Sunday, 2 August 2015

SAKIT GIGI MENJADI-JADI KERANA MEREKA BERDUA!!! BERDUYUN-DUYUN KE KLINIK GIGI!!!


KLINIK GIGI KATA MANA NI YE???


NAMPAK GAYANYA DAH TAK TAKUT DAH 
LAH NAK CABUT GIGI KAT KLINIK GIGI!!!

AZABNYA WANITA YANG ENGKAR!!!





Baca jangan tak baca , untuk renung renungan 
(Wanita tolong baca )

(Tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan 

yang anda kenal)

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang 

bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw 

menangis. Baginda menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat 

perempuan-perempuan yang sedang disiksa 
dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya 
mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan 
mereka yang sangat berat dan mengerikan 
siksanya.

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan 

apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada 
perempuan digantung rambutnya, otaknya 
mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, 

tangannya diikat ke belakang dan timah cair 
dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya 

dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubun
nya, dihulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badan

nya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. 
Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, 
memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak 

dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti 
yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar 
dari lubang hidung, badannya berbau busuk 
kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti 

himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. 
Aku lihat perempuan yangrupanya seperti 
anjing, sedangkan api masuk melalui mulut 
dan keluar dari duburnya sementara malaikat 
memukulnya dengan pentung dari api neraka,
"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan 

mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, 

adapun mereka yang tergantung rambutnya 
hingga otaknya mendidih adalah wanita yang 
tidak menutup rambutnya sehingga terlihat 
oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah

 isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya 

ialah perempuan yang tidak taat kepada 
suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suami
nya, dan perempuan yang tidak mau mandi 
suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri 

ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan 
muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri 

dengan gunting api neraka kerana ia 
memperkenalkan dirinya kepada orang lain, 
bersolek dan berhias supaya kecantikannya 
dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan 

tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan 
ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh 
solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak 
mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan 

badannya seperti himar ialah tukang umpat 
dan pendusta. 

Perempuan yang menyerupai anjing ialah 
perempuan yang suka memfitnah dan 
membenci suami.

"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah 
Az-Zahra pun turut menangis.

Inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:
1. Biarkan info ini di sini.
2. Share info ini ke sejumlah orang yang 

anda kenal dan Insya Allah redha Allah 
akan dianugerahkan kepada setiap orang 
yang anda kirim.

IBU DAN ANAK SAMA SERUPA !!!



Ibu Neelofa Kongsi Gambar Ketika Remaja. Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi. Yang Pasti Buatkan Rusuk Kiri Kaum Adam Bergegar!!


ibuneelofacls01
BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.
Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.
img_vkwZ2AI6Rl
Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.
Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.

neelofa 1_1
“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Akhbar Metro.

BARACK OBAMA PUN ADA PIHAK YANG MENYUMBANG DANA KEPADA KEMPEN PRESIDENNYA!!!


PEMBIAYAAN POLITIK: MENANGANI REALITI

Pertamanya, mari kita berbincang mengenai fakta.

Sumbangan untuk politik adalah sah dari segi undang-undang Malaysia.

Jika anda mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah parti politik dan meyakini perjuangannya, anda boleh membantu mereka mencapai matlamat dengan menyumbang wang dan/atau aset.

Sebetulnya, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang dimahukan: RM10, RM1,000 atau sejuta ringgit - malah satu bilion ringgit sekalipun - jika mampu berbuat demikian.

Mengimbas kembali, saya pernah menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima tahun (2008-2013). 

Saya tahu barisan anggota SPRM berusaha keras untuk mendapatkan persetujuan parti politik dalam mewujudkan prosedur lebih telus berhubung sumbangan politik. 

SPRM berhasrat mahu melihat semua sumbangan diisytihar secara rasmi atas nama ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Apabila SPRM mula-mula mencadangkan perubahan dari segi pembiayaan politik, pemimpin politik pertama yang menyokong idea itu mungkin mengejutkan anda.

Tidak lain tidak bukan, ia adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap cadangan SPRM dan mahukan ia dilaksanakan serta dimasukkan ke dalam inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara parti yang paling awal membantah reformasi pembiayaan adalah DAP. DAP memberi alasan yang mementingkan diri - dan itu amat mengecewakan. Pemimpin DAP bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan parti terbabit.

Dalam mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat melaporkan Tian Chua sebagai berkata: 

"Beliau bimbang pengisytiharan penuh akan menjejaskan penyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan bagi parti pembangkang, kebimbangan bahawa penyumbang mungkin didakwa oleh parti yang menang kerana menyokong pakatan pembangkang dalam mana-mana pilihan raya umum. Ini dengan sendirinya akan menyebabkan pengurangan sumber kewangan bagi pakatan pembangkang."

Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Anthony Loke turut menyuarakan perkara sama menerusi Forum Majlis Peguam mengenai pembiayaan politik pada 29 September 2011.

Berdasarkan alasan sama, mengapa Pakatan Rakyat tidak boleh mendedahkan sumbangan diterima daripada ahli perniagaan dan individu sejak 2008 di dua negeri terkaya di Malaysia yang diperintahnya - Pulau Pinang dan Selangor? 

