Sunday, 3 January 2016

Kehebatan Tentara Zionis-Israel Cuma Mitos.

Tahukah Anda: 


Zionis-Yahudi merupakan kaum yang banyak diselubungi mitos dan kedustaan. Beberapa mitos yang terus dipelihara hingga kini dan terus disebar-luaskan lewat corong-corong media massa yang dikuasainya, antara lain: Kaum Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan, kaum Yahudi adalah bangsa yang cerdas.
Mitos lainnya, kaum Yahudi merupakan korban terbesar dalam Perang Dunia II lewat peristiwa pembantaian massa yang dilakukan Nazi-Jerman lewat apa yang dinamakan Holocoust (The Final Solution),MOSSAD dan Israeli Defense Force (IDF) merupakan risikan rahsia dan tentera terhebat di dunia, dan sebagainya.
Klaim Zionis-Yahudi tentang Tanah Palestin juga merupakan kebohongan besar Kerana  pengkajian sejarah yang banyak dilakukan sejarawan Barat sendiri, mereka menemukan bahawa klaim Yahudi ini tidak ada dasar ilmiah dan historinya.
Mitos Tentera Israel
Salah satu mitos yang paling banyak digembar-gemburkan kaum Zionis, adalah klaim bahawa tentera Zionis-Israel merupakan tentera yang paling canggih peralatannya, paling kuat staminanya, paling beraninya, paling cerdik strateginya, dan paling hebat segala-galanya.
Promosi Zionis menyebutkan bahawa senjata buatan Israeli Military Industries (IMI) merupakan yang terhebat di dunia. 
Salah satu senjata api adalah sejenis Assault Rifle (Senjata Serbu) bernama Galil-Galatz/99R yang telah dimodifikasi menjadi senjata sniper dengan tambahan teropong dan dudukan di depan magasinnya. Senjata dengan kaliber 7, 62 mm ini oleh IMI dipromosikan sebagai senjata andalan IDF dan termasuk senjata sniper multi target, boleh menembak personel maupun anti-material.
Benarkah Galil-Galatz/99R ini hebat? Ternyata tidak sepenuhnya benar. Menurut review Jane’s Defense International yang melakukan perbandingan (benchmarking) terhadap sejumlah senjata sejenis, disimpulkan bahawa Galil-Galatz/99R hanya  mahal harganya, sedangkan tingkat upayanya biasa-biasa aje.
Senjata made in Israel ini berada di bawah senjata sejenis seperti M76/SVD Dragunov (Rusia), L96A1/Magnum (Inggris), Barret 82 (AS), Heckler & Koch PSG-1 (Jerman), dan FR-F2/F1 (Perancis).
Bukan itu saja, salah satu kebohongan yang dilaporkan tentera Zionis ini adalah tentang kehebatan Tank Merkava sebagai tank serbu yang sangat lincah, dahsyat daya hentamnya, dan kuat lapisan bajanya. Mitos tank Mekava hancur pada saat tank-tank handalan AB Israel ini banyak yang hancur-lebur jadi korban hentaman misil-misil panggul pejuang Hizbullah di Lebanon.
Tentera Israel Pengecut
Seorang doktor  pernah melanglang buana ke banyak daerah konflik dunia seperti Afghanistan, Iraq, Palestin, beberapa tahun lalu. 
Saat itu perang antara tentera Zionis-Israel melawan pejuang Hizbullah baru saja berakhir dengan kemenangan di pihak Hizbullah.
Doktor ini membawa ole-ole cerita yang dia dapat dari lapangan. Dia sempat bertemu dengan sejumlah tokoh puncak HAMAS dan Hizbullah dan mendapat banyak informasi menarik yang boleh diambil sebagai pelajaran.
Ada dua peristiwa menarik. Yang pertama, saat pasukan elit Israel, Brigade Golani, menyerbu Bent Jubail, sebuah wilayah yang dikenal sebagai salah satu basis Hizbullah di Lebanon.
“Tidak ada yang mengetahui siapa saja anggota pejuang Hizbullah. Mereka sehari-hari bekerja sebagai penduduk biasa. Ada yang jualan buah, dagang di pasar, dan sebagainya. Namun ketika ada tanda bahaya bahawa tentera Israel menyerbu, maka semua ‘orang biasa’ itu lenyap. 
Pasar jadi sepi. Mereka semua mengambil senjatanya yang entah disembunyikan di mana dan berlarian secepat kilat menyongsong kedatangan tentera Zionis, ” ujar doktor tersebut.
Hal ini menyebabkan kejutan buat Brigade Golani Israel dan mereka kemudian lari secepatnya. Banyak anggota Hizbullah mengeluh kecewa kerana tidak jadi bertempur satu lawan satu melawan tenteranya Yahudi ini. Yang kemudian datang adalah heli-heli Apache Israel yang menyemburkan ribuan peluru dan roketnya ke bawah.
“Kepada saya, orang-orang Hizbullah ini bercerita bahawa tentera elit Israel itu pengecut-pengecut. Tidak berani bertempur secara jantan, berhadapan muka, ” tambahnya.

