Friday, 25 December 2015

KENALI CIK SITI WAN KEMBANG!!!

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN.


Gambaran wajah dan pakaian yang dipakai oleh Adruja Wijayamala singa.

































Buku 101 Puteri Dunia Melayu-Sejarah dan legenda.



Riwayat sejarah di negeri Kelantan ada menyebut 
tentang kisah seorang puteri raja yang sangat 
masyhur namanya di bumi Semenanjung Tanah 
Melayu. 

Suatu ketika dahulu, puteri Melayu ini bukan sahaja 
telah mengangkat martabat bangsa Melayu di mata 
dunia, malah baginda juga turut berjaya membukti
kan kemampuan kaum wanita ketika di medan 
perang mahupun dalam seni mempertahankan 
diri.

Demi mempertahankan kemerdekaan dan 
kedaulatan Semenanjung Tanah Melayu dari 
dijajah oleh pihak musuh, puteri Melayu ini 
telah bertindak memenggal kepala salah 
seorang raja Siam (Thai) yang zalim. Ini 
sekaligus menjadikan nama baginda begitu 
gah dalam sejarah bangsa Melayu.

Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat 
Malaysia hari ini TIDAK lagi mengenali puteri 
Melayu ini. Lebih memilukan, sejarah hidup 
dan pengorbanan besar puteri Melayu ini 
hampir dilupakan oleh bangsa Melayu itu 
sendiri. 

Ada yang mengatakan, terdapat pihak-pihak 
tertentu yang sengaja mahu melenyapkan 
nama puteri Melayu ini dari catatan sejarah 
demi kepentingan mereka.

Syabas diucapkan kepada Nisriwani Yahaya, 
Syed Zulflida S.M. Noor dan Dato’ Dr. Adi Haji 
Taha. 

Ketiga-tiga tokoh dari Malaysia ini telah 
mengambil inisiatif untuk mengumpul dan 
menyusun kembali kisah-kisah riwayat dan 
sejarah hidup puteri Melayu kebanggaan 
bangsa kita ini.

Semoga hasil usaha mereka akan dapat 
mengharumkan kembali nama puteri Melayu 
ini sebelum ianya luput dari ingatan anak 
cucu bangsa Melayu di masa akan datang. 

Berikut adalah kisahnya...

PENGENALAN

CARTA SALASILAH NENEK MOYANG
ADRUJA WIJAYAMALA SINGA.


Carta keluarga Adruja Wijayamala Singa.
































Adruja Wijayamala Singa.

Adruja Wijayamala Singa (1335-1345 Masihi) 
berasal dari Grahi - sebuah negara kota dan 
negara persekutuan Melayu yang terletak di 
utara Semenanjung Tanah Melayu. Baginda 
merupakan puteri kesayangan kepada Raja 
Sang Tawal atau Sultan Muhammad (1267-1335), 
Maharaja Grahi yang ketiga. Tahun kelahiran 
dan nama bonda puteri Melayu ini tidak diketahui. 
Adruja dilahirkan dan membesar di Kota Grahi, 
iaitu ibu kota kerajaan Grahi.

Adruja mempunyai empat orang saudara 
kandung, iaitu dua lelaki dan dua perempuan. 
Mereka ialah Raja Bharubhasa, Raja 
Singhadiraja, Puteri Cendana dan 
Puteri Linang Cahaya. 

Oleh kerana Adruja memiliki sifat keperibadian 
yang tegas dan garang, rakyat Grahi yang 
berketurunan Melayu-Hindu telah menggelar 
puteri Melayu ini sebagai ‘Dewi Durga’.

Lebih menarik lagi, Adruja merupakan 
keturunan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana 
Warmadewa, Maharaja Srivijaya-Malayu 
(Palembang-Jambi) dari dinasti Mauli. 

Menurut manuskrip Sejarah Melayu (Sulalatus 
Salatin), nama sebenar maharaja tersebut ialah 
Demang Lebar Daun. Nama 'Adruja Wijayamala 
Singa' dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit, 
di mana:

Adruja’ ialah kependekan bagi sebutan “adhi raja”     
yang bermaksud raja yang besar, mulia, tinggi             
darjatnya, yang utama, yang terbaik dan pemuka         
pasukan perang;
‘Wijayamala’ pula merujuk kepada sejenis bunga         
seroja sakti yang dikatakan dapat menghidupkan        
 orang mati; manakala
‘Singa’ pula merupakan satu variasi bagi sebutan
 “simha” yang bermaksud singa - raja segala haiwan.


KEHIDUPAN AWAL

Adruja dilahirkan pada zaman di mana Grahi 
sedang menghadapi ancaman perang dari 
kerajaan Siam Sukhothai yang diperintah oleh 
Raja Rama Khamhaeng (1237/47-1317). Raja 
yang berketurunan Siam (atau Thai) ini 
merupakan seorang yang sangat zalim.




















Kedudukan Grahi (atau juga dikenali sebagai 
Jawaka)terletak di kawasan utara semenanjung 
Tanah Melayu.

Raja Rama Khamhaeng dikatakan mahu meluaskan 
tanah jajahannya ke arah selatan (Semenanjung 
Tanah Melayu) tetapi telah dihalang oleh nenda 
Adruja yang bernama Raja Sakranta atau Raja 
Aminuddin (1253-1267). 