Jelas sekali, kebimbangan seperti disuarakan Tian Chua dan Anthony Loke tidak lebih daripada alasan remeh dan bukannya atas nama ketelusan.

Semua pihak mengetahui parti pembangkang agak kreatif dalam meraih dana bagi menampung operasinya. Bukan rahsia juga bahawa mereka menerima pembiayaan politik daripada ahli perniagaan dan individu yang menyokong perjuangan, selain penganjuran majlis makan malam amal yang berkesan dan diadakan hampir setiap minggu (jika bukan setiap malam).

Walaupun tiada yang terkejut jika pembiayaan diterima daripada sumber domestik, ramai yang membuat spekulasi bahawa parti pembangkang turut menerima sumbangan daripada sumber luar negara. 

Sesetengahnya berselindung sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya membiayai bagi kemajuan aspirasi demokratik. Lebih kurang begitulah.

Kembali kepada isu diperkatakan dan dengan bantahan keras daripada DAP, inisiatif perubahan pembiayaan politik terpaksa dilupakan - tanpa sempat dimulakan. Ia tidak pernah digerakkan. Ia terbantut. 

Sehingga sekarang, ramai yang sukar mempercayai mengapa DAP - parti politik yang menjulang dirinya sebagai parti reformis - tidak bersetuju dengan idea berkenaan.

Bagi kebanyakan pihak, sumbangan politik adalah amat penting bagi DAP. Justeru, sebarang gangguan terhadap aliran pembiayaan politik akan memusnahkan rancangan besar DAP ke arah membentuk Malaysian Malaysia. Jika tidak, tentangan jelas DAP terhadap inisiatif perubahan seperti ini tentunya kelihatan aneh.

Gara-gara DAP, Malaysia kehilangan peluang keemasan untuk menangani kebimbangan banyak pihak terhadap kerahsiaan yang melingkari pembiayaan politik di negara ini.

Oleh itu, saya dapati agak menghairankan kebelakangan ini apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato' Sri Najib mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan mereka dengan keras menentang inisiatif perubahan pembiayaan politik sejak awal.

Saya teringat perbahasan di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Saya bertanya kepada Ahli Parlimen DAP dari mana DAP mendapat wang yang banyak bagi membina ibu pejabat parti yang baru bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh 2 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri. 

Tambahan pula, saya katakan, Gerakan mengambil masa 12 tahun untuk membina ibu pejabatnya yang kebetulan hanya merupakan sebuah premis biasa. Saya turut mengingatkan DAP supaya tidak melupakan asal usul sosialis parti itu, termasuk menolak sebarang bentuk kemewahan.

Bagai dirancang, beberapa Ahli Parlimen DAP bangkit dan mencelah bagi mengganggu perbahasan saya. Seorang daripadanya, Ahli Parlimen DAP dari Bruas, Ngeh Koo Ham, menjerit dari tempat duduknya dan mengatakan DAP mempunyai ramai penyokong yang sanggup memberi sumbangan wang ringgit kepada DAP.

Dalam satu lagi contoh, pada Pilihan Raya Umum 2008 di Permatang Pauh (ketika Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen) buat pertama kalinya dalam kerjaya politik saya, BN benar-benar berhabis dari segi logistik dan jentera pilihan raya seperti poster, kain rentang dan aktiviti kempen.

Saya masih ingat, setiap kali pekerja parti BN memacak satu bendera BN, ia pasti ditenggelami oleh bendera pembangkang dalam tempoh dua jam. Setiap kali BN memasang kain rentang besar, pembangkang akan melakukan perkara sama dengan kain rentang yang dua kali besar saiznya pada hari yang sama.

Ternyata, tanpa pembiayaan politik yang banyak, parti pembangkang tidak mungkin dapat menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran.

Berdasarkan persekitaran pembiayaan politik sedemikian, BN juga tidak terlepas daripada amalannya. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad mengingati catatan dalam blognya yang disiarkan pada 13 Jun 2008, yang mana beliau mengaku menyerahkan lebih RM1.4 bilion – dalam bentuk tunai dan aset - kepada Presiden UMNO yang baharu ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003. Itu adalah nilai tunai dan aset UMNO pada waktu itu.

Melangkah 12 tahun ke hadapan ke hari ini, dengan mengambil kira inflasi sepanjang beberapa tahun dan cabaran lebih hebat dalam membiayai jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri UMNO dan BN di empat negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan) sejak 2008, saya tidak akan terkejut jika pucuk pimpinan perlu bersikap lebih proaktif dalam mendapatkan pembiayaan daripada penyokong serta penyumbang.

Di akhirnya, kini wujud keperluan lebih mendesak untuk mengawasi pembiayaan politik dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh pembangkang terutama DAP.

Bagaimanapun, sementara menunggu lonjakan keyakinan itu menjadi kenyataan dalam kalangan pakatan pembangkang, tiada pihak yang berhak mendabik dada dan mendakwa dirinya lebih baik berbanding yang lain.

Oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.
https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/702233533241593