatan pelacuran ini..Oleh itu, 
bagi menyelamatkan nasib anak-anak malang 
ini, sebuah tindakan drastik telah pun 
diambil..Kalau nak tahu apa dia, meh baca 
kat bawah ni.. 














Satu majlis besar-besaran perkahwinan dan 
pertunangan telah diadakan di sebuah kampung 
di negeri Gujarat India untuk anak-anak perempuan
pekerja seks di bawah pelan untuk menyelamatkan 
mereka daripada menjadi pekerja seks.Acara ini 
dianjurkan oleh Vicharta Samuday Samarthan di 
Manch(VSSM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan 
yang bekerjasama dengan masyarakat terpinggir 
nomad.

Jurucakap VSSM berkata tiada siapa sebelum ini 
yang mahu mengahwini seorang gadis dari Vadia 
kerana orang-orang lelaki di kampung ini dikenali 
kerana membuat duit melalui kerja pelacuran wanita.
Aktiviti sosial yang dianjurkan ini menelan 
belanja 900,000 rupee ($ 18,000) dan dikatakan 
bakal menamatkan perdagangan wanita di kampung 
Vadia.

Tujuh pasangan yang telah dikahwinkan dan 15 
yang lain terlibat dalam acara pertunangan pada 
hari Ahad di kampung Vadia dalam daerah 
Banaskantha. Vadia sering dipanggil "kampung pelacur".
Pengantin selalunya berumur 18 tahun 
ke atas.Acara pertunangan pula untuk mereka 
yang berumur 18 ke bawah.Setelah berkahwin, 
perempuan-perempuan ini tidak boleh dipaksa 
melacur.

Sebelum ini, gadis-gadis yang datang dari 
masyarakat Saraniya (gadis asal Vadia) tidak 
berkahwin dan bekerja sebagai pelacur di 
bandar-bandar yang berdekatan. 




















Sumber: MalaysianTabloid

p/s: Dengan kesempitan hidup, pelacuran 
sahaja menjadi jalan penyelesaian untuk 
mencari makan..

BETINA BERSIAR-SIAR DENGAN ANJING JANTAN!

Di Rakam Berjalan Sambil Bawa Lelaki Macam Anjing.




Seorang wanita kelihatan berjalan dengan seorang lelaki di Farringdon, London. Yang membuatnya kelihatan aneh adalah, lelaki itu berjalan merangkak seperti anjing dan di lehernya diikat tali yang dibawa oleh sang wanita. Tak siapa yang tahu siapa lelaki dan wanita berbaju itu. 

Tidak ada penjelasan apakah memang benar-benar berlaku. Hal ini menjadi tontonan yang membuat orang lain tercengang melihat dengan kedua orang ini. meski pun begitu, foto dan video mereka sudah tersebar luas di dunia maya. 

Ada yang menduga mungkin lelaki ini kalah taruhan. Ada juga Youtuber yang meneka kemungkinan dia kantoi bersama wanita lain dan tengah dihukum. 


Penjelasannya masih menjadi misteri. Namun tentu saja pemandangan tersebut menimbulkan keresahan bagi beberapa orang, kerana perlakuan yang kurang elok dilihat di depan umum ini.

JANGAN GUNAKAN TELEFON SEWAKTU SEDANG DI CHARGE!!!


AKIBAT MENGUNAKAN TELEFON SEWAKTU SEDANG DI CHARGE.

Dahsyat tak sangka kemalangan seperti ini boleh berlaku dan sangat berbahaya. Dimana kejadian seperti ini telah meragut jiwa seorang lelaki yang menggunakan handphone sewaktu handphone tersebut di Charge.


Saksikan gambar di bawah ini dan kisah tersebut....

AWAS!

1. "Jangan charge handphone anda semalaman dan JANGAN diletakkan dekat dengan anda ketika mencharge."

2. "Jangan korang menjawab panggilan masuk ke handphone  sewaktu sedang di charge!!"



 Ada satu kes kemalangan dimana, seorang lelaki sedang mencharge handphone di rumahnya. Pada waktu yang sama, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya sewaktu handphone tersebut masih tersambung dengan wayar charger yang mengalirkan arus elektrik.

Setelah beberapa saat, arus elektrik masuk ke handphone tersebut tanpa disedari dan lelaki tersebut tersebut terlempar ke lantai dengan kerasnya. Family nya bergegas masuk ke bilik lelaki tersebut dan mendapati lelaki tersebut pengsan, dengan  jantung yang lemah dan jari terbakar.

Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi "nyawanya sudah tak tertolong lagi" ketika sampai di hospital.

Disebabkan kejadian tersebut lelaki tu Mati...


Dengan itu  dinasihatkan juga kau orang berhati-hati lah sewaktu menggunakan barangan elektrik, dan kalau kau orang nak tau Laptop juga mempunyai potensi untuk berlaku seperti ini-TAOTAUAJER.

AL GORE YANG MEROSAKKAN,OBAMA YANG MEMBAIKINYA!!!


