Thursday, 2 April 2015

Gagah Perkasa Di Ranjang.




Libido atau naluri seks adalah amat penting buat seseorang lelaki.  Kunci kepada seks yang bertenaga adalah peredaran darah yang lancar.  Oleh itu anda perlulah rajin mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid lemak seperti ikan, terutamanya ikan salmon dan tuna.

Selain itu mari kenali lain-lain makanan  yang boleh menjadikan anda gagah perkasa di ranjang.

Ikan

Selain tinggi dengan omega-3 ikan juga dapat membantu fungsi otak, merendahkan kolesterol dan membantu dalam peredaran darah.

Biji Bunga Matahari

Ia mengandungi vitamin B1 yang tinggi yang boleh meningkatkan stamina.

Kekacang

Kekacang seperti badam menggalakkan pengeluaran hormon lelaki.

Buah oren

Vitamin C yang banyak di dalam buah oren amat baik untuk sistem imunisasi badan dan seterusnya membantu melancarkan peredaran darah supaya mendapat ereksi yang lebih lama.

Daun saderi

Makanan yang baik untuk meningkat stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon dikenali sebagai 'androsterone'.  Hormon yang dikeluarkan melalui perpeluhan dipercayai dapat merangsang naluri seksual wanita.

Biji labu

Mengandungi elemen zink yang penting dalam pengeluaran hormon testosteron untuk lelaki.

Jeruk kubis

Kajian menunjukkan 90 peratus lelaki menjadi lebih aktif secara seksual selepas memakan jeruk kubis.

Pisang

Ia mengandungi enzim 'bromelain' yang boleh meningkatkan libido lelaki.

Avokado

Mengandungi tahap asid folik yang tinggi untuk membantu memproses protein secara metabolisme seterusnya dapat memberikan lebih tenaga.  Avokado juga mampu meningkatkan libido wanita.

Asparagus

Kaya dengan vitamin E yang tinggi.  Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks.  Dipercayai anda boleh melihat kesannya setelah memakan asparagus selama tiga hari berturut-turut.


HUDUD: SIHIR!!!


SIHIR




Ijma’ ulama’ menyatakan bahawa sihir itu hukumnya haram dan kafirlah orang yang menghalalkannya. Orang yang mempelajarinya, mengamalkannya dan membenarkannya adalah kafir kerana melakukan sesuatu yang syirik.


UQUBAH KE ATAS TUKANG SIHIR


Pendapat Abu Hanifah, Malik, Ahmad, Golongan Syi’ah dan sebilangan besar sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.:

Tukang sihir wajib dibunuh dengan dipenggal lehernya dengan pedang kerana mempelajari dan mengamalkan sihir kerana ia telah kafir dan tidak perlu disuruh taubat terlebih dahulu.


Pendapat Asy-Syafie dan golongan Az-Zahiriah:

Jika perbuatan atau ucapan ahli sihir itu kufur, maka tukang sihir itu adalah kafir murtad. Berlakulah ke atasnya hukuman seperti ke atas orang yang murtad, kecuali ia bertaubat. 

Jika perbuatan atau ucapannya tidak kufur, maka ia tidak kafir dan tidak boleh dibunuh. Ia dihukum menurut ketentuan hakim berdasarkan maklumat dari dalil-dalil yang sah.



IKRAR DALAM HUDUD

TAKRIFAN IKRAR

Secara literal, ia bermaksud menstabilkan atau menyesuaikan sesuatu yang berubah-ubah antara pengakuan dan penafian. 


Menurut mazhab Syafi’e, Al-Iqrar ditakrifkan sebagai pengakuan dan penghindaran penafian. Ia ditakrifkan sebagai testimoni berhubung dengan hak atau tuntutan terhadap orang yang memberi keterangan. Pengakuan adalah jenis keterangan yang terbaik dan hakimlah yang perlu meneliti dan mengkaji untuk mengesahkan bahawa keterangan palsu tidak wujud.


AL-MUQIRR (ORANG YANG BERIKRAR)

Berkelayakan mengikut hukum syara’, iaitu matang dan dewasa, waras, dan berhati-hati (rasyid).

Membuat pengakuan secara sukarela tanpa paksaan.

Bukan dalam keadaan seperti berikut:

Orang yang sedang dalam tidur (mengigau).
Orang yang dalam pengsan.
Orang yang berjenaka.
Orang yang mabuk.