Setelah Raja Sakranta mangkat, takhta kerajaan 
Grahi telah diserahkan kepada ayahanda Adruja 
yang bernama Raja Sang Tawal 
(Sultan Muhammad).

Sebagai Maharaja Grahi yang baharu, Raja Sang 
Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah 
kota yang teguh demi menghalang tentera Siam 
Sukhothai dari menceroboh masuk ke Semenanjung 
Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi 
nama Kota Grahi.

Sejak dari usia kanak-kanak lagi, Adruja dikatakan 
pandai menunggang kuda dan bermain senjata 
seperti kelewang. Meskipun perilaku baginda 
menyerupai lelaki, namun Adruja dikatakan amat 
menyukai wangian kayu cendana yang telah 
dicampurkan ke dalam minyak wangi yang 
diperbuat daripada bunga melur. Ia adalah satu 
kesukaan khas yang menunjukkan bahawa 
Adruja masih ada sifat kewanitaan.











Adruja menyukai wangian yang diperbuat
daripada bunga-bungaan dan kayu kayan.

PEMBAWA BENDERA GRAHI

Setelah umurnya mencecah belasan tahun, 
Adruja sentiasa menjadi pembantu ayahanda
nya di medan perang. Puteri tersebut biasanya 
dibenarkan membawa bendera kerajaan Grahi 
ketika Raja Sang Tawal pergi berperang dengan 
tentera Siam Sukhothai. 

Pengalaman berada di medan perang telah 
membantu Adruja membiasakan diri dengan 
melihat keganasan perang dalam segala aspek.

Setelah perang berakhir, Adruja akan membantu 
membalutkan luka dan memberi minuman kepada 
mana-mana tentera ayahandanya yang cedera. 
Melihatkan keadaan tentera Grahi yang kurang 
semangat juang serta rakyatnya yang sentiasa 
berundur, maka tergeraklah di hati puteri tersebut 
untuk membentuk satu pasukan khas yang terdiri 
dari kaum wanita.

Selain untuk membantu kaum lelaki di medan 
perang, tujuan pasukan khas wanita tersebut 
ditubuhkan adalah untuk membela nasib kaum 
wanita Melayu di Grahi yang sering diperkosa 
oleh tentera Siam Sukhothai tatkala mereka 
menyerang kampung-kampung yang jauh dari 
Kota Grahi. 

Selain itu, Adruja juga mahu membuktikan 

bahawa kaum wanita juga setanding dengan 
kaum lelaki walaupun di medan perang.

SYARAT PERKAHWINAN

Cadangan Adruja untuk membentuk satu pasukan 
khas wanita telah diusulkan kepada ayahandanya, 
Raja Sang Tawal. Pada mulanya, Raja Sang Tawal 
enggan memperkenankan cadangan puterinya itu 
kerana tugas kaum wanita pada zaman tersebut 
hanya terhad kepada kerja memasak dan membantu 
merawat kecederaan tentera di medan perang sahaja.

Namun begitu, Raja Sang Tawal berubah fikiran 
dengan serta-merta setelah mengenangkan tindakan 
puteri kesayangannya itu yang pernah beberapa kali 
mempertahankan bendera kerajaan Grahi ketika di 
medan perang. Raja Sang Tawal akur lalu 
memperkenankan cadangan Adruja itu.

Pada masa yang sama, baginda cuba untuk 
menyelamatkan Adruja dengan mengahwinkan 
puteri tersebut. Walau bagaimanapun, Adruja 
terus menolak rancangan ayahandanya itu dengan 
berkata:

"Ayahanda mahu kahwinkan anakanda? Tidak! 
Sesiapa yang mahukan anakanda, sila bertarung 
senjata satu lawan satu. Jika menang, boleh".

Melihatkan ketegasan dan kedegilan puteri 
tersebut, akhirnya Raja Sang Tawal terpaksa 
mengalah dan mengikut sahaja kehendak 
puterinya itu.

LAHIRNYA PASUKAN SERI WIJAYAMALA


Setelah cadangan tersebut diperkenankan oleh 
Raja Sang Tawal, maka Adruja pun berusaha 
untuk membentuk sebuah pasukan khas yang 
dianggotai kaum wanita. Baginda mula mencari 
mana-mana perempuan yang mahu menyertainya.


Oleh kerana golongan perawan telah menolak 
ajakannya, maka dicari pula segala janda muda 
yang kematian suami di medan perang. Ada di 
kalangan kumpulan janda muda tersebut yang 
membantah atas alasan - berperang bukanlah 
kerja kaum wanita. Jawapan tersebut telah 
membuatkan Adruja murka, lalu menengking 
mereka dengan berkata:

“Cis! Semua kamu nak serahkan kepada lelaki. 
Sekarang, apa dah jadi kepada kamu?

Hidup tercungap-cungap, merempat, harapkan 
belas kasihan orang. Bagaikan pengemis!

Lebih baik kalian ku latih agar dapat berperang. 
Bahkan lebih berani daripada bapa-bapa dan 
abang-abang kamu yang takut menghadapi gajah 
Sukhothai hingga kecut pelir mereka.

Inilah masanya kalian menuntut bela agar tenteram 
roh mereka yang sudah pergi.

