Monday, 6 June 2016

RUU Syariah: Inilah Beza Antara Najib Dan Mahathir!!!



Bila diluluskan saja usul Rang Undang-Undang 
(RUU) untuk meminda Akta 355 berkaitan 
kuasa Mahkamah Syariah yang dibentang 
Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang, 
ramai yang 'meroyan' tidak tentu hala, 
terutama parti politik seperti DAP, MCA dan 
Gerakan.

Jika dilihat pada pola kaum di dalam parti 
politik yang bising tentang RUU tersebut, 
majoriti ahlinya adalah berbangsa Cina. 
Yang peliknya, parti yang majoriti mewakili 
kaum India tidak kecoh pun seperti mereka. 
Itu beza antara kaum Cina dan India di 
Malaysia?

Kenapa agaknya kaum Cina ini membantah 
dan tidak suka pada RUU yang dibentang 
Abdul Hadi itu? Kerana ia berkaitan soal 
usaha melaksanakan hukum Hudud di 
Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, dan 
kemudian mungkin dilaksanakan di negeri
-negeri lain di seluruh negara?

Apa pula kaitan masyarakat Cina dengan 
Mahkamah Syariah? Pernahkah mereka 
didakwa atau dibicara di mana-mana 
Mahkamah Syariah di negara kita? Tidak 
pernah, bukan? Kerana hanya umat Islam 
sahaja yang tertakluk di bawah kuasa 
Mahkamah Syariah, bukan?

Apakah Cina-Cina ini beragama Islam? 
Datuk Dr Ridhuan Tee mungkin benar 
beliau merupakan orang Cina yang 
beragama Islam. Namun beliau sokong 
pembentangan RUU yang bakal membuka 
jalan pada perlaksanaan hudud tersebut 
di Mahkamah Syariah. Apa masalahnya?

Pada pandangan penulis, sebelum ini 
beberapa pihak telah bertindak menakut
-nakutkan rakyat di negara ini berkenaan 
hukum hudud. Maaflah jika penulis tegaskan 
bahawa UMNO dulu pun pernah mengambil 
pendekatan yang sama.

Hudud sudah beberapa kali diusul kepada 
Kerajaan Pusat dulu ketika Mahathir 
Mohamad menjadi Perdana Menteri. Dia 
menolak usul hudud yang dibentang PAS 
dulu atas alasan, ia 'tidak adil'. Dia menolak
nya mentah-mentah, tanpa sebarang 
justifikasi membina.

Malah pada suatu ketika, Mahathir 
memperlekeh usaha PAS itu dengan 
mendakwa ia merupakan 'hudud PAS' 
dan bukannya 'hudud Allah'. Ada tikanya 
pula, konco-konconya pertikai pula 
hukuman rejam dan sebat yang dikatakan 
'kejam' dan 'zalim' untuk dilaksanakan.

Pada pandangan penulis, pendekatan Mahathir 
itu amat memalukan bagi seorang yang 
mengaku beragama Islam. Mungkin benar 
draf hudud yang dibentang PAS itu tidak 
sempurna dan perlu ditolak. Namun 
Mahathir langsung tidak menyediakan 
sebarang platform kepada PAS untuk 
mengkaji bersama draf berkenaan, demi 
kepentingan tertegaknya undang-undang 
Islam di Malaysia.

Di negara kita, memang terdapat beberapa 
hukuman bagi kes jenayah di Mahkamah 
Syariah yang dikhaskan untuk umat Islam. 
Di dalamnya terdapat undang-undang 
berkenaan takzir, diyat, qisas dan sebahagian 
hudud yang masih tidak lengkap serta tidak 
menepati maqasidnya.

Enakmen seperti itulah yang perlu dipinda 
bagi mendatangkan rasa patuh, takut dan 
hormat pada ketetapan hukum Allah supaya 
tidak melakukan perkara dosa di kalangan 
umat Islam di Malaysia.

Sebagai contoh, kerana hukuman khalwat 
yang terlalu ringan, maka umat Islam di 
negara ini ramai yang berani berkhalwat 
khususnya di kalangan remaja Islam 
sehingga ada yang melahirkan anak luar 
nikah. Seterusnya, penyakit seperti inilah 
yang menjejaskan lagi akhlak umat Islam 
ke arah maksiat dan pembuangan bayi 
yang tidak berkesudahan.

Mujurlah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib 
Tun Razak mempunyai pendekatan yang 
tidak sama seperti Mahathir. Benar beliau 
menolak 'hudud PAS', namun dijemputnya 
ulama-ulama PAS itu untuk duduk semeja 
dengan ulama muktabar negara untuk 
mengkaji, merangka dan membincangkan 
draf pindaan syariah yang lebih menyeluruh.

Pada pandangan penulis, di zaman 
Mahathirlah segala puncanya. Hudud di 
zaman beliau telah sengaja disalah 
tafsirkan mengikut nafsu politik sehingga 
dipandang serong oleh masyarakat Cina. 
Ditambah 'perisa' pula oleh DAP yang 
mempengaruhi masyarakat Cina, padanlah 
MCA dan Gerakan pun terikut-ikut dengan 
mereka.

