Tuesday, 28 April 2015

PISHANG,PISHANG,OH PISHANG!!!


ANTARA DUA PRESIDEN




Pishang emas dibawa belayar,
Pishang saya di Sungai Buloh,
Pishang saudara tak tersasar,
Pishang saya belakang tutuh.



VIDEO PORNO CHINA DOLL TAK PERCAYA! VIDEO MENARI BERSAMA KELUARGA SIBUK DIVIRALKAN! ITULAH OTAK PEMBANGKANG!!!

Memang pelik perangai puak-puak ni...

Bersungguh-sungguh pulak mereka menviralkan 
klip video yang menunjukkan Najib dan Rosmah 
sedang menari dalam majlis keluarga membabitkan 
keluarga besan mereka di Khazakstan untuk tatapan 
umum sekaligus membawa kepada nada kebencian 
dan sentimen yang meluap-luap kepada pasangan 
berkenaan.

Golongan berkenaan berusaha untuk menunjukkan 
betapa kejinya Najib dan Rosmah menari bersama-
sama anak dan ahli keluarga mereka dalam majlis 
keluarga itu

Konon-kononnya, gambaran yang diberikan ialah, 
betapa tidak senonohnya Perdana Menteri Malaysia 
dan isterinya sehinggakan mereka boleh menari di 
khalayak awam.

Apa masalahnya kalau Najib dan Rosmah buat 
breakdance di dalam majlis keluarga mereka?

Kalau dikatakan Najib dan Rosmah menari 
merupakan perbuatan jijik yang dirakamkan 
dalam sebuah klip video, bagaimana pula 
dengan gelagat Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali?

Yang mana satukah lebih menjijikkan dan begitu 
menghinakan maruah diri dan para penyokong?

Setakat menari, Anwar Ibrahim sendiri pun menari 
dengan penuh gaya dalam klip video yang berlatar 
belakangkan lagu KOPI DANGDUT ketika dia di 
puncak kuasa sewaktu di dalam kabinet.

Menari dengan anak bini pun, dah jadi satu 
dosa juga ke?

BUKA PINTU BUKA BAJU! PANAU KURAP PENUH BADAN!!!




Serang Najib pasal takut BN kalah tapi 
pada masa yang sama beri peluru kat 
pembangkang tumbangkan BN.


Rupa-rupanya Lim Kit Siang awal-awal 
lagi dah beri amaran. 


Nasiblah pakkkkk!!!! Bila Najib berusaha 
nak kuatkan umno dengan kerjasama pas 
yang sekarang ni hebat bercakaran dengan 
pkr dan dap, kau pulak yang musnahkan 
semuanya.


 Dalam politik kini mencari dan memburukan 
adalah mudah dan memang di nanti-nantikan 
oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan 
berniat jahat untuk mendapat kuasa dan 
merealisasikan agenda mereka.


Memang tak heranlah menggunakan bidang 
kewangan sebagai senjata untuk menjatuhkan 
seseorang pemimpin tak kira apa parti.


Yang uniknya yang memberi dan merasuah 
adalah orang punyai wang dengan baling batu 
sembunyi tangan.


Maka zaman terbuka dann maklumat di hujung 
jari adalah menjadi perbahasan dan debatan 
terbuka tentang kepincangan yang ada dan akan 
terbukti salah bila bukti kukuh atau suatu rahsia 
itu tersebar luas dek PHD!!!

Monday, 27 April 2015

Memijak Dan Menari Atas Al-Quran!!!


37 Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran 

Bertukar Jadi Monyet Dan Babi

1









Seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu….

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah.

Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tenggelam sekelip mata. Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi. Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan.

PENUH BERNAFSU TAK PERNAH PUAS-PUAS!!! MANUSIA...MANUSIA...HIDUP MENONGKAT LANGIT!!!


MAHATHIR HARAP UNDI BN DI ROMPIN MEROSOT!!!



BN MENANG PERMATANG PAUH BERAKHIRLAH   
KEMPEN ANTI NAJIB!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir 
Mohamad yakin BN akan menang dalam 
Pilihan Raya Kecil Rompin dan yang paling 
menarik baginya ialah untuk mengetahui 
samada BN dapat mengekalkan majoriti 
besar yang diperolehi sebelum ini.

Bagi Tun Dr. Mahathir jika kali ini undi 
merosot, sudah bererti beliau dapat melihat 
kebenaran dalam ramalannya BN akan kalah 
dalam Pilihan Raya Umum akan datang, 
terutama sekali kerana berlaku di kawasan 
Parlimen yang diwakili sahabat karib Najib 
dan orang kepercayaan Perdana Menteri.

Kemerosotan undi sudah cukup untuk 
melonjakkan lagi keazaman Tun Dr. Mahathir 
dalam perjuangan nekadnya bagi menjatuhkan 
Najib. Inilah yang paling mendebarkan Najib.

Bagi Permatang Pauh, Tun Dr. Mahathir turut 
dalam ramalan popular bahawa BN pasti kalah 
dan PKR akan menang kerana pengundi yang 
sentimen kepada Anwar tidak mempedulikan 
apapun, sebaliknya akan mengundi membabi 
buta.

Bagaimanapun, sekiranya ditakdirkan Allah 
BN menang di Permatang Pauh, maka Tun 
Mahathir mestilah menutup buku anti kempen 
Najib dan Najib akan dapat cahaya baru bagi 
BN dalam Pilihan Raya umum kelak.

Sementara itu seorang wakil rakyat DAP Pulau 
Pinang, tidak bersetuju dengan Penasihat DAP, 
Lim Kit Siang untuk berkerjasama dengan Tun 
Dr. Mahathir bagi menyelamatkan Malaysia, 
kerana kempen Tun Dr. Mahahtir untuk 
menjatuhkan Najib adalah tidak demokratik 
dan lebih bertujuan untuk memperkuatkan 
UMNO.

Wakil ini salah dalam membuat pertimbangan. 
Tun Dr. Mahathir menjalankan kempen anti 
PM Najib di luar kerajaan dan tidak 
menggunakan kuasa kerajaan. Beliau bukan 
seperti Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri 
Singapura yang terus memegang tali dan 
menarik hidung perdana menterinya bila perlu. 
Malah Tun Dr. Mahathir tidak pun membayangi 
dirinya sebagai penasihat tetapi terus bersara 
dan menjadi pengkritik di luar.

Maka itu, Tun Dr. Mahathir adalah benar 
dalam mendakwa dirinya bukan authoritarian 
seperti Lee Kuan Yew. Pada umurnya 91 tahun  
tanpa kuasa masih boleh menggoncang kerajaan, 
maka tentulah beliau pemimpin yang paling hebat 
di dunia. Jika beliau disiasat atau ditangkap maka 
pasti akan menggemparkan dunia.

Ini berbanding dengan kedudukan pengaruh 
Perdana Menteri Malaysia Pertama,  Almarhum 
Tunku Abdul Rahman selepas bersara sekalipun 
cuba memberikan fikirannya di luar kerajaan, 
tetapi tetap tidak popular di kalangan orang 
Melayu.-Zamkata.