Beta tak dapat memberikan harta kepada kalian. 
Tetapi ingat! Ketika kalian mati,kalian akan mati 
syahid kerana mempertahankan agama dan negara 
kalian.

Itulah janji bagi orang Islam, agama yang baru kamu 
anuti sekarang.

Insyallah, kalian akan dikenang sebagai bunga-

bunga sucidi medan perang di dalam sejarah Grahi.”

Setelah mendengar kata-kata puteri tersebut, maka 
kumpulan janda muda tersebut akhirnya bersetuju 
untuk menyertai pasukan khas yang dipimpin dan 
dilatih sendiri oleh Adruja. Pasukan khas tersebut 
diberi nama Seri Wijayamala.

Adruja telah berusaha mendapatkan segala bekalan 
senjata untuk pasukan khasnya. Baginda telah 
menempah senjata ringan dengan mengarahkan 
agar dibentuk busur panah yang kecil tetapi lebih 
cekap. 

Selain itu, puteri tersebut juga telah membeli 

puluhan ekor kuda, kain serta keperluan wanita 
dari para saudagar Arab dan Turki di pelabuhan 
yang berhampiran dengan Kota Grahi. Dari mereka 
jugalah, Adruja mempelajari bahasa Arab dan Turki.

















Kuda putih milik Adruja Wijayamala Singa yang
dinamakan Halilintar sentiasa mengiringi puteri
tersebut ketika di medan perang.

Selain itu, Adruja juga telah membeli seekor kuda 

putih untuk dirinya sendiri. Kuda tersebut diberi 
nama Halilintar dan ianya sentiasa mendahului 
sesiapa sahaja, termasuklah pelatih Adruja yang 
berbangsa Turki bernama Inologlu.

SERI WIJAYAMALA BERSEDIA

Pada suatu hari, Adruja Wijayamala Singa masuk 
menghadap Raja Sang Tawal yang sedang sibuk 
bermesyuarat dengan para panglima perang. 
Ketika itu, mereka sedang melihat selembar peta. 
Setelah salam diberi, Adruja terus membuka daun
-daun tingkap istana lalu mengajak Raja Sang 
Tawal dan para panglima perang supaya melihat 
ke luar tingkap. Puteri itu seraya berkata:

“Itulah pasukan khas patik. Hanya 41 orang. 
Kebanyakannya janda dan hamba abdi serta 
budak suruhan, untuk berperang bersama 
ayahanda kelak”.

Setelah melihat pasukan khas tersebut, para 
panglima bertanya kepada Adruja tentang 
kemampuan mereka - sama ada mereka mampu 
memikul tombak serta memanah atau pun tidak. 

Malah, ada juga di antara mereka yang 

memperlekehkan kemampuan pasukan khas 
tersebut dengan tersengih-sengih dan ketawa 
kecil.

Tindakan para panglima tersebut telah membuatkan 
dada Adruja membara, lalu ditariknya salah seorang 
dari kumpulan panglima tersebut dan membawanya 
ke ruang tingkap. Adruja segera memberi arahan 
kepada Puspa, salah seorang pengikutnya yang 
berdiri puluhan ela di bawah istana supaya terus 
memanah panglima tersebut.

Anak panah yang dilepaskan Puspa berdesing 
membelah udara lalu melekat pada daun tingkap 
- hanya sejengkal dari muka panglima tersebut. 
Adruja lantas berkata kepada para panglima yang 
memperlekehkan pasukan khasnya:

“Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu 
di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”.

Tindakan berani Adruja dan pengikutnya, Puspa 
telah menyebabkan semua orang terdiam. Adruja 
terus menyembah Raja Sang Tawal lalu turun dari 
istana. Menurut catatan sejarah, peristiwa tersebut 
berlaku pada tahun 1317 Masihi.

SERI WIJAYAMALA BERTINDAK

Pada suatu hari, angkatan tentera Siam Sukhothai 
telah mula bergerak ke arah selatan untuk menyerang 
kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi. 

Pada asalnya, penduduk Kota Grahi sememangnya 

sudah lama bersedia untuk menghadapi serangan 
dari tentera Siam Sukhothai. Walau bagaimanapun, 
penantian yang terlalu lama telah menyebabkan 
mereka menjadi leka.


















Kedudukan Kota Grahi dipercayai terletak
di daerah Chaiya,wilayah Surat Thani,Thailand.

Namun begitu, Adruja dan pasukan khas Seri 

Wijayamala sentiasa bersiap sedia. Sifat waspada 
mereka telah berhasil apabila pada suatu malam, 
salah seorang pengawalnya telah ternampak 
panah berapi menembusi angkasa. 

Pengawal tersebut lantas memaklumkan 
kepada Adruja mengenai sebuah kampung 
di sebelah utara yang mula diserang oleh 
tentera Siam Sukhothai.

Dengan serta-merta, Adruja dan semua anggota 
pasukan khas Seri Wijayamala berlengkap lalu 
menunggang kuda mereka dan menyerbu keluar 
mengikut rakan-rakan yang membawa obor. 

Setelah tiba, Adruja mendapati tentera Siam 

Sukhothai sedang mengganas. Mereka 
membakar kampung, membunuh segala 
lelaki dan mengheret wanita keluar dari 
kampung itu.

