Tuesday, 29 March 2016

HINALAH PEMIMPIN DENGAN SESUKA HATIMU!!!




Ini lah hasil yang UMNO dapat setelah berjaya 
membina anak bangsa nya dan membangunkan 
Petronas sehingga mereka mendapat mencari 
makan di tempat yang begitu lumayan... 


Kalau perkara macam ini SKMM masih nak jadi 

bisu dn buta jugak lagi maka baik tutup jer lah 
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia(SKMM), 
Cyberjaya dan kita juga nak tengok adakah Polis 
Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) akan 
bertindak dengan budak biadap ini...


Budak ni tak bersyukur dia dapat kerja sebaik itu. 
Ramai lagi yang nak kerja. Kalau dah tak suka, 
letak jawatan kan senang.Mintak Allah bagi 
hidayah pada kita semua dan budak ni jugak...


Katalah nak kata apapun...DS Najib tak terkesan 
sikit pun...

APABILA BURUNG TIUNG BERSUARA SUMBANG !!!




Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kongres Selamatkan Malaysia hari ini adalah platform bagi menterjemahkan kesepakatan rakyat berbilang bangsa, agama dan ideologi politik di dalam Deklarasi Rakyat menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kehadiran hampir 2000 rakyat yang memenuhi dewan tertutup SACC Mall Shah Alam adalah satu indikasi jelas bahawa rakyat telah mengenepikan perbezaan antara mereka demi menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurkan oleh Najib.


Di luar sana, berpuluh juta rakyat sudah bosan dan jelik dengan tindak tanduk dan pembohongan demi pembohongan Najib Razak.

Rakyat menuntut ahli UMNO khususnya pemimpin Majlis Tertinggi UMNO untuk bertindak menyingkirkan Najib Razak. 

Pemimpin UMNO dikecam kerana berdiam diri dan membiarkan Najib Razak terus berleluasa mengkhianati mandat rakyat dalam PRU13.

Kini kita sudah tidak boleh lagi mengharapkan MT UMNO kerana parti UMNO sudah menjadi parti milik Najib dan keluarganya.

Sana sini rakyat menggelarkan MT UMNO sebagai pengecut dan hamba kepada penyamun.

Kini tibalah masanya rakyat tanpa mengira latar belakang sosial dan ideologi politik untuk memikul tanggungjawab mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Rakyat yang mahukan perubahan harus menyokong Deklarasi Rakyat.

Deklarasi rakyat bukan bertujuan untuk menukar kerajaan sedia ada tetapi ianya bertujuan untuk menukar Perdana Menteri.

Kita perlu menukar Perdana Menteri demi untuk menyelamatkan Malaysia kerana Najib adalah seorang Perdana Menteri yang tidak beretika dan tiada integriti.

Najib telah mencuri terlalu banyak wang kerajaan. Malaysia sedang ditadbir oleh seorang penyamun! Negara berdaulat ini kini dibayangi kejahatan.

Tindakan kerajaan memutar belitkan isu Deklarasi Rakyat sebagai usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada adalah berniat jahat untuk melindungi seorang pencuri wang negara.
Anina Saadudin

Dangkal betul pemikiran si Anina bekas ketua wanita cawangan Padang Mat Sirat Langkawi ni.Kefahaman
nya tentang perkataan mencuri dan menyamun itu 
terlalu lemah.

Najib telah mencuri terlalu banyak wang kerajaan???

Kah kah kah!!! Tak ada rekod pun Najib curi wang kerajaan.Tapi Tun M pujaannya tu ada rekod habiskan wang kerajaan untuk bail-out syarikat kroni-kroni dan anak-anaknya.Yang jadi mangsa Petronas.

Ahli UMNO tak akan menyingkirkan Presiden parti tanpa sebab yang munasabah.Yang sibuk nak menyingkirkan Presiden parti adalah orang yang tergugat kepentingan dirinya.orang yang tak terpenuhi kehendaknya seperti Three Stooges di atas.

Deklarasi Rakyat?Atau deklarasi PALAT?

Deklarasi Rakyat kononnya nak jatuhkan Najib aje bukan kerajaan BN.

Orang bodoh macam betina ni bolehlah nak tipu.Bodohlah pembangkang.Bodohlan Lim Kit Siang dok sokong deklarasi PALAT ni kalau setakat nak jatuhkan Najib saja.Apa barang???

Pembangkang lagi cerdik kerana pandai guna peluang mempergunakan manusia macam three stooges ni.Depan Tun M setuju jatuhkan Najib.Belakang apa barang hanya nak jatuhkan Najib.Kasi sapu sekali kerajaan BN biar tumbang tertonggeng!!!

Puak ProTun boleh digunakan sebagai mesin memecahkan benteng kerajaan dari dalam ibarat tebuk kapal dari dalam tanpa disedari kelasi dan nakhoda.

Pembangkang mempergunakan ProTun untuk ujudkan pro dan kontra dalam umno sendiri!

Namun sejarah telah menunjukkan bahawa pembelot tak kan ke mana kerana musuh akan bunuh pembelot sebab musuh tau kalau puak sendiri dia berani belot apa tah lagi musuh yang nyata.

Wazir Bani Abbasiyah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami yang membelot terhadap kerajaan Bani Abasiyyah telah dibunuh sekali dengan khalifahnya 
oleh monggol Hulagu.
(Lebih kurang aje bunyinya Umayiduddin dengan saaduddin,Umayiduddin dengan Muhyiddin)

Mukhriz Perlu Berani,Buang Baju UMNO Dan Keluar Parti !!!




Di Shah Alam Convention centre telah 
berlangsung "Kongres Mahathir - Kit 
Siang" yang menyaksikan kumpulan 
'pemberontak UMNO', sekali lagi 
bersekongkol berkongsi ideologi 'syok 
sendiri' sesama mereka dan 'menambah 
pahala' Perdana Menteri, Dato' Seri Najib 
Tun Razak.

Mereka adakan himpunan tertutup di 
dalam dewan, menjemput lebih kurang 
1,200 orang yang umumnya tahu setiap 
hari menghentam Najib dengan pelbagai 
tohmahan dan fakta tidak benar, dan 
menamakan ia sebagai Kongres 'Rakyat'. 
Macamlah mereka 1,200 orang saja 
rakyat Malaysia ini?

Tohmahan yang sama diulang-ulang, 
cuma diselang-seli dengan lawak jenaka
yang mengembirkan hati mereka sahaja, 
mungkin itu saja isi kandungan kongres 
berkenaan. Yang betulnya cuma 
'assalamualaikum dan salam sejahtera' 
manakala isi yang lain semuanya auta 
belaka.

Penulis dapat menjangkakan kehadiran 
orang UMNO di program tersebut. Antara 
yang hadir dan mengutuk Najib ialah 
Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yasin 
yang sebelum ini kononnya berikrar mahu 
membantu Presiden dan memelihara nama 
baik parti.

Seorang lagi ialah anak kesayangan Tun 
Mahathir Mohamad, Dato' Seri Mukhriz 
Tun Mahathir. Seperti Mahathir, Muhyiddin 
dan Mukhriz menghentam Najib seperti 
mereka menyerang pembangkang. Tiada 
sedikit pun rasa kesal atau bersalah pada 
riak wajah mereka.

Muhyiddin mahu Najib meletak jawatan 
seperti Pak Lah. Tersenyum ketika 
menyuarakan kehendaknya itu, dia 
kononnya hanya mahu Najib jatuh dan 
digantikan dengan orang lain. 

Macamlah orang tak tahu tradisinya, jika 
Najib meletak jawatan maka Timbalan 
Presiden UMNO akan ambil alih jawatan 
Perdana Menteri.

Patutnya, Muhyiddin bercakap terus 
terang di majlis itu. Katakan pada hadirin 
bahawa dia mahu menjadi Perdana 
Menteri selama sepenggal selepas Najib 
letak jawatan, sebelum jawatan itu 
diserahkan kepada Mukhriz. Bukankah 
mudah begitu?

