Tuesday, 22 December 2015

Desak Najib Berundur Satu Tanggungjawab, Kata Selebriti Soo Wincci !!!



Aktres Malaysia dan penyanyi Soo Wincci menjadi tajuk utama berita 
baru-baru ini selepas penaja menarik balik tajaan konsert solo pertamanya selepas video…
THEMALAYSIANINSIDER.COM/BAHASA/ARTICLE…

Aktres Malaysia dan penyanyi Soo Wincci menjadi tajuk utama berita baru-baru ini selepas penaja menarik balik tajaan konsert solo pertamanya selepas video beliau menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri menjadi viral.

Mahukan konsertnya diteruskan, bekas ratu cantik itu menggunakan dananya sendiri untuk konsert pada 31 Oktober yang berjaya menarik ramai hadirin di stadium.

Melihat kembali insiden itu 2 bulan kemudian, pemenang Miss World Malaysia 2008 mengatakan tidak menyesal mengeluarkan video menuntut Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos berlangsung walaupun ia menyebabkan banyak masalah.

Katanya, kontroversi melanda Najib dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan segera. Menurut aktres itu, masalah yang melanda Malaysia pada hari ini hanya disebabkan oleh seorang individu iaitu Najib.


"Ia hanya mengenai individu dan isu pemimpin adalah penting. Ia bukan mengenai parti, ia adalah mengenai pemimpin.

“Kita hanya perlu tukar pemimpin. Saya fikir kita semua mempunyai hak. Kita tidak mahu pemimpin yang mengawal kita. Jangan sampai masa (masalah lebih buruk timbul) kita menyalahkan orang lain," kata Wincci, 30, dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Pelajar jurusan undang-undang University of Reading (United Kingdom) yang menempa nama sebagai penyanyi di Taiwan itu menggesa rakyat Malaysia bersuara demi masa depan negara.

"Kita dilahirkan dalam budaya Asia yang tidak suka menyuarakan pendapat. Tetapi pada akhirnya, kita menyalahkan pemimpin. Yang penting masalah selesai," katanya.

Tetapi penyanyi itu mengatakan kritikan terhadap kerajaan tidak seharusnya “terlalu agresif” dan setiap orang perlu bersedia berdepan dengan tindakan kerana bersikap vokal.

Wincci turut mendedahkan selepas video menuntut Najib meletakkan jawatan tersebar, beliau mendapat tawaran daripada beberapa parti politik untuk menyertai mereka.

"Tetapi saya rasa tidak perlu dan saya tidak berminat menceburi bidang tersebut. Cukuplah untuk saya jadi pemerhati dan bersuara,” katanya yang menggunakan bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu dalam video itu.

Video yang dimuat naik ke laman sosial YouTube pada 30 Ogos dengan tajuk “Soo Wincci Words for Najib Malaysia Prime Minister” memberikan inspirasi kepada perhimpunan Bersih 4 yang menuntut reformasi demokrasi dan peletakan jawatan Najib.

"Kepada Najib, ada banyak orang di pentas, sangat sesak. Tolonglah, bolehkah anda sebagai orang dewasa, sila turun daripada pentas dan memberikan ruang kebebasan kepada semua rakyat Malaysia," kata Wincci dalam video yang dimuat naik akhir Ogos lalu.

Wincci berkata penglibatan dalam bidang seni kerana minat meskipun berkelulusan tinggi dalam jurusan undang-undang dari luar negara.

Malah, Wincci kini sedang menyambung pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.
Soo Wincci mengakui mendapat tawaran beberapa parti politik untuk menyertai mereka tetapi menolaknya kerana lebih menjadi pemerhati dan bersuara apabila ada keperluan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015.SooWincci mengakui mendapat tawaran beberapa parti politik untuk menyertai mereka tetapi menolaknya kerana lebih menjadi pemerhati dan bersuara apabila ada keperluan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015.

"Saya sudah menyanyi sejak umur 16 tahun. Ahli keluarga mahu saya jadi peguam maka saya belajar undang-undang dan saya tidak bantah sehingga selepas miliki ijazah sarjana dalam bidang ini, saya hendak capai impian saya,” katanya.