OBAMA & AMERIKA IKTIRAF MALAYSIA 
SEBAGAI SEBUAH NEGARA DEMOKRASI..














Lawatan rasmi Presiden Amerika, Barack Hussein 
Obama, sekaligus bermakna Presiden dan kerajaan 
Amerika Syarikat mengiktiraf kerajaan Barisan 
Nasional (BN) sebagai kerajaan yang sah 
memerintah Malaysia mewakili semua 
rakyat Malaysia..












Sekaligus bermakna Presiden dan kerajaan Amerika 
iktiraf bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

Kalau tidak masakan Presiden Amerika ini mahu 
melawat Malaysia dan menemui pemimpin2 
kerajaan BN.

Pemimpin-pemimpin dan macai-macai Pakatan 
LGBT a.k.a PR pasti tak dapat terima hakikat ini. 


Wartawan Australia Jatuhkan 

Maruah Anwar di Hadapan Obama


Apabila seorang wartawan Australia bertanya  
kepada Presiden Amerika Syarikat  Obama 
tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua 
Pembangkang Anwar Ibrahim termasuk dalam 
soal kes liwatnya  maka tentunya Anwar 
melompat  dengan kegembiraan.

Tetapi bagaimanapun jawapan Obama dan 
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam 
sidang akhbar bersama yang disiarkan secara 
langsung ke seluruh dunia telah menyebabkan 
kegembiraan itu terhenti tiba tiba, Anwar jatuh 
tertunduk malu, kecewa dan marah kerana  
pertanyaan itu telah memberi peluang kepada 
Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.
Lebih menyakitkan hatinya ialah apabila 
Obama menyatakan keyakinan kepada Najib 
sebagai seorang Refomer.

Najib menjelaskan bukan kerajaan Malaysia  
yang mengambil tindakan terhadap Anwar 
Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh  
bekas kakitangannya sendiri dan kerajaan 
Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan 
menghormati hak asasi manusia tidak berhak 
untuk menyekatnya dan membiarkan proses 
keadilan berlaku  dan menyerahkan kepada 
keputusan mahkamah.

Jawapan Obama selain dari menerima Najib 
sebagai seorang Reformer  telah menyatakan 
keyakinan bahawa Najib akan dapat memperbaiki  
lagi  kekurangan kekurangan perjalanan 
demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

Oleh kerana sidang akhbar itu disiarkan secara 
langsung keseluruh  dunia setelah pertemuan 
yang mengambil masa lebih lama dari yang 
dijadualkan  antara keduapemimpin negara besar 
dan kecil itu yang menunjukkan minat dan 
keyakinan  Obama kepada Najib maka tidak 
syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan 
wartawan Australia itu  telah  mencedera parahkan 
imej Anwar ke taraf  yang sangat rendah.

Hasrat wartawan itu hendak membangkitkan  
pembelaaan bekas Naib Presiden Amerika Al Gore 
terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya  
dahulu, ternyata salah perhitungan  sebaliknya 
menyerlahkan kesopanan dan penghormatan 
Obama   kepada rakyat Malaysia berbanding 
dengan sikap biadap Al Gore terhadap  rakyat 
Malaysia yang  meninggalkan sejarah hitam 
dalam   hubungan Malaysia dengan Amerika 
Syarikat.

Lawatan  Obama  yang  jelas menampakan 
keriangannya   selama berada di Malaysia dan 
kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah  
membina semula  kerosakan hubungan antara 
Malaysia dan Amerika Syarikat yang dilakukan  
oleh Al Gore.-melayuberwawasan.

MENYANJUNG DAN MEMUJI ORANG SALAH TEMPAT!!!

Kenapa melayu pakatan jadi macam ni ..? Seagama sebangsa dicaci maki secukupnya tetapi dengan kafir harbi disanjungi..dimana ya boleh golongan munafik.....



MENYANJUNG DAN MEMUJI ORANG TANPA DIKETAHUI KEADAAN SEBENARNYA


Sanjungan dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan perkataannya.Akan tetapi sanjungan dan pujian yang baik dan ikhlas terhadap sesama muslim adalah dibolehkan dalam islam.

Namun demikian,sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak sesuai dengan kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam islam dan tergolong amalan orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim.

Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai umat islam menyanjung dan memuji orang-orang yang ingkar kepadanya seperti orang kafir,munafik dan fasik kerana boleh menambahkan kesombongan dan keingkaran mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t marah apabila orang fasik dipuji."
(HR.Ibnu Abiddunya dan Baihaqi).

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu."
(HR.Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata.

Kemudian datang Malaikulmaut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah." 

Maka tersebar disemua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: 

"Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?" 

Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. 

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath." 

(Yang Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum."

Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat "Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq." 


(Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam."

Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?" 


Maka dijawab: "Saya tidak tahu". 

Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" 

Maka dijawab: "Saya tidak tahu" 

Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" 

Dijawab: "Saya tidak tahu". 

Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" 

Maka dijawab: "Saya tidak tahu" 

Maka terdengar suara seruan dari langit: 

"Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya.

Kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu." 

Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang jelek." 

Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat."