Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo
matang atau coklat kemerah-merahan. Warna
tersebut seakan-akan warna buah ciku yang
sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang
dimaksudkan di sini bukan hanya sekadar
meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja,
tetapi juga orang Melayu yang terdapat di
Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia,
Thailand dan juga Myanmar.
Namun begitu, apakah pendapat anda sekira
nya kita mengatakan bahawa orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala
asalnya berkulit hitam?.
Penulis yakin, tentu ramai yang tidak percaya!
Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir
seperti ini -
‘bagaimana orang Melayu di Semenanjung
Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam,
sedangkan kita sebagai anak cucu atau
keturunan mereka berkulit sawo matang?’.
Berikut adalah jawapannya...
Beberapa bulan yang lepas, Penulis Blog
telah menemui dua sumber pensejarahan
yang membuktikan bahawa nenek-moyang
kita dahulukala asalnya berkulit hitam.
Sumber pertama ialah Tarikh Patani -
sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai
dikarang pada sekitar tahun 1500 Masihi
oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk
Raja Faqih, seorang ilmuwan Melayu yang
berasal dari negeri Patani Darussalam.
Menurut Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip
Tarikh Patani:-
“Adapun orang Melayu (di Langkasuka)
waktu itu rupa(nya) hitam-merah atau
hitam manis. Rupanya kecil daripada
orang Arab dan (orang) Parsi.”
Potongan ayat di atas menyatakan kepada
kita tentang bagaimanakah rupa asal orang
Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah
Melayu, khususnya di Langkasuka serta
seluruh tanah jajahannya.
Mereka digambarkan sebagai bangsa yang
berkulit hitam-merah atau hitam manis.
Warna kulit mereka ternyata berbeza
daripada warna kulit kita pada hari ini.
Jika sumber dari Tarikh Patani belum
meyakinkan anda, kita rujuk pula
kepada sumber pensejarahan yang kedua.
Zhí Gòng Tú
|
Sumber kedua yang Penulis Blog maksudkan
ialah Zhí Gòng Tú (职贡图 / 職貢圖). Zhí Gòng
Tú bermaksud ‘Potret-potret Persembahan
Terbitan Berkala’.
Zhí Gòng Tú merupakan satu set lukisan
bersejarah rasmi, di mana setiap potret
mengandungi gambar atau ilustrasi. Salah
satunya telah dihasilkan ketika zaman
Maharaja Yuan (508-555 Masihi), salah
seorang pemerintah dinasti Liang di tanah
besar China.
Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan
pada zaman Maharaja Yuan ini mengandungi
25 potret yang menggambarkan duta-duta
dari pelbagai negara.
Namun begitu, kini hanya tinggal 12 potret
sahaja kerana yang selebihnya sudah hilang
atau tidak dapat dikesan lagi. Salah sebuah
negara yang pernah menghantar duta ke
tanah besar China ialah Langkasuka.
Buktinya adalah seperti di bawah ini:
Potret yang menggambarkan seorang duta
berkulit hitam (tengah) yang berasal dari
Langkasuka. |
Apa yang menarik mengenai gambar atau ilustrasi
di atas ialah warna kulit duta kerajaan Langkasuka
di tanah besar China. Jika diperhatikan, kita akan
mendapati bahawa warna kulit duta tersebut ialah
hitam.
Sumber dari negara China ini telah membuktikan
bahawa apa yang diceritakan oleh Tuk Raja Faqih
di dalam manuskrip Tarikh Patani itu bukanlah
rekaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah fakta
sejarah!
Hitam Bertukar Sawo Matang
Empayar Langkasuka dan seluruh tanah
jajahannya.
|
Kini, hanya tinggal satu persoalan yang perlu
kita jawab - jika benar orang Melayu dahulukala
di Semenanjung Tanah Melayu asalnya berkulit
hitam, bagaimana kita sebagai anak cucu atau
keturunan mereka boleh berkulit sawo matang?.
Jawapan bagi persoalan tersebut ada dinyatakan
dengan jelas di dalam Tarikh Patani:
“Syahdan, maka adalah ka(h)win nikah tidak
ada (di Langkasuka),sebab itu pun bercampurlah
(orang) Hindi (India),dan (orang) Cina dan orang
Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampur
lah keturunan zuriat. Tiada serupa dengan
orang-orang Arab.”
“Adapun orang-orang Arab tidak bercampur.
Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang
ke Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan
akhirnya adalah keturunan orang Arab
(di Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang
Parsi bercampur juga dengan orang-orang
Melayu (Langkasuka).”
“Dan banyaklah orang-orang Arab datang
berniaga dan duduk di negeri Patani
(Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin
dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di
Patani (Langkasuka).”
“Adapun orang-orang Arab dan orang-orang Parsi
itu pun banyaklah berkahwin dengan orang Melayu
di negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan
Parsi mana berkahwin itu bawa isteri (yang
berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir
(Khmer) kerana berniaga ke negeri tersebut.”
“Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula
masuk(ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin
dengan anak Raja Langkasuka. Dan (men)dapat
anaknya (yang) bernama (Raja) Bangsa.”
“Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora
(Raja Sanjura) itu sangat-sangat cantik rupanya.
Maka adalah saudagar orang Parsi minta
berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu).
Maka Raja Antirata,raja negeri Patani
(Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja
Sanjura).Maka akhirnya berkahwin(lah) anak
saudagar Parsi (itu) dengan puteri Raja
Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.”
Semua perenggan ayat di atas telah membukti
kan bahawa nenek-moyang kita dahulukala
sudah mengamalkan perkahwinan campur
dengan pelbagai bangsa asing seperti India,
Cina, Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya
dari Sumatera.
Hasil dari perkahwinan campur inilah, lahirnya
kita semua hari ini yang memiliki warna kulit
sawo matang atau coklat kemerah-merahan.
Mungkinkah rupa asal nenek-moyang orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu seperti ini?
|
Menurut Tarikh Patani juga, perkahwinan campur
di antara orang Melayu Langkasuka dengan bangsa
asing dipercayai telah berlaku sebelum kelahiran
Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan ayat yang
membuktikannya:
“Inilah kisah riwayat hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini
agamanya Hindu dan Brahman.
Ibu ‘ashimah (ibu kota) (terletak) di negeri Kedah
waktu sekarang.Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila
mula,lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang
tua,(se)belum Nabi ‘Isa anak Mariam zahir (lahir),
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah
(berdagang) di negeri ini.”
Perenggan ayat di atas telah membuktikan
bahawa amalan perkahwinan campur di antara
penduduk pribumi Langkasuka dengan bangsa
asing telah pun berlaku sejak lebih dari 2,000
tahun dahulu.
Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi
warna kulit orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam)
kepada warna sawo matang.
Sebelum mengakhiri topik ini, Penulis ingin
membuat EMPAT kesimpulan berdasarkan
bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:
1.Nenek-moyang orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya
berkulit hitam.
2.Orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu telah mengamalkan perkahwinan
campur dengan pelbagai bangsa asing
sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu,
yakni sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi.
3.Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan
Kepulauan Borneo sememangnya berkulit
sawo matang sejak dari dahulu lagi. Ini
membuktikan bahawa mereka TIDAK
serumpun dengan orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu yang pada
asalnya berkulit hitam.
4.Ini sekaligus membuktikan bahawa orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu
BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan
Indonesia, sepertimana didakwa oleh pihak
-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu
(dan juga masyarakat Orang Asli)adalah
penduduk asal di bumi Semenanjung yang
bertuah ini-sejarahbangsamelayu.
1.Nenek-moyang orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya
berkulit hitam.
2.Orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu telah mengamalkan perkahwinan
campur dengan pelbagai bangsa asing
sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu,
yakni sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi.
3.Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan
Kepulauan Borneo sememangnya berkulit
sawo matang sejak dari dahulu lagi. Ini
membuktikan bahawa mereka TIDAK
serumpun dengan orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu yang pada
asalnya berkulit hitam.
4.Ini sekaligus membuktikan bahawa orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu
BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan
Indonesia, sepertimana didakwa oleh pihak
-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu
(dan juga masyarakat Orang Asli)adalah
penduduk asal di bumi Semenanjung yang
bertuah ini-sejarahbangsamelayu.
Sumber Rujukan
-Pensejarahan Patani.
-Tarikh Patani.
-Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan
Terbitan Berkala - Dinasti Liang).
-Laman web Pusat Rujukan Persuratan
Melayu @ DBP.
-Pensejarahan Patani.
-Tarikh Patani.
-Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan
Terbitan Berkala - Dinasti Liang).
-Laman web Pusat Rujukan Persuratan
Melayu @ DBP.
2 comments:
Sebenarnya Admin orang ASLI Malaya.
Yang lain semuanya Melayu Asli Malaysia.
Bodoh admin ni...
Kita semua daripada Nabi Adam.
Disebabkan kedudukan geografi kita berbeza dari segi genetik dan tutur kata.
awak yang bodoh sebenarnya.komen langsung tak disertai fakta! nampak sangat otak biul,admin siap dengan fakta berdokumen.awak ada? otak biul adalah! lain kali jangan komenlah kalau tak faham tajuk.kalau otak tu tak ada budaya ilmu baca ajelah blog pro mahathir! orang yang tak reti berfikir macam awak ni la yang rosak pemikiran.tak layak langsung campur perkara yang berilmiah!pandai sebut nabi adam.pandai sebut kedudukan geografi dan genetik tapi bodoh dalam pemikiran analisis! kau ni rasa nya keturunan samiri yang tersumpah jadi beruk gamaknya!buat hilang mood orang yang berfikiran tahap tinggi aje! menyemak!
Post a Comment