Friday, 11 December 2015

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!!!

Tindakan Berani Ahli MT UMNO punca Muhyiddin Maki Hishammuddin #PAU2015


Berhubung dengan article http://www.mykmu.net/2015/12/
tidak-boleh-berucap-muhyiddin-maki-hishamudin/ penulis 
dimaklumkan sebab utama kejadian tersebut cukup 
memalukan Tan Sri Muhyiddin.

Tan Sri Muhyiddin menyuarakan hasratnya untuk 
berucap dalam penggulungan sebagai Timbalan 
Presiden mengikut tradisi setiap tahun. Jika diikut
kan tradisi, semua ketua sayap, naib-naib presiden 
dan timbalan presiden akan membuat ucapan 
penggulungan sebelum penggulungan oleh 
Presiden.

Salah seorang Ahli Majlis Tertinggi telah mencelah 
dengan menyatakan bahawa disebabkan Tan Sri 
Muhyiddin sendiri yang melanggar tradisilah 
memaksa semua ahli bersetuju untuk mengubah 
tradisi Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini. 

Beliau telah membangkitkan isu yang sudah 
banyak kali diberi pencerahan dan membangkitkan 
isu berulang-kali tanpa mengikut saluran yang betul. 
Ini termasuklah isu 1MDB dan dana politik $2.6 
billion.

Kesimpulannya inilah harga yang perlu dibayar 
akibat tindakan yang di majukan oleh Tan Sri 
Muhyiddin Yassin sendiri. 

Jawapan tersebut membuatkan beliau terkedu 
dan tunduk malu seraya terpaksa akur. Jadi 
beliau melepaskan geramnya dengan memaki 
Datuk Seri Hishammuddin dengan perkataan 
kesat.

1 comment:

Anonymous said...

Pertolongn allah itu ada dlm jemaah. TSMY brada dlm jemaah mana dlm isu negara?