Seorang panglima Siam Sukhothai telah 
merebahkan seorang perempuan muda 
ke tanah untuk mencabulnya. 

Melihat keadaan tersebut, Adruja segera 
menebas leher panglima tersebut dengan 
kelewang panjang miliknya yang dinamakan 
Kilatan. Kemudian, baginda seraya memberi 
arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:

“Bunuh kesemuanya! Jangan biarkan seekor 
pun terlepas! Cincang yang masih bernafas!”

Arahan tersebut segera dipatuhi. Ada di kalangan 
para pengikut Adruja yang mengalami muntah-
muntah serta pengsan setelah melihat darah, kepala 
musuh terpelanting dan terdengar jeritan tatkala 
musuh disembelih.

Pada malam itu, Adruja berjaya menyelamatkan 
ramai wanita Melayu. Tiada seorang pun tentera 
Siam Sukhothai yang berjaya pulang ke markas 
mereka. 

Adruja dan para pengikutnya pula hanya mengalami 

luka-luka kecil. Mereka berjaya membuktikan 
kecekapan mereka di medan perang.

DENDAM RAMA KHAMHAENG
































Patung Rama Khamhaeng,Raja Siam Sukhothai
yang dibina di Wilayah Sukhothai,Thailand.

Semua pihak di negeri Siam Sukhothai telah mula 

berasa gentar setelah angkatan perang mereka 
tidak pulang ke markas. Namun begitu, tidak sedikit 
pun terguris di hati Raja Rama Khamhaeng walaupun 
telah kehilangan ratusan tenteranya.

Sebaliknya, raja zalim itu telah mengambil keputusan 
untuk menyerang Grahi dan Kota Grahi sekali lagi. 
Pada kali ini, baginda sendiri yang akan mengetuai 
bala tenteranya.

Sementara di Kota Grahi pula, Raja Sang Tawal 
telah mendapat maklumat mengenai bala tentera 
Siam Sukhothai yang sudah menghampiri sempadan 
Grahi. Baginda segera mengarahkan semua menteri 
dan panglima perang (kecuali Adruja Wijayamala 
Singa) datang berunding.

Selesai mesyuarat, Raja Sang Tawal telah 
menitahkan supaya Adruja tinggal di dalam 
Kota Grahi sementara baginda dan para 
tentera Grahi keluar menentang musuh. 
Arahan ayahandanya itu telah membuatkan 
Adruja berasa begitu geram kerana tidak 
dibenarkan untuk turut serta berperang.

Selepas Raja Sang Tawal dan para tenteranya 
keluar dari Kota Grahi untuk menentang tentera 
Siam Sukhothai, seorang perempuan penduduk 
kota yang mengenali Adruja datang bertanya:

“Wahai Dewi Durga, kenapa tidak turut serta?”

“Raja fikir aku perempuan biasa. Layak menunggu 
di dalam kota sahaja”.

Kata Adruja kepada perempuan tersebut. Lantas 
perempuan tersebut berkata:

“Tapi… kami dengar cerita dari orang Tuan Puteri 
sendiri,banyak kampung di utara Grahi telah Tuan 
Puteri selamatkan”.

Setelah mendengar kata-kata perempuan tersebut, 
maka tersenyumlah sang puteri seorang diri. Adruja 
mula menyedari bahawa perihal itu tidak pernah 
dilaporkan kepada Raja Sang Tawal dan sememang
nya ingin dirahsiakan.

KOTA GRAHI DISERANG LAGI


















Sepanjang pagi tersebut, Adruja berasa gelisah. 
Tatkala tengah hari pula, nalurinya mengatakan 
ada sesuatu yang tidak kena. Lalu diarahnya 
Puspa supaya pergi selidik di luar Kota Grahi.

Alangkah terkejutnya Puspa apabila melihat tentera 
Siam Sukhothai telah berjaya mencerobohi kota. 
Mereka membunuh dan bertindak ganas terhadap 
orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita di dalam 
Kota Grahi.

Ternyata Rama Khamhaeng seorang yang licik. 
Raja tersebut telah membahagikan angkatan 
tenteranya kepada dua ketumbukan - satu untuk 
berperang dengan angkatan tentera Raja Sang 
Tawal di medan perang manakala yang satu lagi 
pula untuk menyerang Kota Grahi secara senyap 
dan mengejut.

Puspa segera memaklumkan kepada puterinya. 
Adruja lantas mengarahkan semua anggota Seri 
Wijayamala bertindak. Kehadiran mereka telah 
mengejutkan pihak musuh.

“Jahanamkan mereka! Bunuh semuanya! Anak 
haram jadah! Binatang! Cincang habis!”

Jerit Adruja seraya menghayunkan kelewang 
panjangnya (Kilatan) sambil memecahkan kepala 
serta memutuskan tubuh-tubuh musuh. Kemudian, 
arahan diberikan kepada dua orang rakan 
seperjuangannya yang bernama Seroja dan Sundari:

“Kau Seroja, panah dari atas kota sana. Kau Sundari, 
suruh para abdi siapkan kuda kita”.

LELAKI TUA BERTONGKAT DAN TASBIH

















Pencerobohan itu akhirnya berjaya dihindari 
dan Kota Grahi terselamat. Namun begitu, itulah 
pertama kali hati Adruja berasa amat hiba dan 
remuk-redam kerana perbuatan pihak musuh 
yang amat zalim terhadap orang-orang yang 
lemah.

Pasukan Seri Wijayamala menangis teresak-esak, 
sambil mendakap para wanita dan kanak-kanak 
yang meraung. Air mata Adruja jatuh berlinangan. 
Adruja mengetapkan bibirnya. Tiba-tiba, datang 
seorang lelaki tua bertongkat menuju ke arah 
puteri tersebut lalu berkata dengan sebaknya:

“Tuan Puteri, hamba sudah tua… Tiada tenaga 
lagi memerangi musuh kita.Bawalah tasbih 
hamba ini. Semoga Tuan Puteri mencapai 
kemenangan yang luar biasa… Insyallah…. 
Ucaplah, ‘Ya Jabbar Ya Qahhar’…”.

Lelaki tua bertongkat itu mengucup tangan Adruja 
lalu pergi dari situ. Belum sempat sang puteri 
mengucapkan terima kasih, para anggota Seri 
Wijayamala sudah mengerumuninya dan bersiap
-sedia. Adruja memberi arahan kepada pasukan 
Seri Wijayamala:

“Wahai pasukanku, Seri Wijayamala… Lilitlah 
rambutmu dengan kain hijau seperti serban yang 
dipakai ayahmu, suamimu atau saudaramu 
yang pergi berjuang demi agama dan tanah air. 
Aku tahu, tentera ayahanda sedang terpukul teruk.
Aku juga tahu, hari ini Rama Khamhaeng turut 
memimpin tenteranya.Hari ini hari penentuan! 
Puspa, lilitkan serban kuning ini ke kepalaku.”














Tiba-tiba, kedengaran laungan azan 
berkumandang di atas kota. Suara seorang 
tua - dipercayai lelaki tua bertongkat yang 
memberi tasbih kepada Adruja sebentar tadi. 

Adruja segera memakai tasbih tersebut 

di lehernya dan terus menunggang kuda 
putihnya yang bernama Halilintar.

Selesai sahaja azan, Adruja melaungkan 
ungkapan “Allahuakbar” yang kemudiannya 
disambut oleh semua yang hadir. Semua 
wirawati Seri Wijayamala terus memecut 
kuda yang menderu keluar dari kota 
bagai angin taufan. Tanpa menoleh ke 
belakang lagi, pasukan khas tersebut 
terus memacu kuda di belakang ketua 
mereka - Adruja Wijayamala Singa.

TUMBANGNYA RAMA KHAMHAENG

Benarlah jangkaan Adruja. Di medan perang, 
segala pasukan bergajah Siam Sukhothai 
sedang meredah dan merempuh apa sahaja 
di hadapan mereka. Orang dan kuda habis 
dibelit dengan belalai, dipijak dengan 
kaki atau dirodok oleh gading gajah.

Lima anggota Seri Wijayamala telah bersiap
-sedia dengan tombak bercangkuk. Mereka 
turut dibantu oleh pasukan berpanah dan 
pasukan yang memakai kusa - sejenis alat 
yang ditakuti gajah.


Contoh gambar kusa-sejenis alat yang digunakan
pada zaman dahulu untuk mengawal gajah dan
menakutkan gajah.

Sementara itu, Puspa pula diarahkan untuk 
memegang bendera khas Adruja Wijayamala Singa, 
iaitu corak helang merah berlatarkan kuning. 

Tiba-tiba, mata Puspa terpandang ke arah pasukan 

bergajah Siam Sukhothai yang juga mengibarkan 
bendera pihak musuh.

“Tuan Puteri! Itu dia, Rama Khamhaeng!”

Adruja terus memecut kuda putihnya ke arah 
gajah hitam khas milik Rama Khamhaeng 
tanpa menghiraukan segala hiruk-pikuk di 
sekitarnya. Api kemarahan dari lubuk hati 
Adruja telah mengalir ke tangannya yang 
menggenggam erat Kilatan yang berkilauan 
disambar matahari petang.

Adruja mengarahkan pasukan berpanahnya 
supaya memanah semua askar di sekeliling 
Rama Khamhaeng. Setelah kesemuanya 
mati terbunuh, baginda lantas mengarahkan 
pengikutnya supaya membaling tombak 
ke arah Rama Khamhaeng. 

Beberapa tombak telah terkena pada tubuh 

raja tersebut lalu meragut nyawanya. 
Jasadnya terkeluar dari rengga gajah lalu 
jatuh rebah ke bumi.

Setiap gajah perang biasanya dilengkapi 
denganrengga gajah yang dipasang di bahagian 
belakang.



















Adruja dengan pantas terus merodok pusat 
Rama Khamhaeng dengan Kilatan, lalu 
ditusuknya ke atas hingga ke tenggorok. 
Pecahlah jantung dan terburailah segala 
tali perut dengan semburan darah membuak-
buak. Kelewang dicabut, lalu leher raja 
tersebut ditebas hingga terpisahlah 
kepalanya dari tubuh. 

Kemudian, Puspa mengambil kepala Rama 

Khamhaeng dan menancapnya pada hujung 
tombak lalu diberikan kepada Adruja.

“Heret bedebah ini ke laut! Cincang sesiapa 
yang cuba menghalang!”