SYARAT IKRAR DALAM KES SHURB AL-KHAMR (MINUM ARAK)

Ahli fikah menetapkan syarat berikut untuk sesuatu pengakuan salah menjadi sah dari segi Shurb Al-Khamr:


1.Mazhab Hanbali, Abu Yusuf dan Zafer, tidak seperti majoriti pakar undang-undang Muslim yang lain, mensyaratkan bahawa ia mestilah diulang sebanyak dua kali. Pendapat mereka ini berdasarkan analogi keperluan membuktikan kesalahan melalui testimonial dua orang saksi dan juga amalan Sayidina Ali.


2.Ahli Fikah telah mencapai kesepakatan melainkan kumpulan Zahiriah tentang pendapat bahawa pengakuan salah tidak boleh ditarik balik.


3.Pendapat yang dominan dalam mazhab Hanafi ialah muqrir (pengikrar) mestilah dalam keadaan mabuk semasa membuat pengakuan salah tersebut.


SYARAT IKRAR DALAM KES CURI DAN HIRRABA

Jumhur ulama’ selain Imam Hanbali, Abu Yusuf, dan Zafer berpendapat bahawa satu pengakuan salah sudah cukup memadai untuk membuktikan kes curi dan hirraba.

Ahli fikah sebulat suara mengatakan yang tertuduh mesti memberi huraian lengkap tentang kesalahan yang dilakukan.
Abu Hanifah dan beberapa ulama mazhab Syafi’e membuat syarat tambahan bahawa untuk menerima pengakuan salah sebagai sah, mestilah ada tuntutan oleh pihak yang terkilan. 

Hal ini berdasarkan keputusan Rasulullah s.a.w. dalam kes Samarah yang mengaku dia mencuri harta tertentu milik masyarakat setempat. Baginda s.a.w. menangguhkan pengumuman keputusan sehingga baginda bertemu dengan semua pihak yang terkilan bagi mengesahkan pengakuan salah yang dibuat.


SYARAT IKRAR DALAM KES ZINA

Mazhab Syafi’e, Maliki dan kumpulan Zahiriah berpendapat sekali pengakuan sahaja sudah memadai untuk menyabitkan kesalahan. Mereka memberikan hujah:


Keputusan Rasulullah s.a.w. dalam kes Aseef di mana baginda tidak menentukan sebarang jumlah, dan mengarahkan Anis pergi bertanya kepada perempuan tersebut dan jika perempuan itu mengaku, rejam kedua-dua pesalah dengan batu.

Ghamidiah tidak membuat lebih daripada satu pengakuan salah di hadapan Rasulullah s.a.w.

Tindakan Rasulullah melambat-lambatkan untuk menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Maiz selepas tiga kali pengakuan yang pertama ialah kerana baginda meragui kewarasannya.

Sesuatu ikrar adalah secebis maklumat yang lebih dianggap benar daripada palsu. Oleh itu, ia boleh dibuktikan hanya dengan sekali pengakuan sahaja.

Majoriti ahli fikah berpendapat bahawa muqirr mesti memberi keterangan terperinci tentang kesalahan yang dilakukan seperti masa, tempat dan cara melakukannya.


KESALAHAN HUDUD YANG LAIN

Bagi kesalahan hudud yang lain, ahli Fikah telah sebulat suara bersetuju bahawa ia boleh dibuktikan dengan hanya sekali pengakuan salah sahaja.

Dalam kes seperti murtad dan pemberontakan, dibenarkan menarik balik pengakuan tetapi tidak dalam kes Qazaf.


HIKMAH HUDUD


HIKMAH HUDUD KEPADA INDIVIDU

Hukum Hudud yang dilaksanakan dapat mendidik manusia menjadi insan kamil yang bermanfaat kepada dirinya sendiri dan alam sejagat, mencegahnya daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang menjatuhkan iman dan sahsiahnya, serta dapat menghalangnya daripada melakukan kesalahan selanjutnya jika telah melakukan kesalahan itu. Ini adalah berdasarkan tujuan hukum Hudud disyari’atkan kepada manusia.


HIKMAH HUDUD KEPADA MASYARAKAT


Dengan pelaksanaan hukum Hudud ini, ia dapat mewujudkan dan melindungi maslahat umum dan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan. Dalam masyarakat mana pun ada orang jahat sebagaimana juga dalam semua badan manusia, pasti ada penyakitnya sama ada banyak atau sedikit. 

Seorang pembunuh atau penjenayah adalah manusia yang berpenyakit dan sangat berbahaya dalam kehidupan masyarakat. Adanya penjenayah pasti akan menggugat ketenteraman dan kestabilan masyarakat. 

Dalam hal ini, peranan Syari’at dalam mengubati masyarakat sama seperti peranan seorang doktor mengubati pesakitnya. Selama penyakit boleh diubati, selama itulah ia perlu diubati. Tetapi jika tidak dapat diubati, ia harus dimusnahkan. Perumpamaan ini adalah sangat sinonim dengan Sistem Hukum Hudud.


HIKMAH HUDUD KEPADA AGAMA

Sistem hukum Hudud dapat memberikan gambaran positif terhadap orang-orang yang menganut agama lain tentang agama Islam. Ini kerana pelaksanaan sistem ini amat memerlukan ketepatan bukti, adil dalam meletakkan keputusan, tegas dalam melaksanakan hukuman dan mempunyai rasa belas terhadap pesalah yang tidak memenuhi syarat had atau yang menarik balik pengakuan. Hukum ini dapat melahirkan umat yang sentiasa suci, tidak berbuat jahat dan tidak dipandang serong oleh masyarakat agama lain.


HIKMAH HUDUD KEPADA NEGARA


Pelaksanaan sistem hukum Hudud ini dapat melahirkan negara yang jauh lebih aman dan sentosa. Kenyataan-kenyataan membuktikan kepada kita bahawa negara-negara yang menjalankan hukum Jenayah Islam sekarang adalah jauh lebih aman daripada negara-negara lain di seluruh dunia. 


Negara-negara Arab Saudi, Iran, Oman, dan lain-lainnya menjadi contoh dan bukti yang sangat nyata. Dolak-dalik yang dikemukakan bagi maksud menimbulkan kebencian dan keraguan orang terhadap hukum-hukum Islam sebenarnya dilakukan oleh musuh-musuh Islam atau agen-agennya yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dari jalan Tuhannya.


TERJEMAHAN / TAFSIR DARIPADA AL-QURAN BERKAITAN HUDUD


Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang fasiq (derhaka)
(Surah Al-Maaidah, ayat 47)


Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir
(Surah Al-Maaidah, ayat 44)


Barangsiapa yang kafir dengan Allah sesudah ia beriman (ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksakan kafir padahal hatinya tetap tenang dalam iman, tetapi orang yang lapang dadanya dengan kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar
(Surah An-Nahli, ayat 106)


Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk
(Surah Al-Isra’ ayat 32)


Wanita penzina dan lelaki penzina hendaklah kamu dera atau setiap orang seratus kali rotan dan janganlah belas kasihan atas kedua-duanya menghalang kamu dalam (menegakkan) agama Allah, jika sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari Akhirat,dan hendaklah pelaksanaan hukuman atas kedua-duanya dipersaksikan oleh sekumpulan orang-orang mukmin.
(Surah An-Nur, ayat 2)


PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA


Pelaksanaan hukum Hudud bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Di sebuah batu bersurat yang bertulis dengan tulisan Jawi yang telah dijumpai di suatu tempat berhampiran Kampung Buluh di Sungai Tersat, Kuala Berang di Hulu Terengganu yang mana tarikhnya ialah 22 Februari 1303 bersamaan dengan 4 Rejab 702 A.H. disebutkan:-

“Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu dimatikan.”


Namun, selepas di kaji melalui bacaan buku Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia karangan Ahmad Mohamed Ibrahim, dapatlah disimpulkan bahawa tidak ada undang-undang Malaysia yang mengikut hukum Hudud atau menggunakan hukum Hudud secara tepat seperti yang disyari’atkan. 


Sebagai contoh dinyatakan bahawa apabila berzina, hukuman had yang sepatutnya dikenakan dalam Hudud adalah dirotan 100 kali bagi pesalah bukan muhshan, dan direjam sampai mati bagi pesalah muhshan. 


Namun dalam undang-undang Malaysia, pesalah zina dan rogol dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan tidak melebihi 10 sebatan dan denda di bawah Seksyen 46(2) (cabul), Seksyen 10 (sumbang mahram), Seksyen 11 (zina), dan Seksyen 16 (kehamilan di luar nikah) dalam Kanun Jenayah Syariah 1985, serta Seksyen 375 dan 376 (mengenai rogol) dalam Kanun Keseksaan.


Undang-undang Islam diletakkan di bawah Senarai Negeri. Ini bermakna kuasa perundangan dan pentadbiran undang-undang Islam adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Badan yang berkuasa untuk membuat undang-undang berkaitan agama Islam adalah Dewan Undangan Negeri. Keadaan ini menjadikan setiap negeri perlu membuat enakmen tersendiri berkaitan perundangan dan pentadbiran Islam selagi mematuhi Perlembagaan dan tidak melangkaui sebutan-sebutan dalam Undang-undang rasmi negara.