“Saya juga menanyakan kepada orang-orang Hizbullah ini mengapa RPG mereka boleh menghancurkan tank-tank Merkava Israel yang didakwa sebagai tank yang hebat. Orang-orang Hizbullah ini tertawa dan menyatakan bahawa yang mereka bawa bukan lagi RPG jenis konvensional, tapi sudah semacam misil panggul sejenis misil Milan yang memiliki daya kerosakan yang jauh lebih dahsyat, ” lanjut doktor tersebut.
Doktor ini juga memaparkan saat tentera elit Israel dari Brigade Golani ini dikepung pejuang Hizbullah di sebuah rumah sakit di Lebanon. “Saat itu malam hari dan gelap gelita. Diam-diam dari atas heli Apache yang mengaktifkan sistem senyap, sehingga sama sekali tidak mengeluarkan suara, puluhan personel tentera Israel turun lewat tali yang dijulurkan ke bawah. Mereka segera menggempur rumah sakit untuk mencari orang-orang Hizbullah yang bersembunyi di lokasi ini. ”
Hanya saja, tentera Israel ini tidak tahu bahawa tektik yang dijalankan Hizbullah jauh lebih cerdik. Rencana pasukan elit ini sudah bocor sehingga rumah sakit tersebut telah dikosongkan. Bahkan di sekitar rumah sakit sejumlah pejuang Hizbullah telah mengepung lokasi tersebut dengan senjata siap ditembakkan.
“Jadilah malam itu bagaikan neraka bagi tentera elit Israel ini. Mereka menjadi sasaran empuk rentetan tembakan yang dilakukan pejuang Hizbullah dari segala penjuru. Banyak yang tewas bersimbah darah. Tiba-tiba Apache berdatangan dan melakukan misi bantuan kepada tentera Israel yang terperangkap. Sejak kejadian di rumah sakit itu, tidak pernah lagi Brigade Golani melakukan serbuan besar-besaran dan sendirian, ” lanjutnya.
Menurut sang doktor, umat Islam seharusnya jangan pernah termakan dakwaan-dakwaan palsu yang segaja disebarluaskan media-media Zionis. “Mereka bukan kaum yang hebat. Mereka itu pengecut, jadi kita jangan sampai menderita rendah diri di hadapan mereka. Kita harus yakin bahawa umat Islam adalah umat terbaik di muka bumi. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan hal itu. ”
Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok…(QS. Al-Hasyr: 14)
(Rz)

Saturday, 2 January 2016

Isteri Tewaskan Suami!!!


Petua Isteri Tewaskan Suami Di Bilik Tidur.


Selalu kita dengar hanya suami yang berusaha puaskan atau ‘tewaskan’ si isteri. Tetapi kali ini tidak. Isteri pula buat sebaliknya. Artikel ini memberi panduan bagaimana seorang isteri ingin tewaskan si suami:
Beritahu suami.
Beritahu apa yang anda mahu pada suami anda. Tahukah anda suami anda tidak akan tahu jika anda tidak beritahu apa yang bermain di fikiran anda. Beritahu perkara sebenar supaya anda berdua boleh berseronok ketika mengadakan hubungan seks.

Kawal kelajuan.

Kawal kelajuan hubungan seks berlangsung. Jangan biarkan suami anda melakukannya terlalu laju sehingga dia seorang sahaja yang sampai inzalnya. Sedangkan anda belum rasa apa–apa lagi. Jika suami anda bergerak terlalu laju, anda tenangkan dia dengan pujuk rayu anda.


Fantasi seks.

Sentiasa berani mencuba perkara baru. Ambil tahu apa fantasi seks suami anda dan anda cuba realisasikan fantasi seks dia.

Sembang lucah.

Bersembang lucah dengan suami anda pasti akan memberi pengalaman baru pada setiap hubungan seks anda berdua.


Rangsang bahagian sensitif.

Cuba kesan bahagian badan anda yang sensitif. Ada wanita yang cepat terangsang jika si lelaki menjilat ketiaknya. Anda kesan dan beritahu pada suami anda supaya dia boleh merangsang pada bahagian betul. 
Mandi bersama.