Jerit Adruja kepada pasukan Seri Wijayamala. 
Dua orang wirawati segera mengangkat kedua
-dua belah kaki Raja Siam Sukhothai itu lalu 
mengheretnya dengan kuda menuju ke pantai.

Perbuatan tersebut telah menyebabkan tentera 
Siam Sukhothai bersikap seperti orang gila. 
Mereka cuba untuk mendapatkan kembali 
kepala Rama Khamhaeng. 

Adruja dengan segera mencantas dan 
menebas mereka. Para tentera Siam Sukhothai 
yang cuba mendapatkan badannya pula terus 
dipanah oleh pasukan berpanah Seri Wijayamala.

“Seroja, bawa balik kepala ini. Biar beta selesaikan 
saki-baki anjing-anjing ini.”

Para tentera Siam Sukhothai mula hilang semangat 
setelah menyaksikan kematian raja mereka. Tiada 
apa yang boleh mereka lakukan selain berlutut 
meratap menyembah bumi. 

Itulah hari bencana besar bagi bangsa Siam (Thai) 

dari negara Sukhothai kerana tidak menjangka 
yang mereka akan mati dibunuh oleh seorang 
puteri raja dengan pasukan khas wanitanya 
yang bengis.

KATA-KATA KERAMAT ADRUJA

Adruja mengarahkan semua wirawati supaya 
mencantas belalai gajah-gajah milik tentera 
Siam Sukhothai. Pada mulanya, mereka tidak 
sampai hati hendak membunuh haiwan-haiwan 
tersebut. 

Setelah melihat Adruja sendiri mencantas belalai 

gajah hitam milik Rama Khamhaeng, akhirnya 
mereka turut berbuat demikian.

Gajah hitam yang ditunggang oleh Raja 
Rama Khamhaeng ialah Elephas maximus 
indicus - sejenis subspesis gajah Asia.


















Habis semua gajah jatuh merempuh pihak musuh. 
Barisan hadapan tentera Siam Sukhothai yang 
berlutut meratapi kehilangan raja mereka turut 
diranap oleh gajah mereka sendiri. Saki-baki tentera 
Siam Sukhothai yang lainnya habis dibunuh oleh 
Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala.

Sementara itu, badan Raja Rama Khamhaeng yang 
sedang diheret ke pantai pula terus ditombak dan 
dicincang sepanjang jalan sehingga hanya tinggal 
rangka dan cebisan daging sahaja. Setelah tiba di 
tepi pantai, badannya dicampak lalu dihanyutkan 
ke Laut China Selatan.

Perbuatan tersebut dilakukan di hadapan tentera 
Siam Sukhothai yang mengiringi mayat raja mereka. 
Akibat terlalu takut, maka larilah saki-baki tentera 
musuh untuk menyelamatkan nyawa mereka. 
Inilah kata-kata keramat Adruja Wijayamala Singa:

“Dengan tertebasnya kepala si bedebah ini 
(Raja Rama Khamhaeng),maka ku harap bangsa 
ini (Siam atau Thai) akan tersekat dan tidak melanda 
tanah bangsa Melayu (Semenanjung Tanah Melayu) 
seterusnya,agar kekallah bangsaku (Melayu) dan 
agamaku (Islam) zaman-berzaman”.

Setelah berakhirnya perang, pasukan khas Seri 
Wijayamala membantu rakan-rakan mereka yang 
tercedera dan membawa mereka pulang ke Grahi. 

Adruja adalah orang terakhir yang meninggalkan 

medan perang, ketika merah senja mewarnai langit 
di sebelah barat. Menurut catatan sejarah, peristiwa 
Adruja memenggal kepala Raja Rama Khamhaeng 
ini berlaku pada tahun 1317 Masihi.

ROMBONGAN SAMI BUDDHA















Beberapa bulan kemudian, datanglah rombongan 
dari negara Siam Sukhothai untuk menebus kembali 
kepala raja mereka. Rombongan tersebut terdiri 
daripada puluhan sami berjubah kuning pinang 
masak, berkepala botak, berkaki ayam sambil 
membawa 10 pedati berisi emas dan perak. 
Mereka memohon kepada Raja Sang Tawal 
untuk bertemu dengan Adruja.

Setelah Raja Sang Tawal tiba di halaman istana 
bersama Adruja, semua sami berkenaan berlutut 
lalu menyembah kedua-dua raja dan puteri tersebut. 
Ketua sami terus menyampaikan hasrat mereka. 
Setelah kepala Raja Rama Khamhaeng diberikan, 
mereka terus pulang ke negara Siam Sukhothai 
sambil meratap.

RUNTUHNYA GRAHI DAN KOTA GRAHI

Ketika saat kemangkatan Raja Rama Khamhaeng, 
puteranya yang bernama Loethai sedang berada 
di tanah besar China untuk menghadap Maharaja 
China. 

Alangkah terkejutnya Loethai setelah mengetahui 

ayahandanya mangkat dibunuh oleh seorang puteri 
Melayu. Setelah pulang ke tanah air, Loethai telah 
ditabalkan sebagai pemerintah yang baharu dengan 
gelaran Raja Loethai.