KESIMPULAN

Berdasarkan kajian-kajian di atas, terdapat banyak perkara yang dapat disimpulkan. Kebesaran Allah s.w.t. dalam menentukan hukum, hala tuju manusia dan tindakan manusia adalah sangat hebat dan tiada tandingannya. Dapatlah disimpulkan bahawa:


Hukum Allah adalah tepat, adil, tidak lapuk dek peredaran zaman, bersesuaian dalam semua keadaan, tempat dan masa, dan amat berkesan dalam menangani masalah manusia bermasalah.

Pentingnya hukum ini dilaksanakan untuk memiliki suasana atau negara yang harmoni, aman dan tenteram.

Betapa Maha Besarnya kuasa Allah s.w.t. yang menetapkan hukum-hukum manusia yang mempunyai banyak keistimewaan dan kebaikan itu.

Betapa pentingnya kita sebagai umat Islam wajib patuh pada perintah-Nya dan wajib menjauhi segala larangan-Nya tanpa dolak-dalik, was-was atau curiga.

Wednesday, 1 April 2015

Gadis Bergaduh Dengan Pemandu Teksi!!!


Punca Sebenar Gadis Bergaduh Dengan Pemandu Teksi Di Stesen Minyak Shah Alam.



Hari ini menjadi viral di laman sosial kisah sekumpulan gadis mengamuk di sebuah stesen minyak di Shah Alam gara-gara kereta Myvi milik salah seorang daripada mereka telah dilanggar oleh seorang pemandu teksi.

Menurut sumber portal Oh! Media iaitu page yang menyiarkan rakaman video tersebut, pihak wanita berkenaan telah tampil membuat penjelasan lengkap termasuk report polis.

Rakaman dari pihak perempuan pulak berkaitan kes perempuan kereta myvi mengamuk terhadap pemandu teksi.

Punca Sebenar Gadis Bergaduh Dengan Pemandu Teksi Di Stesen Minyak Shah Alam

Menurut mereka, tindakan pemandu teksi tersebut yang telah memukul salah seorang daripada mereka menyebabkan kekecohan besar tersebut terjadi.

Mungkin kerana cara percakapan gadis-gadis tersebut 'boleh tahan', pemandu teksi tersebut mungkin menjadi geram sehingga menggunakan kekerasan terhadap gadis tersebut.

Punca Sebenar Gadis Bergaduh Dengan Pemandu Teksi Di Stesen Minyak Shah Alam

Selepas kejadian, mereka telah ke balai polis untuk menyelesaikan kes ini, bapa gadis tersebut telah sampai dan sebaik mengetahui anaknya dipukul, bapa gadis tersebut telah bertindak nekad memukul pemandu teksi berkenaan.

Punca Sebenar Gadis Bergaduh Dengan Pemandu Teksi Di Stesen Minyak Shah Alam

Kerana tumbukan itu, pemandu teksi berkenaan mengalami pendarahan di muka. Sepatutnya kejadian ini diselesaikan cara berhemah, tapi bapa manakan sanggup tengok anaknya dipukul.

Punca Sebenar Gadis Bergaduh Dengan Pemandu Teksi Di Stesen Minyak Shah Alam

Apapun harapan kami, kejadian ini boleh diselesaikan cara elok dan harap tidak berlaku lagi sebegini kerana sudah banyak kejadian pukul/gaduh melibatkan pemandu kenderaan.

Punca Sebenar Gadis Bergaduh Dengan Pemandu Teksi Di Stesen Minyak Shah Alam

HUDUD: HUKUM PEMBERONTAKAN(BUGHAH)!!!


PEMBERONTAKAN (BAGHYUN)




Ada empat golongan yang dikategorikan sebagai penderhaka (pemberontak) iaitu:

-Golongan yang tidak mentaati pemerintah kerana sengaja ingin merosakkan keamanan negeri.

-Kumpulan yang memberontak terhadap pemerintah yang adil kerana salah faham atau takwil yang keliru, tetapi jumlahnya kecil.

-Golongan khawarij yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa-dosa besar dan juga mengkafirkan Uthman, Ali, Thalhah, Az-Zubair dan banyak sahabat yang lain, dan menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka kecuali yang menyertai pergerakan mereka.