Mandi bersama sebelum melakukan hubungan seks. Jika ada masa lapang, ajak suami anda untuk mandi bersama sebelum melakukan hubungan seks. Selepas mandi, kulit anda akan lebih sensitif pada sentuhan dan ia pasti akan beri perasaan nikmat lebih kepada anda.
Cuba tewaskan suami.
Cuba tewaskan suami anda dengan bersungguh–sungguh. Selain cuba berikan yang terbaik pada suami anda, anda cabar suami anda untuk tewaskan anda.

Kepada isteri, berikan nikmat hubungan seks yang hebat kepada suami anda, Hargai suami nescaya hubungan anda berdua akan semakin rapat.

ASAL SAJA BERKAITAN DENGAN MELAYU TERUS SAJA NAK DISEMBUNYIKAN!!!

Kejutan - UFO, Piramid dan ... Balai Rong Bukit Siguntang


Banyak rahsia terpendam di Tanah Melayu ini

Tak masuk akal langsung, tak pernah pula didengar wujudnya piramid di Tanah Melayu dan Kalimantan. 
Apa sebenarnya yang terjadi? Kalau benar, kenapa 
pula dirahsiakan dari umum? Pelik, memang pelik.
Yang tak tahannya apabila dikatakan....


semua rahsia ini akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam di negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri. 


Biar betul!!



Oops..  No No...  ia bukan beunsur politik, sori kawan! Jauhi politik gila babi tapi pastikan Melayu terus berada di atas... OK?



Terima kasih kepada saudara "Nana" yang mendorong saya untuk membaca posting tersebut. Seronok juga dengan cara pembentangannya. Sesekali terasa macam masuk akal.. Kadang-kadang tertanya pula.. eh ye ke?


Penemuan sebilah keris kuno di sebuah kuil di Jepun 
merupakan bukti sejarah hubungan alam Melayu dan 

Jepun telah pun wujud zaman berzaman semenjak lagi.


Satu masa dulu pernah heboh pasal penemuan piramid di dasar laut. Juga dikatalan cuba dirahsiakan dari umum. Kenapa?




..Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. 


Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban ...Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu.


Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh 'para pengkaji' ialah tulisan mirip tulisan Rencong (tulisan melayu purba) telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di sebelah dalam.



PELIK KAN? SEBUT SAHAJA "MELAYU" SEMUA PIHAK CUBA RAHSIAKAN... ada apa sebenarnya?  


Berbalik kepada penemuan sebuah Piramid Terbesar dalam dunia yang ditemui di hutan belantara Pahang ini. Jika ia benar-benar wujud, tentu sahaja pihak keselamatan terutamanya askar telah mengetahuinya. 



Adakah ia juga melibatkan khazanah dan rezab emas di Banjaran Titiwangsa? Tulang belakang Semenanjung Tanah Melayu. Adakah semua ini hanya boleh digunakan oleh alMahdi dan kerajaannya kelak?

Fikir.. fikir,,, fikir

Tak apalah, biarlah masa menentukan sama ada ianya benar atau hanya rekaan kerana sampai sekarang semua pihak memilih untuk mendiamkan diri.  Entah apa sebabnya kita pun tak tahu. Satu waktu dulu Cik Siti Molek bernama Srikandi di Mistisfiles pernah cuba buka rahsia ini dan dimaklumkan kemudiannya dia dihalang dari meneruskannya. Siapa yang mengjalangnya? Kemudian, kesah ini terus menjadi tandatanya...



Kini ia bergema kembali apabila blog rakan "Mil of Malaysia" membukanya semula tetapi dalam bentuk santapan ringan dan santai sesuai dengan gaya penulisannya. Mungkin ramai pembaca sudah pun membacanya di sana.



Kita buka semula ruang ini untuk berbincang sejauh mana dakwaan ini masuk akal.



Cuba teliti penulisan tersebut:



PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU

PROLOQUE


1. Selamat bertemu kembali

2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.

3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.

4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.

5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.

6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.

7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.

SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN

8. Saya bukanlah pakar hadis.

9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusantara ini satu hari nanti.

10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?

11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :

“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.

Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”


12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?

NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.

14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.

15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.

16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.

17.Padinya berbuahkan emas.

18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.

19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.

21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.

22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.

23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

PYRAMID MELAYU




24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.

25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.

26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.

27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.

28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.



Piramid belantara Pahang
29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.

30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.

31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.

32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.

33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.

TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL

“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)


34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.


35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.

36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?

37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?

38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.

39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.

40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.

41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.

42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.

43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.

44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)

45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.

PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA

46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling berbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA.

47.Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.

48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.

49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.

50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.

51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.

52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.

PYRAMID-PYRAMID LAIN

53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutan Sarawak atau Sabah.

54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.

55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.

BESI ANEH


56.Kalau tidak salah saya tidak berapa lama dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor.

57.Yang aneh sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.

58.Aneh lagi kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.

59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?

60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.

61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……

62.Sila ikuti blog saya….untuk persoalan-persoalan yang dijamin akan menyebabkan anda mual dan akan muntah untuk menunggu saya update dan menjawab persoalan saudara.

63.OOO ada laluan shorcut, iaitu segelas teh tarik dan sekotak rokok.

–SEKIAN

Nak percaya boleh tak nak percaya pun boleh......... diangkat dari blog SOLDADU... hehe 
http://militaryofmalaysia.net/2012/09/pendedahan-eksklusif-piramid-melayu/#more-1231

Friday, 1 January 2016

GADIS MEMUATNAIK 65000 KEPING GAMBARNYA BERBIKINI !!!

HATI-HATI SAYANG!!!!

GADIS INI MEMUATNAIK 65000 GAMBAR SEPARUH PAKAIANNYA DALAM INTERNET. 




PUTERI ALAM BUNIAN !!!


Gunung Ledang Penuh Misteri




Sejauh mana anda percaya kewujudan makhluk yang bernama BUNIAN di alammaya ini, tertakluk kepada pengalaman, cerita dan pembacaan anda. Di bawah ini saya paparkan sedutan dari satu artikel panjang mengenai pengalaman seorang insan mengembara mencari kebenaran.  

Realitinya terlalu banyak rahsia alam yang kita tidak ketahui dan kisah sebegini semakin lenyap ditelan masa terutama apabila manusia sudah meminggirkan kepercayaan terhadap unsur ghaib.  Masih ingatkah filem dan lagu seniman P. Ramlee "Puteri Bunian"?

Cerita di bawah ini akan memberikan satu suntikan kesedaran bahawa makhluk ghaib ini masih lagi wujud dan hidup bersama-sama manusia di alam mereka sendiri di atas muka bumi ini. Kita tidak menyedarii kehadiran mereka disekeliling kita. Silakan terus membaca:

Sejak zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis. Ratu Balkis adalah merupakan kacukan antara bapanya seorang Manusia dan ibunya adalah golongan Jin. Banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah saya di kampung dahulu pun ada perkampungan Bunian.

Saya semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang saya masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan saya itu. Malah saya juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana saja saya pergi dulu. Mereka nak kawin dengan saya tapi atok saya larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia sahaja. Atok saya cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan saya. 
Saya tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah saya tak tahu apa itu kahwin, jadi saya buat tak tahu saja lah. Tapi bila saya merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang.

Sebenarnya orang kampung selalu minta saya tolong dapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Tapi saya buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Saya pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang di alam Bunian itu.

Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut saya. Ratu ini juga baik dengan ibu saya. Mereka selalu berbual-bual, tak tahu pula saya apa yang dibualkan mereka. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah saya. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah di dalam perkampungan mereka.

Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Qur’an dengan saya nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajuk saya, mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan saya.

Menurut Abang Hassan yang tinggal di Hulu Langat Selangor, mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu saya mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila saya kata saya nampak rumah tu dia terus mengajak saya memasuki rumah itu.

Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau fasih berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Di dalam rumah itu terdapat sebuah Singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kainnya dari kain cindai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga.

Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian Kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan saya dengan istiadat istimewa mereka? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam saya semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian saya dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu.

Ia seperti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu saya tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah saya dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.

Oleh itu kemana pun saya pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka beri pada saya, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya saya juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri saya, tetapi saya tolak kerana masih ingat pesan Atok saya supaya tidak berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan saya. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan saya sendiri. Begitulah cerita mengenai Abang Hassan.
keindahan Gunung Ledang 

Dilain ketika, saya telah membuat ekspedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita Lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang disitu. Sayang sekali National Geography tidak dapat mengikuti serta, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV (gurau saja).

Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk ke Alam Bunian itu, saya pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat di lihat bak kata melayu lama, “sayup, saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian tersebut.

Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda (beranda-beranda) diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi.

Ia langsung jauh berbeza dari mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bengkang-bengkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.

Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya! Jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya? Ya! Sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan tersebut? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak, katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah? Tanya hamba.

Dia hanya tersenyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk, kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba, katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima Kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini? Hamba memohon. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

Saya pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu di Maya Pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, saya pun melangkah ke pintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat.

Alangkah terperanjatnya saya bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Verinda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu.

Saya diterbangkan ke Johor Baharu tepat ke halaman rumah saya. Macam mana burung ni tahu rumah saya? Bisik hati saya. Saya turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan.

Saya bawa tempayan itu masuk ke dalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat saya pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang satu lagi.

Kemudian saya tutup semula dan pergi membuat kerja saya. Selang seminggu saya buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas saya katakan "Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya.” Telah saya jangka pekara ini akan berlaku-abatasa2.