Hukum Syariah bukan soal politik, ia 
adalah soal Islam dan hukum Allah. Ia 
menjangkaui pemikiran jumud Mahathir 
yang mahu berpolitik 24 jam seumur 
hidupnya. Entah siapalah yang 'punahsihat 
Mahathir' ketika itu, mungkinkah 'Sister In 
Islam' yang dikendalikan anaknya? 
Amir Hamzah/Utaranews.com

BERSIAPLAH UNTUK MATI !!!




Tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-


Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. 

Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. 


Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu 
yang baru, KUBURAN.


Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan 
mereka akan meninggalkan pekerjaannya 

untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak 
yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada 
suatu hari.....


Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. 
Jika keluargamu setuju barang-barang 

itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.


Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan 

bersedih dengan kepergianmu. Kehidupan akan 
tetap berlangsung! 


Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan 
kamu yang akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN 
untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!


Kesedihan atas mu ada 3.



1. Orang yang mengenalmu sekilas akan 

mengatakan, kasihan.


2. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam 

atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti 
sediakala dan tertawa tawa!


3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! 

Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..


Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah

-tengah manusia". 


Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . 


Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. 
Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yang sesungguhnya telah 
dimulai.


Pertanyaannya adalah:



Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu ?
Hakikat ini memerlukan renungan.



Usahakan dengan sungguh-sungguh.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg 

disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal 
soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.


Andai engkau mengingatkan manusia dengan 

tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau 
temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari 
Kiamat. 


"Berilah peringatan, kerana peringatan itu 
bermanfaat bagi orang orang mukmin"


AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk 

didiami!


Tazkirah KEMATIAN di atas Semoga kita semua 
insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh 
dan berliku... kita sedang menuju ke alam akhirat 
yang abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Sunday, 5 June 2016

AIR LIUR GADIS REMAJA CANTIK KUATKAN TENAGA SEKS LELAKI !!!!

Gambar Gadis Remaja Cantik Jual Air Liur Untuk Tujuan Memberi Kekuatan Seks di Internet.




Pelik tapi benar! Jangan korang tidak percaya, kerana ini adalah suatu realiti. Warung online China yang sama seperti eBay digemparkan dengan adanya penjualan air liur dari seorang gadis remaja cantik.

Menurut laporan Hunan Online, penjual tersebut mendakwa bahawa air liur ini mampu digunakan sebagai  “ubat kuat seks” dan dijual £2 satu botol kecil.

Dalam botol tersebut juga dilekatkan dengan gambar gadis remaja yang berumur 18 tahun itu. Namun pihak taobao.com telah menghapus gambar tersebut setelah menerima banyak bantahan tentang produk tersebut.

Air liur tersebut dikumpulkan dari  gadis-gadis remaja yang berumur 18 tahun ketika mereka tidur, dan pembeli hanya akan membayar setelah dibuktikan kebenaran dan keaslian produk tersebut.

P/s: Air liur basi pun boleh buat ubat kuat seks?!! Seks saja yang korang tau....Ubat untuk kuatkan ibadat tak de ke......???

NASRUDIN HASSAN: DAP ANTI ISLAM!!!



DAP Anti Islam ?
_Oleh : Nasrudin bin Hassan_

1. Kerajaan bagi laluan kepada PAS 
membentangkan usul pindaan Akta 355 
di parlimen, apakah PAS akan bergabung 
dengan UMNO selepas ini ? Apakah PAS 
akan bentuk UG selepas ini ? Apakah PAS 
akan deal dengan UMNO untuk PRK Sungai 
Besar dan Kuala Kangsar bagai yang 
dikata ? 

2. Sebetulnya inilah dendangan lagu dan 
lirik lama yang dikumandangkan sejak 
bertahun tahun yang lalu dalam pelbagai 
genre. Sesekali didendang dengan genre 
rock dan sesekali dengan genre dangdut 
dan sesekali yang lain pula didendangkan 
dengan genre melayu asli bagi mengelak 
kebosanan masyarakat dengan lagu dan 
lirik yang lama dan sama.

3. Sebelum wujudnya isu Pindaan Akta 
355 ini, isu PAS bergabung dengan UMNO 
telah didendangkan sekian lama oleh 
samseng-samseng politik. Tanpa pedulikan 
fakta dan kebenaran, mereka gembira dan 
puas dengan fitnah yang mereka cipta. 
Apabila timbul isu pindaan Akta 355 maka 
sekali lagi mereka tukar genre untuk 
didendang buat kesekian kalinya.

4. Realitinya, Inilah kematangan politik 
yang didambakan selama ini. Sebelum ini 
kita mempersoalkan sukarnya RUU 
Persendirian diangkat ke parlimen. Kita 
mahu transformasi parlimen dilakukan. 
Nah kini ianya berlaku, maka kenapa masih 
ada yang terpinga-pinga ? Kenapa fitnah 
PAS kononnya PAS telah bergabung 
dengan UMNO ?