Meskipun mengalami kekalahan teruk, namun pihak 
Siam Sukhothai tidak pernah belajar dari kesilapan. 
Sebaliknya, Raja Loethai dan bangsa Siam (Thai) 
telah bersumpah akan menghapuskan seluruh 
bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. 
Mereka nekad mahu menjajah Grahi serta bumi 
Semenanjung demi menuntut bela di atas kematian 
Raja Rama Khamhaeng.

Setiap kali pasukan tentera dari kedua-dua belah 
pihak bertembung di medan perang, tentera Siam 
Sukhothai sentiasa mencabar pahlawan Melayu 
untuk beradu ketangkasan satu lawan satu di 
hadapan kedua-dua angkatan perang.

Adruja adalah individu yang sering dicabar keluar 
kerana pihak musuh sememangnya berniat mahu 
membunuh puteri tersebut demi menuntut bela di 
atas kematian bekas raja kesayangan mereka. 

Setelah pertarungan hebat satu lawan satu berakhir, 

hanya Adruja seorang sahaja yang tinggal dengan 
Kilatan berlumuran darah.
























Setelah sekian lama bertahan dari serangan 
tentera Siam Sukhothai, akhirnya kerajaan Grahi 
dan Kota Grahi jatuh juga pada tahun 1325. 

Kekalahan tersebut menandakan bermulanya 
zaman pencerobohan bangsa Siam (Thai) di 
bumi Semenanjung Tanah Melayu.

PELARIAN PERANG

Kejatuhan kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi 
telah memaksa Raja Sang Tawal berundur ke arah 
selatan. Pengunduran secara besar-besaran itu turut 
disertai oleh seluruh kerabat diraja Grahi, para menteri, 
panglima perang, rakyat jelata dan juga pasukan khas 
Seri Wijayamala.

Raja Sang Tawal telah membina Kota Mahligai 
di Langkasukasebagai pusat pemerintahan yang 
baharu setelah tumbangnya Kota Grahi ke tangan 
penjajah Siam Sukhothai.
Dari Kota Grahi, Raja Sang Tawal dan rombongan 
pelariannya telah berundur ke Merdalong. Setelah 
tiba di Merdalong, mereka menuju pula ke Sanjura. 

Ketika di Sanjura inilah, Raja Sang Tawal telah 

mengarahkan supaya dibina sebuah kota di 
Langkasuka untuk dijadikan sebagai pusat 
pemerintahan yang baharu.

Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota 
Mahligai. Raja Sang Tawal dan seluruh ahli 
keluarganya telah berpindah ke Langkasuka 
lalu bersemayam di Kota Mahligai. Baginda 
telah ditabalkan sebagai Raja Langkasuka dan 
memerintah negeri tersebut selama 10 tahun.

Sebelum Raja Sang Tawal mangkat pada tahun 
1335, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan
 Langkasuka kepada salah seorang puteranya 
iaitu Raja Bharubhasa. 

Di bawah pemerintahan Raja Bharubhasa inilah, 

Langkasuka telah bertukar menjadi sebuah kerajaan 
Islam dan semakin ramai penduduknya yang memeluk 
Islam.

Pada masa yang sama, Raja Sang Tawal juga telah 
menganugerahkan sebuah negeri kepada Adruja 
sebagai mengenang jasa puteri kesayangannya itu 
yang telah berperang demi tanah air serta mencantas 
kepala Raja Rama Khamhaeng. 

Negeri tersebut diberi nama Serendah (Seri Indah) 

Sekebun Bunga atau nama lainnya, Kisaran Payung.

RAJA PEREMPUAN KISARAN PAYUNG



















Setelah kemangkatan Raja Sang Tawal pada tahun 
1335, Adruja Wijayamala Singa telah ditabalkan 
sebagai pemerintah pertama di negeri Serendah 
(Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung. 

Pusat pemerintahan negeri tersebut terletak di 

Kuala Krai (kini Jajahan Kuala Krai di Kelantan). 
Pasukan khas Seri Wijayamala turut tinggal 
bersama Adruja.

Dalam tempoh yang singkat, Serendah (Seri Indah) 
Sekebun Bunga atau Kisaran Payung telah berubah 
menjadi sebuah negeri yang sungguh indah di bawah 
pemerintahan Adruja. Baginda juga diberi gelaran 
'Cik Siti Wan Kembang' oleh rakyat tempatan.

Lama-kelamaan, gelaran tersebut telah menjadi 
satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan 
yang memerintah negeri tersebut. 

Menurut sumber pensejarahan di negeri Kelantan, 

Adruja Wijayamala Singa ialah Cik Siti Wan Kembang 
yang pertama.
Sungai Kelantan adalah satu-satunya jalan 
keluar masuk bagi Kuala Krai- ibu kota Serendah 
(Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung.
































MANGKATNYA RAJA PEREMPUAN
KISARAN PAYUNG 

Selepas 10 tahun memerintah, Adruja Wijayamala 
Singa mangkat pada tahun 1345. Meskipun makam 
raja perempuan tersebut tidak pernah ditemui 
hingga ke hari ini, namun baginda dipercayai 
telah dimakamkan di sekitar Jajahan Kuala Krai di 
Kelantan.

Adruja merupakan seorang ratu dara (the virgin 
queen) kerana baginda tidak pernah berkahwin 
seumur hidupnya. Ini sekaligus bermakna baginda 
tidak mempunyai waris keturunan. 