-Golongan ahlul-haq yang menentang pemerintah dan bertujuan untuk melucutkan jawatannya kerana sesuatu takwil yang keliru, dan mereka mempunyai kekuatan yang memerlukan kekuatan pula untuk menentang mereka.


Dua golongan umat Islam yang berperang kerana ashabiah atau kerana merebutkan kekuasaan.


UQUBAH KE ATAS BUGHAH (PEMBERONTAK)




Segolongan ulama’ berpendapat bahawa pemberontak wajib terus diperangi kerana membiarkan mereka akan melahirkan banyak lagi kerosakan yang sukar diperbaiki.

Segolongan ulama’ pula berpendapat pemberontak wajib diperangi tetapi harus dinasihat dan diberi amaran terlebih dahulu.



LIWATH

PENGERTIAN LIWATH

Ialah hubungan seks antara lelaki dengan lelaki lain melalui jalan belakang (dubur) dan termasuk juga hubungan seks antara lelaki dengan perempuan melalui jalan belakangnya. Liwath adalah lebih khusus dalam kes homoseks (hubungan sejenis) walaupun tidak melibatkan jalan belakang.


HUKUM LIWATH

Liwath dipandang keji dalam semua masyarakat Samawi, termasuklah Islam. Ia bermula sejak zaman umat Nabi Luth dimana lelaki melepaskan nafsu terhadap lelaki dan tidak mendekati isteri-isteri mereka. Ijma’ ulama’ bahawa liwath adalah dosa besar dan dikenakan hukuman duniawi dan ukhrawi.


UQUBAH TERHADAP PESALAH LIWATH


Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa orang yang melakukan liwath wajib dikenakan hukuman mati (bunuh) walaupun pesalah bukan muhshan. Di antara yang berpendapat seperti berikut ialah sahabat-sahabat Rasulullah dan salah satu pendapat Asy-Syafi’e.


Abu Bakar As-Siddiq dan Ali bin Abu Thalib berpendapat, orang yang melakukan kesalahan liwat itu hendaklah dipenggal lehernya dengan pedang, kemudian mayatnya dibakar.

Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan berpendapat, pesalah hendaklah ditindih dengan tembok atau dinding batu sampai mati.

Abdullah bin Abbas pula berpendapat pesalah dan pasangannya hendaklah dicampak dari bangunan yang paling tinggi dalam negeri.

Ulama’ lain berpendapat hukuman ke atas pesalah liwath sama dengan hukuman yang diterima pesalah zina.


SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN

Syarat-syarat pelaksanaan hukumannya sama dengan syarat-syarat pelaksanaan hukuman pesalah zina. Dan juga melibatkan:

Pelakunya hendaklah mukallaf, dewasa dan berfikiran waras.
Melakukan liwath dengan sengaja, bukan dipaksakan.


HUBUNGAN SEKS DENGAN HAIWAN

Para ulama’ bersependapat bahawa melakukan hubungan seks dengan haiwan itu adalah dosa besar

Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Daruqunthi, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Abu Asyaikh meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa mendatangi haiwan hendaklah kamu bunuhnya dan bunuhlah haiwan itu bersamanya.”


UQUBAH KE ATAS ORANG YANG BERHUBUNGAN SEKS DENGAN HAIWAN


Pendapat golongan Malikiah:


Wajib dikenakan hukuman had serupa dengan hukuman ke atas penzina. Orang muhshan direjam sampai mati dan bukan muhshan dirotan seratus kali.


Pendapat golongan Hanbali:

Wajib dikenakan hukuman had serupa ke atas pesalah yang melakukan liwath.


Pendapat golongan Hanafiah:

Tidak dikenakan had, kerana tidak termasuk dalam erti zina dan tiada nash dari Al-Quran atau As-Sunnah mengenainya. Wajib dikenakan Ta’zir mengikut ketentuan hakim.


Pendapat golongan Asy-Syafi’e:

Pendapatnya yang paling kuat adalah serupa dengan pendapat mazhab Maliki, pendapat yang kedua sama dengan pendapat mazhab Hanafi.


HUKUM HAIWAN YANG DISETUBUHI

Para ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat haiwan tersebut perlu dibunuh untuk mengelakkan masyarakat sekeliling mengumpat (ghibat), mengelakkan daripada pesalah melakukan kali kedua dengan haiwan yang sama, dan untuk mengelakkan kekotoran ke atas pemakan.

Dimanakah Cantiknya Mereka Ini?Di Matanyakah?Di Hidungnyakah?Atau Di Manakah???






 beautiful girls

 beautiful girls



beautiful girls
beautiful girls

beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls
beautiful girls