5. Ada pula yang kehairanan, kenapa PAS 
boleh sambut kerjasama UMNO sedang 
UMNO adalah kerajaan dan PAS adalah 
pembangkang ? Tidak sukar memahami 
situasi ini bagi mereka yang berilmu dan 
mengamalkan politik matang dan 
sejahtera. 

Inilah bentuk _ta'awun_ (kerjasama) 
yang dianjurkan oleh Islam dan menjadi 
sebahagian dari amalan politik matang 
dan sejahtera. Firman Allah swt :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

_Dan hendaklah kamu berkerjasama atas 
urusan  melaksanakan kebajikan dan 
bertaqwa, dan janganlah kamu berkerja
sama pada melakukan dosa (maksiat) 
dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada 
Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha 
Berat azab seksaNya._

Surah Al Maaidah : Ayat 2

6. Saya lihat DAP dan PAN telah kehabisan 
idea untuk mendepani PAS. Mereka mula 
meracau tidak ketentuan hala. 

Isu sepenting ini pun mereka gagal untuk 
memahaminya semata-mata kerana ia 
datang dari PAS. 

7. Walhal pindaan Akta 355 adalah 
bertujuan untuk memperkasa Mahkamah 
Syariah. Tentu sekali ia tidak ada kena 
mengena dengan pihak non muslim. 
Selayaknya DAP usah campur urusan 
ummat Islam atau mereka sememangnya 
sedang berusaha bagi membuktikan 
kepada umum bahawa mereka benar
-benar anti Islam ?

8. Biarlah bagaimana halangan dan 
rintangan, insyaallah PAS tidak akan 
berhenti untuk berjuang. Kejayaan 
membentang usul Pindaan Akta 355 
di parlimen hanyalah satu langkah 
melewati garis mula. Sedang perjalanan 
masih berliku dan destinasi masih jauh. 
Perlukan kesabaran dan kesungguhan 
yang tidak sedikit. Sabar menerima 
kritikan dan maki hamun dari pihak 
yang memusuhi serta bersungguh-sungguh 
mendepani cabaran, halangan dan sabotaj.

9. Semua pihak khasnya pemimpin ummat 
Islam samada dari pihak kerajaan mahu
pun pembangkang mestilah mempunyai 
kesedaran iman dan kemahuan politik yang 
tinggi terhadap usaha untuk memperkasa
kan Institusi Syariah di Malaysia.

10. Teruskan berjuang, lipat ganda usaha 
dakwah kepada semua lapisan masyarakat 
termasuk kepada non muslim dan banyakkan 
munajat kepada Allah swt. Jangan dilayan 
sangat kemuncup di stokin. Firman Allah 
swt :

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

_Laksanakan apa yang Allah swt perintah 
dan usah pedulilah perancangan dan 
bantahan golongan musyrikin (berpalinglah 
dari mereka)_

Surah Al Hijr : Ayat 94

Sekian

KD

HAKIKAT SEBENARNYA DAP BUKANLAH 
MENENTANG AKTA 355 MAHUPUN HUDUD
BERSANDARKAN SUDUT AGAMA.

DAP MENENTANG ITU SEMUA ATAS SEBAB 
FAKTOR EKONOMI.SEMUA ORANG TAHU DAP
DIDOKONGI TAUKEH JUDI DAN MAKSIAT
NAFSU SYAHWAT.

TERLAKSANA DAN BERKUATKUASANYA 
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
AKAN MEMBERI KESAN BURUK KEPADA
PERNIAGAAN TAUKEH-TAUKEH TERSEBUT.
GANGGUAN EKONOMI INI TAK BOLEH
DITERIMA OLEH GOLONGAN KAFIR INI.
SEBAB ITU DAP MENENTANG KERAS.INI 
DIKUATKAN LAGI DENGAN BANTAHAN
PARTI KOMPONEN BN SENDIRI.SUDAH 
TENTULAH MEREKA MAHU MENJAGA 
KEPENTINGAN BANGSA MEREKA SENDIRI.

SERUPALAH JUGA DENGAN APA YANG 
DILAKUKAN OLEH ABU JAHAL TERHADAP 
NABI S.A.W.

ABU JAHAL MENENTANG ISLAM BUKANBUKAN 
KERANA BENCIKAN ISLAM ATAU NABI
SENDIRI TETAPI BIMBANG PERNIAGAAN
PERJUDIAN DAN PELACURAN YANG DIUSAHA
KANNYA AKAN BERKUBUR!!!

DAP BUKAN ANTI ISLAM TETAPI 
BERPERANGAI MACAM ABU JAHAL!!!

PEMIMPIN PAN YANG TAK SOKONG HUDUD 
PAS ADALAH KERANMEREKA JUGA
BERKETURUNAN ABU JAHAL!!!