Wednesday, 2 December 2015

RINTIHAN VAPER : TUANKU MINAT KERETA, KAMI MINAT VAPE!!!

Kami Tak Derhaka, Kami Tak Mencuri, Tak Melacur, Tak Minum Arak, Tak Berjudi, Tak Hisap ROKOK HANYA Isap Vape.


Ampun Tuanku,

Kami rakyat, Tuanku Sultan. Tuanku kaya raya, 
kami miskin hina. Apa Tuanku cakap, kami kena 
terima. Apa kami cakap, belum tentu Tuanku 
suka. 

Tuanku suka kereta dan Tuanku boleh beli apa 
saja kereta yang Tuanku suka sebab Tuanku 
kaya. 

Anakanda Tuanku punya birthday, Tuanku boleh 
belikan dia kapal terbang sebab Tuanku kaya 
raya. 

Kami rakyat, nak beli kereta mainan pun belum 
tentu mampu. Kami tak persoalkan hak Tuanku 
sebab itu wang Tuanku, hak Tuanku. Kami juga 
tahu nilai diri kami dan hidup ala mampu kami.

Ampun Tuanku,

Sekarang Tuanku benci vape, Tuanku ada kuasa 
mahu kasi ban. Itu hak Tuanku sebagai raja. 
Tetapi hak kami bagaimana pula? 

Hidup kami sudah cukup dibelenggu  dengan 
bermacam-macam halangan. 

Hidup kami sudah cukup melarat mencari wang 
makan untuk hidup. 

Ini bukan soal bangsa atau soal agama atau soal 
undang-undang. 

Ini soal sedikit peel nakal kami mahu menghisap 
vape. 

Sedikit habit buruk yang kami simpan untuk 
mendapat sedikit hiburan bagi mencari 
ketenangan diri. Sedikit ruang untuk menjadi 
agak tidak sihat dan tidak baik untuk diri.

Kami bazirkan sedikit wang yang kami susah 
payah cari ini untuk tabiat hina ini. Hanya untuk 
mencari sedikit ruang untuk melepaskan rimas 
hidup. Itu pun nampaknya sudah tidak boleh 
lagi.

Kami tidak mencuri, kami tidak derhaka pada 
Sultan, kami ikut undang-undang, kami tidak 
pergi berhibur di karaoke cari GRO, kami tidak 
pergi rumah urut melanggan pelacur, kami tidak 
pergi pub minum arak, kami tidak pergi kedai 
Toto beli nombor ekor. 

Kami hanya rosakkan kesihatan kami dengan 
sedikiit wap vape.

Jika itu pun mahu dihalang, maka apa lagi yang 
tinggal pada kami ini? 

Ampun Tuanku, 

Saya lafazkan ucapan tanda hormat saya 
sebagai seorang rakyat turun temurun sejak 
kesultanan Melayu, dari saya sebagai rakyat 
kepada Tuanku, sebagai Sultan. 

Walaupun jauh di sudut hati, saya sendiri tidak 
tahu apa sebab saya perlu mohon keampunan 
ini. W,salam. - Eddie Putera

Sumber: THEHYPEMEDIA.COM

2 comments:

Anonymous said...

Sedih.Itulah luahan penulis di atas.Rakyat marhaen seperti buah timun dgn buah durian.Serba salah.Bergolek sikit pun terkena duri durian.

Golongan vape nak bersabarlah.Harapan kita ialah rintihan vaper dapat pertimbangan semua pihak yg berkuasa.

Kalau haramkan vape sebab kesihatan dan gejala sosial haramkan juga rokok dan alkohol sebab kedua2xnya dah terbukti keburukannya.

Dicadangkan kerajaan buat peraturan/undang2x yg setimpal dgn pengawalan rokok.Antaranya vape hanya utk 18tahun keatas; dilarang utk semua murid sekolah;beri lesen kpd "brewer" cecair vape,jgn terhad kpd farmasi.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.Jgn ikut tindakan emosi.Pakailah otak.

Anonymous said...

Renung renungkan lah........

Hadis riwayat Bukhari......Ada dua jenis kenikmatan yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sehat dan nikmat masa lapang.....


Islam melatakan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan), Kalau kita mempunyai masallah kesihatan bermakna segala urusan ibadah yang turut terganggu. Pernyataan tersebut berdasarkan sabda Nabi SAW. yang bermaksud "Mintalah kepada Allahkesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (keimanan) ..Hadis riwayat Ibnu Majjah.