Mengakui agak sukar menjual album pada permulaan, Wincci tidak berputus asa untuk mencuba bakatnya dalam bidang lain seperti lakonan.

"Saya beri tempoh setahun. Pada mula saya banyak ke syarikat rakaman menawarkan diri tetapi mereka tidak mahu kerana mereka takut. Dari situ, saya terbitkan album saya sendiri.

"Untuk album pertama saya gagal. Bagi saya kita kena sabar. Album pertama saya tidak berjaya,” katanya.

Beliau juga mahu lebih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu.

"Saya cuba dalam bidang lakonan, tetapi bidang lakonan mencabar kerana masanya yang panjang. Saya keliru juga pada mulanya, saya bermula dengan berlakon sebagai pelakon tambahan. Tetapi selepas dalam bidang lakonan, kejayaan saya ialah pernah tercalon dalam pelakon baru .

"Dari situ saya belajar sesuatu, iaitu kita perlu multitasking. Saya ada hasrat untuk ceburi pasaran Melayu tetapi banyak persaingan," kata penyanyi yang sudah mula mendapat tempat di Taiwan ini dan bakal mengadakan konsert di sana.

Pelakon utama telemovie Astro, “Takhta Tiga Ratu” itu juga berhasrat untuk berduet dengan Siti Nurhaliza.

"Saya ingin bekerjasama dan membuat lagu dengan Datuk Siti Nurhaliza. Beliau adalah antara idola saya," kata pemilik Beyond Artistes Sdn Bhd itu.

Selain itu, dalam perkembangan seni lain beliau sudah menghabiskan penggambaran filem bersama pelakon terkenal Aaron Aziz dan Izara Aishah, filem dijangka ditayangkan pertengahan Jun depan.

"Dalam filem ini, banyak aksi ghairah dan mencabar untuk diri saya. Namun, saya beruntung kerana diberi peluang berganding dengan mereka,” katanya. – 20 Disember, 2015.

Tak gentar pun dengan desakan pompuan ni!!!
Dah ler aktres tak laku....
Cakap bahasa melayu pun tak betul....
kepala hotak dia desakan konon....
Dan yang paling teruknya dia tak reti langsung dengan proses demokrasi negara Malaysia ni!!!

5 comments:

Anonymous said...

Bodoh punya admin byk mkn dedak! Betul apa yg dikata oleh amoi ni, najib byk skandal, suka atau tk najib akn turun sebelum pru14 nnti, itu sudah pasti,,tgk reaksi rakyat pn dh tau, najib pemimpin korupsi.

Anonymous said...

bodoh punya anon,banyak makan taik amoi!pru nanti semua calon bn jaga kerusi masing2!menang dah pasti sebab calon bn jaga kawasan masing2.kau berangan ajelah bodoh!hebat sangat gi kempen jatuhkan najib mulai hari ini di parlimen pekan.bodoh politik nak campur politik.nampak sangat makan taik amoi soo benci ni.kurang adab kena jawab kurang adab!

Anonymous said...

kpd soon wincci....ada cadangan tak SIAPA YG BAKAL GANTI NAJIB..saya nak tahu kredibilitinya?..kot2 kena PENGHAPUS BANGSA MELAYU je! Aku mahu jd Bijak mcm awak!

Anonymous said...

Pi hapus Guan Eng dulu . Buat menyemak negara. Cakap macam pandai tapi otak penuh selut. patutlah pengikut-pengikut pun bodoh macam dia.

Amoi ni ingat dia pandai sangat. Orang lain bodoh. Jenis kencing tak cebuk. Perasan cantik sebenarnya bau bacing.

Anonymous said...

Yahudi dari timur ni tetap akan menangguk bila air keruh. Isu 1MDB & dana 2.6b amat kecil berbanding dgn 80% nilai kekayaan negara dimiliki oleh BUKAN bumiputra. Sekurang2nya dana politik 2,6b dapat mengurangkan 'hutang budi' UMNO/BN kpd tokey2 ketika menghadapi p/raya. Sebab itu kita rakyat biasa perlu jadi bijaksana. Jgn ikutkan hasutan mereka yg tidak bersyukur itu, dibimbang anak-cucu kita tidak mewarisi apa2 nanti.