Oleh sebab itulah, Raja Bharubhasa iaitu saudara 

kandung Adruja yang juga merupakan Raja 
Langkasuka telah bertindak mengambil alih negeri 
tersebut.

Sebagai pemerintah yang baharu, Raja Bharubhasa 
mula menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah. 
Kemudian, baginda telah menyerahkan takhta 
kerajaan Langkasuka kepada saudara kandungnya 
yang bernama Raja Singhadiraja atau Raja Sulaiman.

Kesultanan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga 
atau Kesultanan Kisaran Payung terus diperintah 
oleh keturunan Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud 
Syah) selama beberapa generasi.
Carta salasilah pemerintah Kesultanan 
Serendah(Seri Indah) Sekebun Bunga 
atau Kesultanan Kisaran Payung.























WARISAN

PASUKAN KHAS SERI WIJAYAMALA 
Adruja Wijayamala Singa atau Cik Siti Wan 
Kembang Idikelilingi oleh pasukan khas Seri 
Wijayamala di balairung seri istana.















Adruja Wijayamala Singa dipercayai merupakan 
satu-satunya puteri dan raja perempuan di 
Kepulauan Melayu atau Nusantara yang memiliki 
pasukan tentera khas wanita. Pasukan khas tersebut 
diberi nama Seri Wijayamala dan diketuai oleh Adruja 
sendiri.

Pasukan khas Seri Wijayamala dianggotai 41 
orang wanita yang terdiri daripada golongan 
hamba abdi, budak suruhan dan janda muda 
yang kematian suami di medan perang. Mereka 
mahir dalam ilmu ketenteraan, pandai bermain 
senjata dan menunggang kuda.

KESULTANAN SERENDAH (SERI INDAH) 
SEKEBUN BUNGA ATAU KESULTANAN 
KISARAN PAYUNG

Kesultanan Kelantan Darul Naim yang 
didirikan oleh Long Yunus telah menyatukan 
wilayah dua buah kesultanan terdahulu.























Adruja Wijayamala Singa (atau Cik Siti Wan 
Kembang I) merupakan pengasas Kesultanan 
Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga (atau
 juga dikenali sebagai Kesultanan Kisaran 
Payung). Kesultanan ini berpusat di Kuala Krai 
(kini Jajahan Kuala Krai di Kelantan).

Ketika zaman pemerintahan Wan Kembang 
(atau Cik Siti Wan Kembang II), nama kesultanan 
tersebut telah ditukar kepada Serendah (Seri Indah) 
Sekebun Bunga Cerang Tegayung. Pada tahun 
1766, kesultanan tersebut lenyap setelah Long 
Yunus mendirikan Kesultanan Kelantan Darul Naim. 

ASAL-USUL NAMA KELANTAN
Adruja menggunakan kelewang panjang miliknya 
yang dinamakan Kilatan untuk memenggal kepala 
Rama Khamhaeng, Raja Siam Sukhothai.
















Terdapat banyak teori yang telah dikemukakan 
mengenai sejarah asal-usul nama negeri Kelantan. 
Salah satu teori terbaru menyebut - negeri Kelantan 
dipercayai mendapat namanya dari nama kelewang 
panjang milik Adruja Wijayamala Singa (Cik Siti Wan 
Kembang I) - Raja Perempuan Serendah (Seri Indah) 
Sekebun Bunga. Nama kelewang panjang tersebut 
ialah Kilatan.

GELARAN‘CIK SITI WAN KEMBANG’
Adruja Wijayamala Singa atau Cik Siti Wan 
Kembang I (kiri)dan Wan Kembang atau 
Cik Siti Wan Kembang II.














Adruja Wijayamala Singa merupakan tokoh 
pertama yang menggunakan gelaran ‘Cik Siti 
Wan Kembang’. Menurut sejarah, penduduk 
Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga telah 
memberikan gelaran tersebut kepada Adruja 
sejurus selepas baginda ditabalkan sebagai 
Raja Perempuan Serendah (Seri Indah) 
Sekebun Bunga.

Gelaran tersebut telah digunakan semula 
oleh Wan Kembang (1610-1667) - salah 
seorang keturunan Raja Bharubhasa 
(atau Sultan Mahmud Syah), iaitu saudara 
kandung Adruja. Tokoh yang bernama 
Wan Kembang ini telah dikenalpasti 
sebagai ‘Cik Siti Wan Kembang II' oleh 
golongan sarjana dan sejarawan.

SUMBER RUJUKAN
-101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan 
Legenda.
-Pensejarahan Patani.
-Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah 
S.A.W & Kesultanan Melayu.
-Hikayat Seri Kelantan.
-Tun Seri Lanang : Sejarah dan 
Warisan Tokoh Melayu Tradisional.
-Perkahwinan dan Kekeluargaan 
Raja-raja Melayu dalam Sejarah 
Melayu.
-Kesultanan Melayu Kedah.
-Laman web Pusat Rujukan Persuratan 
Melayu @ DBP
-Institusi Bendahara; Permata Melayu 
Yang Hilang ; Dinasti 
Bendahara Johor-Pahang.
-‘Jiwa kental Sheikh Mahmud’ 
-Laman web Berita Harian 
Online (20/08/2011).

No comments: