Tuesday, 2 September 2014

MELAYU!!! BANGUNLAH DARI LENAMU YANG PANJANG!!!!






Cina berpolitik pentingkan bangsa,
Melayu berpolitik pentingkan kuasa,
Sorak cina, sorak berjaya,
Sorak melayu, kampung tergadai terus 
jadi gila.



Cina DAP, MCA, GERAKAN nampak 

berpecah, 
Hakikat sebenar mereka bersatu,
Melayu UMNO, PAS nampak berpecah, 
Hakikat sebenar memang berpecah.



Cina bersuara untuk bangsanya,

Melayu bersuara untuk dirinya
Cina digugat mereka bersatu
Melayu digugat mereka buat tak tahu.



Cina ada satu suara,

Melayu ada banyak suara,
Satu suara cina berjaya,

Banyak suara Melayu sengsara.



Hati ini menjadi lara, 

Apabila mengenangkan nasib bangsa.



AYUH!!! Bangkitlah wahai Melayu,

Jangan merempat di bumi sendiri!!!!

MIMPI SEORANG GADIS!!!


Untuk Renungan Bersama..... 



Rakaman ini dipetik dari program Motivasi 
Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah 
Mahmood.





Seorang gadis datang menemui Rasulullah 
dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam 
poket bajunya.. 


Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang 
menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya. 


"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan 
kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu 
sorokkan di tanganmu?" 


Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal 
yang berlaku padanya. 


"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah 
anak yatim piatu. Malam tadi aku telah 
bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan 
aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis 
tadi.


"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah 
mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah 
mula tertarik dengan penjelasan gadis 
tersebut.


"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam 
neraka. Keadaannya amat menyedihkan. 
Ibuku meminta diberikan air kerana dia 
amat dahaga kerana kepanasan api neraka 
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana 
kekeringan sekelip mata." 


Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. 


"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada 
seketul keju dan di tangan kanannya ada 
sehelai tuala kecil. 


Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua 
benda tersebut untuk menghalang api 
dari membakar tubuhnya. 


Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia 
menerima balasan sebegitu rupa sedangkan 
ketika hidupnya ibuku adalah seorang 
hamba yang patuh dengan ajaran islam 
dan isteri yang taat kepada suaminya?


Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika 
hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua 
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan 
sehelai tuala kecil pernah disedekahkan 
kepada fakir... 


Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka 
dan menunjukkan kelebihan hartanya 
sahaja. 


Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya 
beliau berada di syurga dan sedang 
menjamu penghuni syurga dengan 
makanan yang lazat dan minuman dari 
telaga nabi.


Ayahku memang amat terkenal kerana 
sikapnya yang dermawan dan kuat 
beramal.


Lalu aku bertanya kepada ayahku.


"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan 
menanggung azab di neraka. Tidakkah 
ayah ingin membantu ibu sedangkan di 
dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan 
menurut perintah agama" 


Lalu dijawab oleh ayahnya.


"Sesungguhnya beliau dan semua penghuni 
syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi 
walau setitik air kepada isterinya kerana itu 
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang 
dilakukan ketika di dunia"


Oleh kerana kasihan melihat azab yang 
diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk 
sedikit air mengguna tapak tangan kananku 
lalu dibawa ke neraka. 


Belum sempat air tersebut mencecah bibir 
ibuku, api neraka telah menyambar tanganku 
sehingga melecur. 


Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati 
tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya 
aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." 


Panjang lebar gadis itu bercerita sambil 
airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.


Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya 
ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah 
tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. 


Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah 
benar maka disembuhkanlah agar menjadi 
iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. 


Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis 
tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, 


"Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan 
bersedekah dan berzikir dan pahalanya 
kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan 
segala dosanya terampun.."


INSYAALLLAH." 

Ahli Didakwa Bertumbuk Pada Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut!!! Opppsss Sorry!Silap Dengar! Kat Bahagian Pokok Sena Rupanya!!!


Sekadar hiasan






Apa lagi yang tak kena, Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena, Kedah  terpaksa berhadapan dengan kejadian tumbuk menumbuk dan baling kerusi ekoran dakwaan tidak puas hati sebaik sahaja Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan dewan selepas majlis perasmian.

Setiausaha Kerja UMNO Kedah, Haris Che Mat berkata, UMNO Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada UMNO Pusat dan Negeri.

"Siasatan awal kami mendapati kekecohan itu dicetuskan pihak tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali aman."

Puncanya tidak diketahui lagi tetapi kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan lain meninggalkan mesyuarat yang diadakan di Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Star," dakwanya.

Jelasnya, pada mulanya, sekumpulan ahli UMNO yang hadir untuk bermesyuarat telah membuat bising kerana sebab-sebab tertentu tetapi enggan berdiam diri selepas ditegur.Mereka kemudian membaling kerusi sebagai tanda tIdak puas hati dan tindakan itu telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO lain menyebabkan berlakunya kejadian cabar-mencabar dan akhirnya bertumbuk sesama mereka.

"Kejadian itu dapat dileraikan dengan bantuan pasukan Rela dan mesyuarat diteruskan apabila suasana kembali tenang. Tidak ada sesiapa yang cedera pada kejadian itu," dakwanya.Jelasnya, apa juga kejadian yang berlaku akan dilaporkan kepada UMNO pusat untuk tindakan selanjutnya.


Monday, 1 September 2014

Dingin Di Ranjang???















Usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga dialami oleh wanita lebih muda. 


Faktor psikologi merupakan punca penting untuk menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak ialah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut. 


Usahlah anda gusar kerana anda belum menopaus dan masalah kekeringan vagina yang anda alami bukanlah disebabkan peningkatan usia.


Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini ialah tanggungjawab dan faktor yang menghangatkan lagi masalah rumah tangga pasangan itu. 


Satu kesilapan jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang ini kerana ia bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya ‘kunci’ kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan.


Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, sebenarnya banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian.


Hubungan seks bagi seorang lelaki ialah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting di dalam perhubungan intim. 


Untuk pengetahuan anda, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual penetrative yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan non-penetrative yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.


Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan.


Bagaimanapun, organ paling utama mengawal kehendak seksual ialah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks di kalangan pasangan.


Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj atau dikenali juga sebagai senaman kegel.


Gaya hidup sihat ini boleh menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit lagi malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang.


Senaman ini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru, cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri.

JURURAWAT CANTIK,CEPAT HILANG SAKIT!!!


 Perarakan Jururawat Berambut Perang.


Ini perarakan jururawat berambut perang yang cantik 
yang telah diadakan di Minsk. Apa yang boleh saya 
katakan adalah  jururawat cantik ini boleh menjaga 
saya bila-bila masa.

1A Parade Jururawat Gadis Perang
2A Parade Jururawat Gadis Perang
3A Parade Jururawat Gadis Perang
4A Parade Jururawat Gadis Perang
5A Parade Jururawat Gadis Perang
6A Parade Jururawat Gadis Perang
7A Parade Jururawat Gadis Perang
8A Parade Jururawat Gadis Perang
9A Parade Jururawat Gadis Perang
A Parade Jururawat Gadis PerangA Parade Jururawat Gadis Perang
37A Parade Jururawat Gadis Perang