Saturday 3 September 2016

PARTI KECEWA MERUNTUN HATI YANG KECEWA!!!



UMNO ditubuhkan dahulu adalah kerana ingin membela bangsa Melayu.Maka ramailah umat Melayu yang sayangkan bangsa berduyun-duyun menyertai UMNO.

PAS ditubuhkan dahulu adalah kerana ingin menegakkan syiar Islam di Tanah melayu ini.Maka ramailah melayu Islam yang sayangkan agama berduyun-duyun menyertai PAS.

DAP, MCA dan GERAKAN ditubuhkan dahulu kerana ingin membela bangsa bukan melayu.Maka ramailah dalam kalangan mereka berduyun-duyun menyertai parti tersebut.

Dengan keahlian yang ramai berdasarkan hala tuju parti masing-masing maka parti-parti tersebut terus hidup segar dan bugar.Parti-parti tersebut mempunyai dasar dan hala tuju yang jelas dan nyata.Maka ianya terus mendapat sokongan ahli-ahlinya yang relevan dengan dasar dan hala tuju yang di perjuangkan.

Persoalannya sekarang, apakah hala tuju dan dasar yang dibawa oleh pendokong Parti Peribumi bersatu ini?Bagaimana pula dengan PAN?

Parti yang berdasarkan kekecewaan amat sukar meraih sokongan akar umbi.Hala tujunya tidak jelas dan nyata.Dasar perjuangannya sukar diteka.Akhirnya mereka sendiri yang teraba-raba.

Parti yang berdasarkan kekecewaan pemimpinnya hanya berjuang untuk melepaskan rasa kecewa yang terbuku di hati.Golongan yang kecewa akan suka mengada-adakan cerita yang tak berpijak di bumi nyata.Yang penting rasa kecewa terlerai meninggal dada yang terbuka.

Parti yang bersandarkan rasa kecewa mungkin hanya akan dapat sokongan orang-orang yang kecewa.

Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang terpalit dengan rasa kecewa yang membabitkan kekecewaan sesetengah para pemimpin???


2 comments:

Anonymous said...

Kekecewaan yg membinasakan. Tak teringinlah nak join. Apatah lagi ia hanya untuk membela kroni. Rakyat perlu sokong parti yang Membela rakyat, berjiwa rakyat dan mendahulukan rakyat.
Aku masih ingat Najik meredah tsunami banjir di Kelantan sehingga sakit dan masuk wad. Bermilion dia/UMNO bantu rakyat yg kena banjir itu. Apakah orang Kelantan/rakyat sudah lupa?

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2138] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.