Selalunya, mereka yang tiada kepentingan 
akan keluar dari parti bila menyedari diri 
mereka hilang kepercayaan pada Presiden. 
Sebagai contoh, Mat Sabu dan konco-
konconya. Mereka tidak yakin lagi pada 
Dato' Seri Abdul Hadi dan mereka keluar 
parti, lalu menubuhkan parti sendiri.

Kenapa Muhyiddin dan Mukhriz tidak 
meletak jawatan? Mengapa mereka tidak 
berterus terang bahawa ia adalah 
merupakan strategi mereka untuk 
menjadi Perdana Menteri dan Timbalan 
Perdana Menteri.

Sekiranya Muhyiddin naik menjadi 
Perdana Menteri, dia akan melantik 
Mukhriz sebagai senator dan kemudian 
menjadi Timbalan Perdana Menteri 
menggantikan tempat Dato' Seri Ahmad 
Zahid Hamidi. Maka sempatlah dia 
'merasa' jadi Perdana Menteri sekejap.

Mengapa Mahathir keluar parti? Itu 
adalah demi menunjukkan kesungguhan
nya mahu menggulingkan Najib, tapi 
bukan untuk dirinya. Dia mahu jatuhkan 
Najib demi masa depan anaknya Mukhriz.

Selepas Muhyiddin naik jadi Perdana 
Menteri, maka Mukhriz akan jadi Timbalan 
Perdana Menteri. Maka selepas itu Mukhriz 
akan jadi Perdana Menteri ekoran umur 
Muhyiddin yang sudah hampir 80 tahun, 
atau akan digulingkan jika enggan 
memberi laluan kepada Mukhriz.

Banyak 'rahsia' Muhyiddin yang Mahathir 
tahu sama ada di Johor mahupun semasa 
menjadi menteri kabinet. Jika enggan 
dengar kata, maka nasib Muhyiddin 
mungkin bakal menjadi seperti Pak Lah 
dan Najib.

Mungkin benar, Mahathir tidak akan tutup 
mata dengan tenang selagi anaknya tidak 
menjadi Perdana Menteri. Mungkin kerana 
itulah Mahathir tetap berusaha mengguling
kan Najib dan sanggup berdiri lebih satu 
jam untuk tujuan itu. Semuanya dilakukan 
demi Mukhriz.

Namun, apakah Mahathir jamin Mukhriz 
boleh jadi Perdana Menteri yang baik? 
Mahathir sudah banyak kali tersalah pilih, 
apakah Mukhriz pilihan yang tepat? Ketika 
menjadi Timbalan Menteri dulu, ramai 
yang merungut Mukhriz tidak tahu buat 
kerja dan tidak membantu.

Ketika menjadi Menteri Besar Kedah atas 
ehsan Najib sebelum ini, dia hanya popular 
berselfie sedangkan hampir tiada satu mercu 
tanda pun dari hasil tangannya. Jika ada 
sekalipun, itu semua datang dari Kerajaan 
Pusat dan bukan dari Mukhriz sendiri.

Mahathir mungkin sedar dan tahu bahawa 
Mukhriz juga seorang yang gagal dalam 
politik. Sama ada di peringkat UMNO 
Bahagian mahupun di Pusat, Mukhriz 
hanya gah pada hujung namanya 
'Mahathir' sahaja. Jika 'Mahathir' 
tiada nanti, tiada siapa mahu pandang...

Mahathir dan Mukhriz perlu sedar diri 
sendiri. Jika berprinsip, Mukhriz perlu 
keluar dari UMNO dan jadi Adun Bebas 
di Ayer Hitam. Cara itu barulah betul 
dan beretika. Jika tidak, maka kekallah 
dalam UMNO dan tunggu saja pemilihan 
agung UMNO nanti... 

Tak perlu menghentam Presiden parti 
dan memburuk-burukkan imej UMNO.

Bila dah terlajak macam ini maka 
tunjukkan kejantanan dalam perjuangan.
Jangan jadi api dalam sekam,guntingan 
dalam lipatan dan musang berbulu ayam!!!
- AmirHamzah